Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat"MITAB"

Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat"MITAB"

Share

Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat
Adalah sebuah tempat pengajian untuk wanita berpandukan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ditubuhkan pada 6 Disember 2010

13/04/2026

Ahad 12/4/2026 Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Semua tetamu dari kalangan keluarga pelajar,jiran tetangga,sahabat handai, bekas pelajar semuanya dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan juga mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.

Terima kasih diucapkan atas potluck yang dibawa oleh semua tetamu..semoga dimurahkan rezeki semua selalu..Aaminn🤲

Terima kasih juga kepada semua yang hadir dan semoga di masa akan datang kita dapat berjumpa lagi bagi mengeratkan ukhuwah sesama kita..

Mohon doa dari semua juga semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan MITAB dan semoga MITAB dapat terus melahirkan generasi wanita berilmu serta beramal dan dapat memberi manfaat kepada yang lain..

جزاكم الله خيرا كثيرا



11/04/2026

Assalamualaikum w.b.t.

☘️MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DI MITAB☘️

Sukacita dimaklumkan, pihak MITAB menjemput Tuan/Puan/Encik/Cik sekeluarga untuk hadir ke majlis jamuan hari raya di MITAB seperti berikut :

• Hari : Ahad
• Tarikh : 12 April 2026
• Waktu : 9:00am - 12:00pm
• Tempat : Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat
https://maps.app.goo.gl/Y7EVVUEbZY7ar22c8

Semoga dengan kehadiran semua dapat memeriahkan lagi majlis dan semoga majlis ini berjalan lancar dan diberkati Allah s.w.t.Aaminn🤲🏻

*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI*
*MAAF ZAHIR DAN BATIN*

عيد الفطر المبارك
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وأنتم بخير

EID MUBARAK



21/03/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇 / 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُم وَصِيَامَنَا وَصِيَامَكُم, وَجَعَلنَا وَإِيَّاكُم مِنَ العَائِدِيْنَ والفَائِزِيْنَ

“Semoga Allah SWT menerima ibadah puasa kami dan juga kamu, Dan semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali dan termasuk dalam golongan orang-orang yang mendapat kemenangan.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍

عيد الفطر المبارك
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
كل عام وأنتم بخير

Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan dan mengukuhkan lagi silaturahim sesama kita..

𝐄𝐈𝐃 𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊
𝟏 𝐒𝐘𝐀𝐖𝐀𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
𝟐𝟏 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌
𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔



20/03/2026

30 Ramadhan 1447H
20 MAC 2026M
JUMAAT

Ramadhan....
Perginya dirimu terasa begitu cepat,
Seolah baru semalam kita bertemu,
Air mata mengiringi pemergianmu,
Penuh harapan agar dipertemukan lagi di masa hadapan...

Ramadhan pergi di hari Jumaat,
Hari yang penuh keberkatan,
seakan-akan pemergianmu itu sendiri membawa seribu makna yang sukar diungkapkan,
Kau tinggalkan kami dengan rindu yang tiada penghujung,
bersama doa-doa yang masih dalam pengharapan..

Ya Allah….Janganlah Engkau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Engkau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu Ya Allah…Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami..

Andai ini bukan pertemuan terakhir,
Izinkan kami bertemu lagi denganmu,
Dalam Keadaan yang lebih baik,
Dengan iman yang lebih kuat..Aaminnn🤲


20/03/2026

JUMAAT
20 MAC 2026 / 30 RAMADHAN 1447H

Ya Allah, di akhir Ramadhan ini,
ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa
ibu bapa kami, keluarga kami, sahabat-
sahabat kami dan seluruh umat Nabi
Muhammad SAW..

Ya Allah, di akhir Ramadhan ini,
terimalah puasa kami, solat kami,
bacaan Al-Quran kami, sedekah kami,
ibadah kami dan segala amal kebajikan
yang kami lakukan..

Ya Allah, di akhir Ramadhan ini, apa-apa
kekurangan dalam puasa kami, solat kami
dan ibadah kami Kau tutupilah dengan
kasih sayang dan rahmat-Mu...

Ya Allah, di akhir Ramadhan ini kami
pohon ringankanlah penghisaban kami,
masukkankah nama kami dalam senarai
penghuni syurga-Mu dan lindungilah kami
dari azab api neraka-Mu..

Aamin Ya Rabbal A'lamin🤲


10/03/2026

𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐑𝐔 𝐋𝐀𝐈𝐋𝐀𝐓𝐔𝐋 𝐐𝐀𝐃𝐀𝐑 🌙

SELASA
20 Ramadhan 1447H
10 Mac 2026

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang agung lagi diberkati.Satu bulan yang pada bulan itu terdapat satu malam(Lailatul-Qadar) yang lebih baik dari seribu bulan.

"Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lampau" (HR Bukhari).

Hari ini 20 Ramadhan, bermakna malam ini bermula malam untuk memburu Lailatul Qadar.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berebut menggandakan amal ibadah dibawah ini :
1. Banyakkan membaca al-Quran
2. Banyakkan Berzikir, Beristighfar dan Berdoa
3. Beri'tikaf di Masjid
4. Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail setiap malam
5. Banyakkan bersedekah

Semoga Allah SWT memberi taufiq kepada kita semua untuk melalui hari-hari yang berbaki ini dengan meningkatkan amalan ibadat kita kepada Allah SWT dengan iman dan ihtisab(mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT)

اللهم بارك لنا في رمضان وبلغنا ليلة القدر.
Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan pertemukanlah kami dengan Lailatul-Qadar.Malam kemuliaan yang lebih baik dari seribu bulan.
آمين يا رب العالمين🤲🏻

Sahabat,
Bila Al-Qadar menziarahimu
Selitkan namaku
Dalam doamu.
اَللّٰهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْم تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّيْ






06/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H 📖

Pada hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita kembali mendekati Kalam Al-Quran.Semoga Al-Quran menjadi cahaya dalam hati ,petunjuk dalam kehidupan dan peneman kita hingga ke Syurga.

Semoga dengan keberkatan Nuzul Al-Quran ini, kita semua diberikan kekuatan untuk terus mendalami, memahami, dan mengamalkan ajaran-Nya dalam kehidupan seharian. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan memperbanyakkan ibadah serta bacaan Al-Quran.

Semoga cahaya Al-Quran sentiasa menerangi hati dan kehidupan kita.
" Ya Allah, jadikanlah Al-Quran sebagai pembela kami di akhirat kelak dan peneman setia yang menerangi kubur kami ".Aaminn🤲

SABTU
7 MAC 2026
17 RAMADHAN 1447H






03/03/2026

SELASA
3 MAC 2026
13 RAMADHAN 1447H

Gerhana Bulan Adalah Tanda Kekuasaan Dan Kebesaran Allah Taala

Peristiwa gerhana adalah antara peristiwa-peristiwa yang berlaku bukan secara kebetulan tetapi ia merupakan suatu “Sunnatullah” yang telah diaturkan oleh Allah Taala. Firman Allah Taala di dalam surah Al-Fath:

سُنَّةَ اللَّـهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلُ ۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّةِ اللَّـهِ تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾

Maksudnya : “Sebagai suatu Sunnatullah yang berlaku dahulu kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.”

(Surah Al-Fath : ayat 23)

Kekuasaan Allah Taala tidak dapat diukur oleh kemampuan manusia secara khususnya dan pada makhluk secara umumnya. Peristiwa-peristiwa alam yang begitu banyak dan mengagumkan, tiada yang lain hanya merupakan sebagian dari bukti-bukti kekuasaan Allah yang diperlihatkan kepada makhluk-makhluknya. Oleh hal yang demikian salah satu tanda kekuasaan Allah Taala dalam peredaran bulan, matahari dan bumi adalah kejadian Gerhana Bulan.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda :

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَافْزَعُوا لِلصَّلَاةِ وَقَالَ أَيْضًا فَصَلُّوا حَتَّى يُفَرِّجَ اللهُ عَنْكُمْ

Maksudnya: “Bahawasanya matahari dan bulan itu dua tanda daripada segala tanda-tanda yang menunjukkan keesaan dan kekuasaan Allah Taala, tiada gerhana keduanya kerana mati seseorang atau hidupnya, maka apabila kamu lihat akan demikian itu, maka hendaklah kamu sembahyang”, dan baginda bersabda: “maka sembahyanglah kamu hingga disingkap kembali oleh Allah kepada kamu semua (bulan dan matahari)”

Riwayat al-Bukhari (1058) dan Muslim (901). Hadis dengan lafaz Muslim.




03/03/2026

SALAM 13 Ramadhan 1447H

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ ، وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: “Permulaan bulan Ramadhan membawa kerahmatan, pertengahannya keampunan dan kesudahannya pelepasan dari api neraka”. [Lihat: al-Jami’ al-Saghir, no. Hadith 2815]

Alhamdulillah telah berlalu Bulan Ramadhan yang diberkati iaitu satu bulan yang bahagian awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan keampunan dan akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka.

Untuk itu, marilah kita bersungguh-sungguh beramal apabila berada di dalam bulan ini dan juga di dalam bulan-bulan yang lain.
Semoga Allah SWT menggolongkan kita semua dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat rahmat, pengampunan serta pembebasan dari api neraka.Aaminn🤲🏻



19/02/2026

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

💫INFAQ RAMADHAN 2026/1447H

Sempena tibanya Bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak *Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat* membuka peluang kepada Tuan/Puan yang ingin meraih pahala berganda di *Bulan Ramadhan 2026* bermula *1 - 25 Ramadhan 1447H* bagi menaja iftar,sahur dan juga moreh pelajar-pelajar Maahad seperti berikut :

*1. Sahur : RM250*
*2. Iftar : RM400*
*3. Moreh : RM200*
(boleh pilih tarikh & pakej tajaan)

InsyaAllah infaq ramadhan boleh disalurkan ke akaun maahad seperti berikut :

☘️ *Maybank*
*5621 5142 2179*
*Maahad Islamiah Wa Tarbiatul Banat*

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
01159084561
(Ustazah)
https://www.wasap.my/601159084561/InfaqRamadhan

📝Jika terdapat lebihan daripada jumlah wang yang di infaqkan, ianya akan digunakan bagi keperluan maahad yang lain.

🔖Semoga infaq yang diberikan beroleh ganjaran yang besar di sisi Allah SWT serta diberkati dan diperluaskan rezeki Tuan/Puan sekalian. Aaminn🤲🏻

*جزاكم الله خيرا كثيرا وجزاكم الله احسن الجزاء*




23/12/2025

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

📝TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2026

Terdapat 2 bidang pengajian

📚 PENGAJIAN ISLAM
& BAHASA ARAB ( ALIMAH )
📚 PENGAJIAN TAHFIZ ( HAFIZAH)

————————————————
📅 Temuduga dibuka sekarang :

📝Setiap hari : Isnin - Jumaat
⏰Masa : 9:00 pagi - 11:00 pagi
Sila maklumkan terlebih dahulu sebelum datang untuk temuduga

*MAAHAD ISLAMIAH WA TARBIATUL BANAT*
Lot 4622,Jalan 13,Selayang Baru,68100 Batu Caves Selangor,Selangor Darul Ehsan.

Lokasi Maahad : http://maps.app.goo.gl/Y7EVVUEbZY7ar22c8

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

📲 Ustazah MITAB : https://wa.link/5mqpyq

Mohon sebarkan.
جزاكم الله خير الجزاء

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 4622 Jalan 13 Selayang Baru Batu Caves
Kuala Lumpur
68100