11/05/2026
8 Mei 2026
Majlis Menandatangani MoA antara Geomatika TVET College bersama Caterpillar Playtime Playschool, Taska Mama Illa dan Taska Qistina mencerminkan komitmen bersama dalam melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang melalui pendidikan berkualiti, pendedahan industri dan peluang pembelajaran holistik.
Semoga kerjasama ini terus berkembang maju dan memberi manfaat kepada semua pihak.
26/12/2025
Tahniah & setinggi-tinggi ucapan syabas diucapkan kepada YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Md. Ali atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa 2 Januari 2026.
Semoga pelantikan ini membawa kecemerlangan berterusan dalam memperkasa pembangunan TVET dan kemahiran negara.�Warga Geomatika TVET College (GTEC) mendoakan kejayaan dan amanah ini dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti.
01/12/2025
Geomatika Skill Institute (GSI) kini membuka peluang kerjaya kepada individu yang bersemangat, berdedikasi dan bersedia berkembang bersama kami!
Pelbagai jawatan kini ditawarkan
Calon yang memiliki kemahiran, pengalaman serta komitmen tinggi amat digalakkan untuk memohon.
📩 Hantar permohonan anda melalui:
Emel: [email protected]
WhatsApp: +60122514934
07/10/2025
Lawatan Akademik ke FRIM: Pertukangan Kayu & Analisis Tapak
Pelajar diberi peluang meneroka dunia pertukangan kayu dan bahan binaan secara praktikal di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Lawatan ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengenali jenis kayu tempatan serta kegunaannya, mempelajari teknik asas woodworking seperti memotong, menyambung dan membuat kemasan, serta mengaplikasikan teori bahan dan pembinaan di tapak sebenar.
Aktiviti ini turut membantu mengukuhkan kemahiran insaniah seperti kerjasama, disiplin dan pengurusan masa. Dengan fasiliti serta kepakaran yang dimiliki FRIM, pengalaman ini menjadi langkah berharga buat pelajar dalam mempersiapkan diri ke arah dunia sebenar reka bentuk dan pembinaan.
01/10/2025
30 September 2025
Telah berlangsung majlis penyampaian hadiah Femac Tvet Competition 2025 kategori Kimpalan. Gtec Perak yang diwakili Muhammad Darus Hakimi berjaya merangkul emas dgn markah 94.9.
29/08/2025
28 Sept 2025
Geomatika TVET College Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan (SICW), dengan menjemput Penceramah Encik Ramlan Bin Haji Bedin dari Koperasi Staf CIDB Malaysia Berhad.
Objektif utama kursus ini diadakan untuk pelajar SKM Geomatics & Land Surveying Level 3, mendapatkan Kad Hijau CIDB yang diberi perlindungan 24 jam keselamatan dan insurans kemalangan atau kematian. Pelajar juga mendapat pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan atau tapak pengukuran bagi kalangan pelajar membuat persediaan sebelum menjalani latihan Industri selama tempoh 3 bulan. Kursus ini juga bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tapak dan memastikan kebajikan pelajar terjaga.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat.
06/08/2025
6 July 2025
Pelajar dan pengajar dari Geomatika TVET College telah menyertai Program Lawatan Pembelajaran ke Balai Bomba dan Penyelamat Keramat.
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung berkaitan prosedur keselamatan kebakaran, penggunaan peralatan menyelamat, serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan tindakan kecemasan dalam situasi sebenar.
16/07/2025
Jawatan Kosong: Pegawai Penilai Pendidikan Awal Kanak - Kanak
Geomatika Skill Institute (GSI) kini membuka peluang kerjaya sebagai Pegawai Penilai!
Mohon sekarang melalui:
Emel: [email protected]
WhatsApp: +60122514934