JomBaca i-SINA

JomBaca i-SINA JomBaca adalah satu program berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah menguasai kemahiran membaca BM dengan baik.

JomBaca adalah satu program berbentuk pendidikan dan kemasyarakatan yang membantu pelajar-pelajar sekolah untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Pada asalnya, JomBaca dijalankan pada musim cuti sekolah yang panjang dan mampu membantu majoriti (80 hingga 90%) murid-murid yang belum mahir membaca untuk menguasai kemahiran membaca dalam masa yang sangat singkat. Namun hari ini JomBaca telah

dilaksanakan pada pada hari-hari biasa; bukan hanya pada waktu cuti sekolah. Biasanya program JomBaca hanya mengambil masa selama 20 hingga 30 hari. Kebanyakan kanak-kanak yang menyertai JomBaca adalah dari kalangan keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan dan segala yuran dan kelengkapan mereka semasa program dibiayai oleh organisasi yang prihatin. JomBaca Cuti Sekolah biasanya mensasarkan 100 hingga 200 orang murid, kini mampu untuk membantu sehingga 600 orang murid dalam satu program. JomBaca Cuti Sekolah juga mempunyai banyak kelebihan kerana ianya tidak mengganggu perjalanan sesi persekolahan yang sedia ada dan dapat mengisi masa lapang murid-murid semasa cuti sekolah yang panjang.

JOMBACA SEK KEB BUKIT JEROK, JERTEH
05/10/2022

JOMBACA SEK KEB BUKIT JEROK, JERTEH

JOMBACA SEK KEB KAMPUNG BAHARU BESUTProgram idi telah dijalankan pada 25hb September yang melibatkan 317 orang murid. Te...
05/10/2022

JOMBACA SEK KEB KAMPUNG BAHARU BESUT

Program idi telah dijalankan pada 25hb September yang melibatkan 317 orang murid. Terima kasih kepada PruBSN Prihatin yang terus menaja program JomBaca.

LATIHAN GURU DAERAH BESUTSeramai 54 orang guru pemulihan dari 54 buah sekolah rendah di daerah Besut telah menyertai pro...
01/09/2022

LATIHAN GURU DAERAH BESUT

Seramai 54 orang guru pemulihan dari 54 buah sekolah rendah di daerah Besut telah menyertai program latihan ini yang diadakan pada 29 dan 30hb Ogos 2022. Program ini dijalankan di SK Kampong Raja, Kuala Besut.

Dalam program ini, guru-guru diberi pendedahan cara-cara menggunakan kaedah dari i-SINA bagaimana untuk memulihkan murid-murid yang mempunyai kesukaran membaca.

Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Besut yang berusaha mencari solusi dalam menyelesaikan masalah kesukaran membaca di kalangan murid-murid sekolah rendah di daerah Besut.

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM JOMBACA SK SERI PANTAIMajlis penutup dan penyampaian hadiah dan sijil tela...
01/09/2022

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM JOMBACA SK SERI PANTAI

Majlis penutup dan penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan pada hari terakhir program, 25hb Ogos 2022.

Seramai 240 peserta telah menerima hadiah dan sijil masing-masing.

JOMBACA SK SERI PANTAIProgram JomBaca telah dijalankan selama 20 hari yang melibatkan penyertaan hampir 250 orang murid....
01/09/2022

JOMBACA SK SERI PANTAI

Program JomBaca telah dijalankan selama 20 hari yang melibatkan penyertaan hampir 250 orang murid. Program ini dijalankan pada 30hb Julai dan berakhir pada 25hb Ogos 2022.

LATIHAN GURU-GURU DAERAH TUMPATSatu program latihan kepada 94 orang guru dari 47 sekolah dalam daerah Tumpat telah dijal...
01/09/2022

LATIHAN GURU-GURU DAERAH TUMPAT

Satu program latihan kepada 94 orang guru dari 47 sekolah dalam daerah Tumpat telah dijalankan selama 2 hari pada 12 hingga 13hb Julai 2022.

Program telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan Tumpat dan dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tumpat.

Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh PruBSN Prihatin.

JOMBACA SEK KEB DURIAN TUNGGALSeramai 340 orang murid sekolah ini telah menyertai program yang dijalankan selama 20 hari...
23/06/2022

JOMBACA SEK KEB DURIAN TUNGGAL

Seramai 340 orang murid sekolah ini telah menyertai program yang dijalankan selama 20 hari bermula dari 13hb Jun sehingga 8hb Julai 2022.

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM JOMBACA SK KUALA BESUT 2Seramai 310 murid SK Kuala Besut 2 yang menyertai ...
23/06/2022

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM JOMBACA SK KUALA BESUT 2

Seramai 310 murid SK Kuala Besut 2 yang menyertai program JomBaca telah menerima hadiah dan sijil yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran PRUBSN, Datin Seri Azlin Arshad.

Turut hadir untuk menyerikan majlis ialah beberapa orang wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Besut.

LATIHAN GURU SEK KEB KUALA BESUT II
23/06/2022

LATIHAN GURU SEK KEB KUALA BESUT II

JOMBACA SEK KEB KUALA BESUT 2
23/06/2022

JOMBACA SEK KEB KUALA BESUT 2

JOMBACA SEK KEB SG PELONG
23/06/2022

JOMBACA SEK KEB SG PELONG

JOMBACA PPR AIR PANAS
23/06/2022

JOMBACA PPR AIR PANAS

Address

Kuala Lumpur
53300

Telephone

+60192224588

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JomBaca i-SINA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to JomBaca i-SINA:

Shortcuts

Share

Category