12/05/2026
👨🏻🎓 POSTER JEJAK ALUMNI 👩🏻🎓
Poster "Jejak Alumni" kini kembali! Pastinya anda semua tidak sabar untuk mengikuti kisah-kisah inspirasi yang cukup hebat daripada alumni SGPI, kan? 🤩
Jangan risau, Lajnah SGPI di bawah Majlis Eksekutif Kebajikan dan Perhubungan Luar telah menyediakan poster "Jejak Alumni" yang memaparkan kejayaan alumni daripada Kohort 12 iaitu Saudara Wan Ali Abbas Bin Wan Mustafa Kamal. ✨
💌 "Teruskan meneroka. Kerna penerokaan dan usaha gigih hari ini akan membuahkan hasil yang bermakna pada masa hadapan."
—Saudara Wan Ali Abbas Bin Wan Mustafa Kamal
Semoga poster ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk semua pelajar SGPI agar terus bersemangat meneruskan perjuangan ilmu. 🔥💪🏻
12/05/2026
💻 [RANGKUMAN AWESOME ENGAGEMENT IN OPTIMIZING UKHWAH (AEIOU) 3.0] 💻
Assalamualaikum dan salam agamawan saintis!
Alhamdulillah pada 4 April 2026 yang lepas, pelajar tahun 1 (kohort 23) Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains (SMPIS) telah menganjurkan program Awesome Engagement In Optimizing Ukhwah (AEIOU) 3.0 bersama pelajar Asasi Pengajian Islam Dan Sains kohort 24 dan bertempat di Ruwaq Al-Akadamiyyah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Dengan bertemakan "Ejen Ali", program AEIOU 3.0 telah berjaya menghimpunkan para ejen dan mentor dalam satu platform yang bukan sahaja menguji kecerdasan tetapi juga memperkukuh ikatan ukhwah. Setiap aktiviti yang dijalankan membawa misi tersendiri bagi meningkatkan kerjasama, komunikasi, dan kepercayaan antara ejen-ejen yang terlibat. Dari strategi berkump**an hingga cabaran berfikir pantas, semuanya disusun bagi melahirkan individu yang bukan sahaja bijak tetapi juga berjiwa jamaah. AEIOU 3.0 bukan sekadar program, tetapi satu pengalaman bermakna dalam membentuk generasi yang lebih kuat dari segi hubungan, kepimpinan, dan kesatuan.
Teruskan menjadi ejen perubahan.
Kerana ukhwah itu kekuatan sebenar. 💪✨
https://www.instagram.com/p/DYLwHA3GSDP/?img_index=1&igsh=ZG84ZmJob3hoZWpx
11/05/2026
📖✨ [RANGKUMAN DISKUSI SAINS ISLAM 2.0: ENTOMOLOGI FORENSIK] ✨📖
Assalamualaikum dan salam agamawan saintis! 🤩🙌🏻
Alhamdulillah pada 3 April 2026 (Jumaat) yang lepas, telah berlangsung program anjuran Majlis Eksekutif Akademik dan Intelektual Lajnah SGPI, iaitu *Diskusi Sains Islam 2.0: Entomologi Forensik* bersama panel jemputan iaitu *Dr. Syamsa Rizal Bin Abdullah, Pensyarah Kanan, Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)* yang bertempat di Balai Ilmu Mahmood Zuhdi, BIMZ, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 💫
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. 💙
Semoga dengan segala perkongsian sepanjang program ini menjadi ilmu yang bermanfaat dan memberi inspirasi kepada para peserta untuk terus meneroka bidang Entomologi Forensik dari perspektif sains Islam.✨
10/05/2026
Week 8: Menjaga Pergaulan Antara Lelaki dan Perempuan ✨
📖 Ayat al-Quran
Allah SWT berfirman:
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ (٣٠)
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ (٣١)
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan mereka.”
(Surah an-Nur, 24:30-31)
✨ Menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan merupakan tuntutan dalam Islam bagi memelihara maruah, kehormatan dan kesejahteraan masyarakat.
⭐️ 1. Memelihara kesucian hati
Menjaga batas pergaulan membantu menghindari perkara yang boleh merosakkan hati dan iman.
⭐️ 2. Mengelakkan fitnah dan maksiat
Pergaulan yang terkawal menjauhkan diri daripada situasi yang boleh membawa kepada dosa.
⭐️ 3. Menjaga maruah dan kehormatan diri
Sikap menjaga batas menunjukkan nilai diri yang tinggi dan dihormati orang lain.
⭐️ 4. Mewujudkan masyarakat yang sejahtera
Apabila pergaulan dijaga, hubungan dalam masyarakat menjadi lebih harmoni dan terpelihara.
⭐️ 5. Mendapat keredaan Allah SWT
Mematuhi batas yang ditetapkan oleh Allah membawa kepada keberkatan dan ganjaran pahala.
Marilah kita sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan agar hidup lebih diberkati dan terhindar daripada perkara yang tidak baik.
Segalanya Lillahi Ta’ala.
📌 Rujukan:
Surah an-Nur ayat 30-31, Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
03/05/2026
🎉 [TAHNIAH SAUDARA MUHAMMAD AZIQ FITRI BIN MOHD ZAILA!] 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Aziq Fitri Bin Mohd Zaila, pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains pengkhususan Biologi, kohort 23, atas kejayaan beliau muncul sebagai Naib Johan dan Pendebat Terbaik Keseluruhan (MUDA) dalam Debat Terbuka ASTAR Edisi 27 pada 25-26 April 2026.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SGPI untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah. Semoga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan! 🌟💪
01/05/2026
🎊👷🏻 [SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026] 👷🏻🎊
Lajnah Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh warga SGPI dan semua tenaga kerja di pelbagai lapangan yang terus menyumbang kepada pembangunan ilmu, masyarakat dan negara. 🤩✨
Hari Pekerja bukan sekadar meraikan profesion, tetapi memperingati nilai tanggungjawab, keikhlasan dan dedikasi dalam setiap tugasan yang dilakukan. 💪🏻
Semoga setiap pekerjaan yang dilakukan dengan amanah menjadi jalan menuju reda Allah SWT. ✨
"Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman..."
(Surah At-Taubah, 9:105)
28/04/2026
👨🏻🎓 POSTER JEJAK ALUMNI 👩🏻🎓
Poster "Jejak Alumni" kini kembali! Pastinya anda semua tidak sabar untuk mengikuti kisah-kisah inspirasi yang cukup hebat daripada alumni SGPI, kan? 🤩
Jangan risau, Lajnah SGPI di bawah Majlis Eksekutif Kebajikan dan Perhubungan Luar telah menyediakan poster "Jejak Alumni" yang memaparkan kejayaan alumni daripada Kohort 11 iaitu Saudari Dr. Siti Maisarah binti Ahmad Tarmizi. ✨
💌 "Tetaplah bergerak walaupun jatuh berkali-kali sebab Allah mengira setiap usaha yang kita lakukan dan teruslah menjadi manusia yang lakukan terbaik dalam apa pun perkara yang diceburi kerana usaha tidak pernah mengkhianati hasil."
— Saudari Dr. Siti Maisarah binti Ahmad Tarmizi.
Semoga poster ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk semua pelajar SGPI agar terus bersemangat meneruskan perjuangan ilmu. 🔥💪🏻
27/04/2026
✨ [SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 25/26] ✨
Assalamualaikum dan Salam Agamawan Saintis! 🤩🙌🏻
Lajnah Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam (SGPI) ingin mengucapkan selamat menjalani cuti pertengahan semester kepada seluruh mahasiswa Universiti Malaya, khususnya warga SGPI yang dikasihi.
Gunakan ruang rehat ini untuk mengisi masa dengan perkara yang memberi manfaat serta luangkan masa bersama insan tersayang ❤️, rehatkan diri, dan segarkan semula semangat.🔥
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insyirah ayat 7-8:
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."
Ambillah peluang cuti ini untuk terus memperbaiki diri, menyusun langkah baru, dan kembali dengan lebih bertenaga dan bermotivasi. 💪🏻
Selamat bercuti dan jaga diri! 😊
27/04/2026
WEEK 7: Kepentingan Mempelajari Al-Quran
Rasulullah SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
""Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya.""
(Riwayat Muslim)
📖 Ibrah Hadis:
📚 Al-Quran sebagai Penolong di Hari Akhirat: Pada hari kiamat, setiap manusia berada dalam keadaan yang sangat dahsyat dan memerlukan pertolongan. Hadis ini mengajar kita bahawa Al-Quran bukan sekadar bacaan di dunia, malah ia akan menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada orang yang membacanya di hadapan Allah SWT.
📚 Membina Hubungan 'Persahabatan' dengan Al-Quran: Penggunaan istilah ""Ashabihi"" (sahabat-sahabatnya) memberi isyarat bahawa hubungan kita dengan Al-Quran mestilah seperti hubungan dengan seorang sahabat karib; iaitu sentiasa berdampingan, membacanya secara istiqamah, mempelajarinya, dan mengamalkannya, bukan hanya membacanya sekali-sekala.
📚 Motivasi Spiritual yang Tinggi: Mengetahui bahawa amalan membaca Al-Quran mempunyai kesan yang besar di akhirat memberikan dorongan yang kuat bagi seorang mukmin untuk tidak membiarkan hari-harinya berlalu tanpa membaca kalam Allah.
📚 Keistimewaan Syafaat: Syafaat adalah bentuk rahmat Allah yang luar biasa. Hadis ini menegaskan bahawa Allah SWT memberikan laluan kemudahan dan keselamatan bagi sesiapa yang mendekatkan diri kepada-Nya melalui perantaraan Al-Quran.
Kesimp**an:
Hadis ini merupakan anjuran utama buat umat Islam untuk menjadikan Al-Quran sebagai teman setia dalam kehidupan seharian.
📌 Rujukan:
✅ Laman Web Pejabat M***i Wilayah Persekutuan - Irsyad Al-Hadith Siri Ke-163: Kepentingan Mempelajari Al-Quran
25/04/2026
🎉 [TAHNIAH SAUDARA MUHAMMAD ADAM AFIQ ZAINORIN!] 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Adam Afiq Zainorin, pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains pengkhususan Biologi, kohort 21, atas kejayaan beliau meraih Anugerah Tokoh Kesukarelawanan dalam Majlis Anugerah Dekan & Anugerah Tokoh Siswa (MADATS) di Auditorium Mohd Asri Muda, APIUM. ✨
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SGPI untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah. Semoga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan! 🌟💪
25/04/2026
🎉 [TAHNIAH SAUDARI NUR DAYANA BALQIS!] 🎉
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudari Nur Dayana Balqis binti Azlan, pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains pengkhususan Kimia Gunaan, kohort 20, atas kejayaan beliau meraih Anugerah FYP Terbaik dalam Majlis Anugerah Dekan & Anugerah Tokoh Siswa (MADATS) di Auditorium Mohd Asri Muda, APIUM. Buat makluman, tajuk FYP beliau ialah Formulation and Evaluation of a Halal Toner Pad : Natural Biopolymer Solution For Eczema. ✨
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SGPI untuk terus cemerlang dalam bidang akademik dan kemahiran insaniah. Semoga lebih banyak kejayaan dapat diraih pada masa hadapan! 🌟💪