Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS

Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS, Religious school, No. 1587, Jalan Merpati, Taman Zoo View, Kuala Lumpur.

SEBARANG BENTUK SUMBANGAN BAGI PENTADBIRAN & PENGURUSAN MATIS HUBUNGI -USTAZ MOHD ZUHIR 012-3938427/013-5838580 (MUDIR)
EMAIL : [email protected]
CIMB BANK [8600 503 476]
MAYBANK [5622 0962 6377]

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS's post 25/05/2026

🌙 JEMPUTAN PROGRAM PERHIMPUNAN HARI ARAFAH 1447H 🌙

Ayuh bersama-sama menghidupkan hari yang penuh keberkatan sempena Hari Arafah di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-imam Asy-syaafie (MATIS).

✨ Tausiyah khas Hari Arafah
✨ Zikir & doa munajat
✨ Berbuka puasa berjemaah
✨ Solat sunat & takbir raya
✨ Jamuan berbuka puasa disediakan

📅 Selasa | 26 Mei 2026
🕌 9 Zulhijjah 1447H
⏰ 5.00 petang – 9.45 malam

Marilah kita bersama merebut kemuliaan Hari Arafah dengan memperbanyak doa, zikir dan amal kebajikan. Semoga Allah menghimpunkan kita dalam rahmat dan keampunan-Nya.

🤝 Kepada yang ingin turut menyumbang bagi menjayakan perjalanan program serta berkongsi rezeki sempena Aidiladha, bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun berikut :

🏦 Bank Muamalat
Maahad Tahfiz Al Quran Al imam Al Syafiee
14030007208715

📞 Pertanyaan : Ustaz Asim —
019-3710647

📍 Muslimin & muslimat dijemput hadir

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS's post 19/05/2026

🌙 SALAM MENYAMBUT BULAN ZULHIJJAH 1447H 🌙

Alhamdulillah, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan Zulhijjah. Marilah kita bersama-sama merebut peluang 10 hari terawal Zulhijjah yang merupakan antara hari paling mulia di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda bahawa tiada hari yang lebih dicintai Allah untuk dilakukan amalan soleh melainkan 10 hari pertama Zulhijjah. Antara amalan yang sangat digalakkan:

🤲 Perbanyakkan doa & istighfar
📿 Basahkan lidah dengan zikir: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, La ilaha illallah
📖 Membaca Al-Quran
💰 Bersedekah & berinfaq
🕌 Menjaga solat berjemaah dan qiyam
🌙 Berpuasa sunat terutama Hari Arafah

✨ Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah):
Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang dengan izin Allah SWT.

Semoga Zulhijjah kali ini menjadi asbab keampunan, rahmat dan keberkatan buat kita semua. Jangan lepaskan peluang gandakan amal pada hari-hari yang mulia ini.

🤍 Selamat Menyambut Zulhijjah 1447H
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita. Aamiin.

16/03/2026

*Jemputan ke Majlis Khatam Al-Quran di Dalam Solat Sunat Terawih Bulan Ramadhan 1447H/2026M di MATIS*

Anjuran Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam Asy-Syaafie

*ISNIN*
*16 Mac 2026*
*26 Ramadhan 1447H*

💰💰 *Sumbangan ikhlas untuk Program Ihya' Ramadhan MATIS 1447H/2026M serta kos Pengurusan Tahunan MATIS*, boleh disalurkan ke akaun :

📌 *CIMB BANK*
📌 *Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Al Syaafie*,
📌 *8600503476*
@
📌 *BANK MUAMALAT*
📌 *Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Al Syaafie*
📌 *14030007208715*

Muslimin & Muslimat di Jemput hadir bersama keluarga ke *KHATAM AL-QURAN DI DALAM SOLAT SUNAT TERAWIH BULAN RAMADHAN 1447H/2026M*

10/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jangan lepaskan peluang di penghujung Ramadhan yang penuh keberkatan.

Maahad Tahfiz Al-Quran Al Imam Al Syaafie menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama menghidupkan Program Qiyamullail 10 Malam Terakhir Ramadhan 1447H dalam usaha memburu keampunan Allah serta mencari malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.
Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan melebihi malam-malam yang lain.

Maka marilah kita sama-sama mengambil peluang ini untuk bermunajat, berzikir dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

🕓 Bermula jam 4.30 pagi
🍽 Sahur disediakan

📞 Sebarang pertanyaan:
Ustaz Asim – 019 371 0647

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir.

Semoga Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar dan menerima segala amal ibadah kita. 🤲✨

06/03/2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ramadhan semakin berlalu… jangan biarkan kita terlepas menghadiri majlis yang mengingatkan kita kepada turunnya Al-Quran, petunjuk buat seluruh manusia

🌙 *MAJLIS SAMBUTAN NUZUL QURAN* 🌙

🎙 Bersama : *Al Fadhil Ustaz Ahmad Farkhan bin Ahamad* ```(Khan Daie)```
📅 8 Mac 2026 (18 Ramadhan 1447H)
🗓 Ahad
🕕 6:15 Petang
📍 MATIS Hulu Kelang

🍚 Muslimin & Muslimat dijemput hadir dan berbuka puasa bersama di MATIS

🤲 Sumbangan bagi menyokong program dan operasi MATIS amat dialu-alukan :

💰 CIMB BANK
8600 50 3476

💰 BANK MUAMALAT
1403 0007 2087 15

🏦 *(Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Al Syaafie)*

📞 Pertanyaan: Ust Mohd Asim
+60 19-371 0647

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat.

Jangan lepaskan peluang mengimarahkan majlis Al-Quran di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. 🤲

06/03/2026

🌙Majlis memperingati haul Sayyidah Khadijah al-Kubra R.A serta Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki akan diadakan di Masjid Darul Ehsan Taman TAR 🕌.

✨ Majlis ini dianjurkan oleh Yayasan Amanah Assofwah Malikiyyah Malaysia .meranun sebagai usaha menghidupkan kembali ingatan terhadap seorang guru yang telah kembali ke rahmatullah, namun meninggalkan jejak perjuangan yang besar ketika hayatnya melalui penyebaran ilmu ke seluruh dunia, termasuk di rantau Asia. Semoga melalui majlis ini, umat Islam dapat mengambil penghayatan mendalam terhadap perjalanan hidup serta perjuangan beliau dalam menyebarkan ilmu, seterusnya menjadikannya sebagai inspirasi dalam menelusuri jalan khidmat kepada agama.

🗓️TARIKH: 7 Mac 2026 / 17 Ramadan 1447H
⏰MASA: Bermula daripada jam 3:00 petang
🕌TEMPAT: Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak

✒️Rasulullah ﷺ bersabda dalam sebuah hadis yang menerangkan kelebihan majlis zikir:

“هُمُ القَوْمُ لا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ”
yang bermaksud: Mereka adalah kaum yang tidak akan celaka orang yang duduk bersama mereka.
-H.R Bukhari.

✒️Dan kata seorang imam besar tabi‘ tabi‘in, Sufyan ibn Uyaynah رحمه الله:

“عند ذكر الصالحين تتنزل الرحمة”
“Apabila disebut orang-orang soleh, rahmat akan turun

Pihak yayasan mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke Majlis Haul yang akan berlangsung pada 7 Mac bersamaan 17 Ramadan, bertempat di Masjid Darul Ehsan Taman TAR.

a.almaliki81
meranun


official


06/03/2026

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

*Salam Nuzul Al-Quran 1447H*

marilah kita bersama menghayati peristiwa agung turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan cahaya kehidupan.

Semoga kita semua dikurniakan hati yang sentiasa dekat dengan Al-Quran, membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1447H

“Al-Quran Petunjuk Sepanjang Zaman.”

Ikhlas daripada :

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Imam Al-Syafie (MATIS)

TikTok :

22/02/2026

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🌙 *PROGRAM RAUHAH KHAS RAMADAN 1447H* 🌙

Bersama :
👳🏻‍♂️ *UST ARIF IZZUDDIN BIN MOHAMMAD NASSARUDDIN*
```(Daie Muda YADIM)```

✨ MEREBUT RAHMAT DI 10 MALAM PERTAMA RAMADAN ✨

Muslimin & Muslimat dijemput hadir ke MATIS bagi mengimarahkan program istimewa sempena Ramadan

🌞 Hari : Ahad
📆 Tarikh : 22 Februari 2026 Bersamaan 4 Ramadan 1447H
🕕 Masa: 6.15 Petang
🕌 Tempat : Maahad Tahfiz Al-Quran Al Imam Al Syaafie (MATIS)
📹 Siaran Langsung Tiktok : media_matishulukelang

💰 Sumbangan/Infaq boleh disalurkan ke:
CIMB BANK
8600 50 3476
Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Al Syaafie

📞 Sebarang pertanyaan:
019-371 0647
(Ustaz Mohd Asim bin Mohd Zuhir)

Ayuh bersama merebut rahmat, keampunan dan keberkatan di 10 malam pertama Ramadan.

🤲 Semoga Allah SWT menerima amal kita semua. 🤍🌙

Photos from Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS's post 20/02/2026

🌙 Jom Rebut Pahala Ramadan 🌙
Bulan Ramadan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan. Setiap amalan digandakan pahala, termasuklah sedekah dan infaq.
Antara fadhilat sedekah di bulan Ramadan:
✨ Pahala dilipatgandakan
✨ Menghapuskan dosa
✨ Menjadi asbab keberkatan rezeki
✨ Mendapat doa daripada para malaikat

📍 Program di MATIS Hulu Kelang
Sepanjang Ramadan, diadakan:

📖 Khatam Al-Quran 30 juzuk setiap hari
🤲 Tahlil arwah
🌹 Selawat Tafrijiyyah 4444 kali
Semua dijemput hadir dan sama-sama mengimarahkan Ramadan di MATIS.

Bagi yang berhajat untuk berinfaq dan menyumbang, boleh berhubung dengan Ustaz Asim di whatsapp 019-371 0647

Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat dan asbab kebaikan berpanjangan. 🤍

Matis Hulu Kelang Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Asy Syaafie MATIS Syahrul Nizam Talib

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


No. 1587, Jalan Merpati, Taman Zoo View
Kuala Lumpur
68000