09/12/2013
Latarbelakang Perniagaan
Kami adalah pengasas dan perintis Sistem GeniusMaths , Strategi Kiracepat Tanpa Alat dan memiliki track rekod pencapaian cemerlang dengan beratus-ratus testimoni dari peserta seminar offline semenjak tahun 2000.
Mulai December 2, 2013, Sistem GeniusMaths akan diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat menerusi Internet supaya kita semua sama-sama dapat menikmati ilmu hebat ini. GeniusMaths bukan sekadar ilmu kirapantas yang menggunakan 100% kuasa minda tanpa jari, sempoa atau kalkulator tetapi ianya juga mampu mengubah cara anda berfikir dan menyelesaikan masalah.
Strategi GeniusMaths melatih minda menjadi kreatif, berupaya mengenalpasti pola-pola masalah, tangkas dan pantas berfikir serta merangsang minda untuk melihat sesuatu cabaran dari sudut perspektif yang berbeza.
Anjakan paradigma inilah yang melahirkan individu bijak, kreatif, dan sentiasa mencari idea-idea baru dalam proses menyelesaikan cabaran-cabaran yang lain di dalam kehidupan seharian.