Arkib Negara Malaysia

Arkib Negara Malaysia

Share

FB rasmi Arkib Negara Malaysia, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur Official National Archives of Malaysia Page

Photos from Arkib Negara Malaysia's post 15/05/2026

15 Mei 2026 - Arkib Negara Malaysia telah menerima lawatan berpandu seramai 40 orang pelajar daripada Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi UPM.

Sepanjang lawatan, para peserta telah diberikan taklimat mengenai fungsi dan peranan ANM secara umum, melihat koleksi bahan arkib di dewan penyelidikan, demonstrasi pemuliharaan bahan arkib dan sistem pengurusan rekod di ANM.

Diharapkan lawatan berpandu ini dapat memberikan ilmu dan pendedahan bermanfaat kepada para peserta.





15/05/2026

MOHAMED ISMAIL DIPILIH PENERIMA SULUNG ANUGERAH GURU KURANG UPAYA CEMERLANG

Pada hari ini dalam tahun 2005, Mohamed Ismail, guru cacat penglihatan sejak lahir dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang sempena Sambutan Hari Guru 2005 Peringkat Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan. Anugerah tersebut disampaikan oleh YB Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran. Guru Sejarah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu itu mula menjadi guru sejak tahun 1981. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu dan Sosiologi serta Diploma Sejarah dan Bahasa Melayu dari Universiti Malaya (UM). Selain menjadi guru, beliau juga menyandang beberapa jawatan lain seperti Yang Dipertua Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dan Naib Presiden Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple App Store.HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM





Photos from Jabatan Penerangan Sarawak's post 14/05/2026
Photos from Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar's post 14/05/2026
Photos from Utusan Sarawak's post 14/05/2026
14/05/2026

Sebab Sejarah la "DNA" penting yang menghalang negara daripada kehilangan arah dan identiti🤝 🔥

Baca artikel di bawah👇

Photos from Aaron Ago Dagang's post 14/05/2026
14/05/2026

Kementerian Perpaduan Negara terus komited memartabatkan sejarah sebagai asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan identiti nasional rakyat Malaysia.

Sejarah bukan sekadar menghafal tarikh, tetapi medium penting untuk memahami jati diri, menghargai perjuangan terdahulu dan memperkukuh semangat cintakan negara khususnya dalam kalangan generasi muda.




14/05/2026

Menara Kuala Lumpur bakal disinari cahaya biru pada 18 Mei 2026 sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa.

Usaha ini adalah dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara dan LSH Service Master Sdn.Bhd (pengurusan Menara KL).

Pada tahun ini, sambutan ini membawa tema “Museums Uniting a Divided World” atau “Muzium sebagai Wadah Penyatuan Dunia yang Terpisah”.




14/05/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur