Kolej SPACE

Kolej SPACE

Share

Kolej SPACE " Innovative Education, UTM Tradition"

"Education is the most powerful weapon which you can use to change the world." Nelson Mandela

Kolej SPACE is managed by UTMSPACE Services Sdn. Bhd, a wholly owned company of UTMSPACE. Kolej SPACE offers its own homegrown programmes which are accredited by MQA. Programmes currently offered include Diploma in Facilities Management, Diploma in Management, and Diploma in Computer Science, Diploma in Accounting, Diploma in International Business, Diploma in Railway Transportation Management, Di

04/06/2026

🚆 MINAT DUNIA KERETA API? JADIKAN IA KERJAYA MASA DEPAN ANDA! 🚆

🎓 Lepasan SPM, inilah peluang untuk menyertai industri pengangkutan rel yang semakin berkembang pesat di Malaysia dan dunia!

📍 Diploma Pengurusan Pengangkutan Rel (MQA/FA 9768)

Program ini direka khas untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dalam pengurusan sistem rel, operasi kereta api, keselamatan landasan serta teknologi dan inovasi terkini dalam industri pengangkutan rel.

💼 Peluang Kerjaya Menanti Anda:
✅ Pegawai Pengurusan Pengangkutan Keretapi
✅ Pengurus Sistem
✅ Pegawai Operasi
✅ Penyelia Operasi Rel
✅ Pegawai Keselamatan Landasan

🌟 Kenapa Pilih Program Ini?
✔️ Industri rel yang berkembang pesat di Malaysia
✔️ Peluang kerjaya dalam dan luar negara
✔️ Latihan berasaskan industri
✔️ Pendedahan kepada teknologi rel moden
✔️ Graduan kompeten dan berdaya saing

📚 Syarat Kemasukan
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

🚄 Jangan sekadar menjadi penumpang, jadilah individu yang mengurus dan menggerakkan sistem pengangkutan masa depan negara!

📢 Pengambilan Kini Dibuka!
Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan mulakan perjalanan kerjaya anda dalam industri rel.

📞 018-312 8114
🌐 http://www.kolejspace.edu.my

Link Pendaftaran
https://forms.gle/Q3ssDyiC7McVcTUV7

🚆🎓✨

03/06/2026

🎓 LEPASAN SPM, MASIH MENCARI HALATUJU MASA DEPAN?

Minat dalam bidang pengurusan, pentadbiran dan teknologi? Inilah peluang anda untuk membina kerjaya yang stabil dan mempunyai permintaan tinggi dalam industri!

Program ini direka untuk melahirkan graduan yang berkemahiran dalam pengurusan fasiliti, pentadbiran organisasi, pengurusan sumber manusia, pemasaran dan penyelesaian masalah secara profesional.

💼 Peluang Kerjaya:
✅ Pegawai Tadbir
✅ Pegawai Pemasaran
✅ Penolong Eksekutif Pembangunan Perniagaan
✅ Penganalisis Perniagaan dan Jualan

🌟 Kelebihan Program:
✔️ Kemahiran pengurusan profesional
✔️ Pengetahuan industri yang relevan
✔️ Kemahiran strategi dan pentadbiran
✔️ Pemikiran kreatif dan inovatif
✔️ Pendedahan kepada teknologi dan organisasi moden

🎯 Syarat Kemasukan:
Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kredit dalam mana-mana mata pelajaran.

📢 Pengambilan kini dibuka!
Jangan tunggu sehingga peluang berlalu. Mulakan langkah pertama ke arah kerjaya profesional bersama Kolej SPACE hari ini.

📞 Hubungi kami sekarang:
018-312 8114
🌐 http://www.kolejspace.edu.my

26/05/2026

Di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan nilai keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang yang mendekatkan hati sesama insan. Aidiladha hadir sebagai satu peringatan untuk terus menghargai nikmat, berkongsi rezeki dan memperkukuh hubungan bersama keluarga serta masyarakat.

Sempena Hari Raya Aidiladha, kami mendoakan agar setiap ibadah dan pengorbanan yang dilakukan diterima serta dikurniakan keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga perjalanan pulang ke kampung dipermudahkan dan setiap detik bersama insan tersayang menjadi kenangan yang bermakna.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Kolej SPACE dan rakyat Malaysia.

✨ Ikhlas daripada Pengurusan dan Staf Kolej SPACE ✨

22/05/2026

Pelbagai Program-Program Menarik Ditawarkan Di Kolej SPACE, yang Menjadi Salah Satu Kebolehpasaran Dalam Industri Terkini.
Kolej SPACE menawarkan :

✅DIPLOMA PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU
✅DIPLOMA PENGURUSAN PENGANGKUTAN REL
✅DIPLOMA PENGURUSAN INDUSTRI HALAL
✅DIPLOMA PERNIAGAAN ANTARABANGSA
✅DIPLOMA PENGURUSAN FASILITI
✅DIPLOMA PENGURUSAN
✅DIPLOMA PERAKAUNAN
✅DIPLOMA SAINS KOMPUTER
✅DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI (UTM)

--------------------------------------------------------------------------
Jangan tunggu lagi. Daftar SEKARANG !!
Klik link di bawah untuk mendaftar :

➡️➡️➡️ Daftar disini ⬅️⬅️⬅️
https://forms.gle/Q3ssDyiC7McVcTUV7

Web: http://www.kolejspace.edu.my/

📲 BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI WHATSAPP :
Whatsapp :

http://www.wassap.my/60183128114/NAKMASUKKOLEJSPACE






Photos from Kolej SPACE's post 21/05/2026

🎳 Mencipta Kenangan, Mengeratkan Hubungan di Kejohanan Bowling Tenpin Kolej SPACE 2026 🎳

Kejohanan Bowling Tenpin Kolej SPACE 2026 telah berjaya diadakan pada 19 Mei 2026 di Gurney Bowl, Gurney Mall dengan penyertaan seramai 33 pelajar dan 7 staf Kolej SPACE.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Madya Mazlan melalui balingan simbolik, manakala penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Jeffri Sem.

Program ini berjaya dilaksanakan dengan lancar serta memberi peluang kepada para pelajar untuk beriadah dan mengeratkan hubungan sesama peserta dalam suasana yang santai dan positif.

Photos from Kolej SPACE's post 19/05/2026

🏸 KEJOHANAN BADMINTON KOLEJ SPACE 2026 🏸

Pada Jumaat yang lalu, 15 Mei, telah berlangsung Kejohanan Badminton Kolej SPACE bertempat di Sportizza, Setapak yang melibatkan penyertaan warga kolej terdiri daripada staf dan pelajar.

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengamalkan gaya hidup sihat, malah turut mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kerjasama dan persaingan sihat dalam kalangan warga Kolej SPACE. Semangat kesukanan dan sokongan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung telah menjadikan program ini berjalan dengan begitu meriah dan lancar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi terus memperkukuh hubungan dan budaya positif dalam komuniti Kolej SPACE.

16/05/2026

Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang terus mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi dan membentuk generasi masa hadapan dengan penuh keikhlasan.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan inspirasi yang diberikan.

Photos from Kolej SPACE's post 14/05/2026

Kolej SPACE telah menghadiri Majlis Perasmian Opening Ceremony DR IP Training Centre di Pasir Gudang atas jemputan rasmi yang diterima.

Majlis ini menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan profesional serta menyaksikan perkembangan inisiatif latihan yang berfokus kepada pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran. Perkongsian seperti ini amat penting dalam memastikan institusi pendidikan dan industri terus bergerak seiring.

Tahniah diucapkan kepada DR IP Training Centre atas pembukaan rasmi ini. Semoga terus cemerlang dan memberi manfaat kepada masyarakat serta industri pada masa hadapan.

Photos from Kolej SPACE's post 12/05/2026

Kolej SPACE telah menghadiri sesi mesyuarat bersama UTM-QVC (Quality Verification Centre) di UTM Skudai pada 8 Mei 2026 bagi membincangkan mengenai Stand-Alone Micro-Credential (SAMC) serta proses “Quality Verification” dalam pendidikan. Sesi ini diketuai oleh Dr. Azizul Azri bin Mustaffa, Head (Acting), Division of Learning Innovation, UTM CDex.

Perbincangan ini memberi pendedahan yang lebih jelas tentang peranan QVC sebagai pusat pengesahan kualiti yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dalam memastikan kursus micro-credential bukan sekadar sijil penyertaan, tetapi mempunyai nilai akademik, pengiktirafan serta kebolehpasaran yang signifikan. Inisiatif ini turut membuka peluang kepada institusi pendidikan untuk memperkukuh penawaran pembelajaran fleksibel yang lebih relevan dengan keperluan industri dan perkembangan pendidikan masa kini.

Kolej SPACE menghargai peluang kolaborasi dan perkongsian ilmu ini sebagai langkah ke arah memperkukuh ekosistem pendidikan berkualiti serta memperluas akses pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat. Semoga usaha seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan yang lebih inovatif dan berimpak tinggi.

07/05/2026

Dalam dunia yang sentiasa bergerak pantas, pendidikan bukan sekadar persediaan untuk alam pekerjaan, tetapi juga proses membentuk cara kita berfikir, memahami dan menghargai kehidupan.

Setiap ilmu yang dipelajari, pengalaman yang dilalui dan cabaran yang ditempuhi memainkan peranan dalam membentuk individu yang lebih matang, berprinsip dan berdaya saing. Pembelajaran yang bermakna bukan hanya tentang pencapaian akademik, tetapi juga tentang nilai, perspektif dan pertumbuhan diri.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kolej SPACE, Tingkat 2 (Podium), Bangunan Residensi UTMKL, No 8 Jalan Maktab
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00