My Training Teacher

My Training Teacher

Share

Sila LIKE Untuk info terkini
1) Pegawai Akaun / Pegawai Sumber Manusia
2) Latihan Korporat Untuk Keperluan Majikan

Photos 29/01/2014

❤❤5 TIPS RAHSIA GENIUS MATEMATIK ADIPUTRA UNTUK ANAK ANDA PANDAI DALAM MATEMATIK❤❤

Salam sejahtera & selamat tengahari kepada anda semua.Hari ini admin ingin kongsikan kisah adik cerdik Adi Putra bin Abdul Ghani yang diiktiraf tokoh matematik islam moden.Jom kita baca dan dapat manfaatnya.

Tahniah buat adik Adiputra :) Sangat bangga dengan kejayaannya. Adi Putra juga ada berkongsi 5 Tip untuk mahir dan pintar dalam matematik islam iaitu katanya

1. ✿ 。 “Untuk menjadi seorang yang mahir dan pintar dalam Matematik Islam..
Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira, kurangkan mengguna SMS dan kurangkan bermain alat permainan video,” kata Adi Putra Abdul Ghani, 12, kanak-kanak cilik Matematik Islam.

2. ✿ 。 Jangan pegang mesin kira setiap kali hendak mengira.
Sebabnya; menggunakan mesin kira sama seperti seseorang itu memalaskan otak untuk berfikir dan mengharapkan jawapan yang dikira terus tertera.

3. ✿ 。 Kurangkan mengguna SMS.
Sebabnya; dengan mengurangkan penggunaan SMS p**a ia mengekalkan penggunaan bahasa Melayu yang dilihat semakin terjejas ekoran sikap masyarakat kini yang gemar menggunakan bahasa singkatan setiap kali menaip mesej di telefon bimbit.

4. ✿ 。 Kurangkan bermain alat permainan video.
Sebabnya; penggunaan alat permainan atau ‘video game’ juga boleh melalaikan jika dibiarkan menjadi hobi sehingga ada yang terleka tanpa perlu melakukan apa-apa termasuk bersolat.

5. ✿ 。 Adi Putra yang turut mendapat gelaran Profesor Cilik Matematik Islam dari Universiti Riau, Indonesia, berkata walaupun permainan video alat interaktif yang mampu menjana minda, tetapi untuk jangka masa panjang ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Wawancara yang dilakukan oleh wartawan Kosmo bersama adik Adi Putra.

Credit: ADI putra di Capital TV TM Unifi "Morning Bell"

Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?
Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?
Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?
Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin p**a untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?
Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?
Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya s**a main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam ‘kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil’. Sebab apa Adi kata macam tu?
Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?
200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.

Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?
Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.

Kenapa Adi s**a cipta formula pada waktu tengah malam?
Ilham datang waktu itu.

Apa permainan komputer dan video kes**aan Adi?
Counter Strike, game tembak-tembak…Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?
Adi nak jadi profesor matematik Islam.

Adi tahu Adi terkenal sekarang?
Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.

Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?
Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?
Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?
Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?
Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.

Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?
(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?
Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi

Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?
Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.

Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?
Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

Doa apa?
Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.

Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?
Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

Adakah letih menjadi seorang genius?
Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.

Apa ucapan untuk ibu dan ayah?
Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?
Adi baru belajar tahfiz – Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah.

Kredit kasih bonda mama & suratkhabar

JIKA ANDA S**A SILA LIKE & SHARE PAGE KAMI :)

27/01/2014

Assalamualaikum dan selamat pagi,hari ini admin kongsikan seorang genius malaysia yang menjadi felo & pensyarah di universiti oxford.Sungguh mengkagumkan dan memberi inspirasi!Jom kita lihat video ini :)

Dah besar nanti nak jadi apa? Ke Mana Halatuju Selepas SPM? Kerjaya apa yang sesuai untuk saya? 26/01/2014

Kemanakah hala tuju selepas SPM?

Salam sejahtera,hari ini admin ingin kongsikan artikel tentang kemanakah hala tuju selepas SPM.Jom kita baca semoga ia menjadi panduan yang berguna untuk anda memilih kerjaya pada masa depan :)

http://arkibcerita.wordpress.com/2013/03/23/ke-mana-selepas-spm/

kredit : arkibcerita.wordpress.com

Dah besar nanti nak jadi apa? Ke Mana Halatuju Selepas SPM? Kerjaya apa yang sesuai untuk saya? Seringkali para remaja tertanya-tanya ke mana hala tujuan mereka selepas SPM? Aliran apa yang perlu mereka ambil? Universiti mana yang paling sesuai? Perlukah ke luar negara? Perlukah mencari biasi...

Photos 25/01/2014

Selamat berhujung minggu kepada anda.Jadikan hari esok lebih baik dari semalam :)

Photos 23/01/2014

==>>LIKE & SHARE jika anda s**a KATA-KATA HIKMAT INI :)

cara mengikat tali leher 20/01/2014

Selamat malam.hari ini admin tunjukkan video bagaimana untuk memakai tali leher.Like & share jika anda s**a :)

http://www.youtube.com/watch?v=GviSssnY6hk

cara mengikat tali leher kepada tuan-tuan yang baru nak belajar cara mengikat tali leher boleh mencubanya dan para isteri yang ingin membantu para suami mengikatnya pun boleh, selama...

Photos 17/01/2014

Assalmualaikum & selamat malam semua.Jika berminat ingin mengetahui modul latihan kami sila pm ya :)

Photos 15/01/2014

Like & Share THE LOVE :)

Photos 14/01/2014

Salam sejahtera semua saya mewakili My Training Teacher mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat islam di Malaysia :)

Pengenalan Kepada Perakaunan 13/01/2014

Selamat sejahtera semua.Hari ini admin ingin kongsikan artikel dari blog cgnarzuki tentang pengenalan kepada perakaunan beserta kuiz.Semoga dapat manfaat.Jom kita baca :-
http://cgnarzuki.com/?page_id=328

Pengenalan Kepada Perakaunan 1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan 1.2 Sejarah Perakaunan 1.3 Bentuk Organisasi 1.4 Perakaunan dan simpan kira 1.5 Persekitaran Perakaunan di Malaysia 1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan 1.7 Kitaran Perakaunan

Photos 11/01/2014

Gagal-->Kunci kEJAYAAN

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Suite 8. 01, Level 8, Menara Binjai, No 2, Jalan Binjai
Kuala Lumpur
50450