16/08/2026
USM BERJAYA MELANCARKAN SATELIT PANGKALAN BUMI (VSAT)
Pada hari ini dalam tahun 2004, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya melancarkan Satelit Pangkalan Bumi VSAT (Very Small Aperture Terminal) yang ditempatkan di atas bangunan baharu Pusat Pengajian Sains Komputer (PPSK), USM, Pulau Pinang. Upacara pelancaran satelit ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Suriah binti Abdul Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Satelit berukuran 4.5 meter ini dihubungkan dengan satelit pangkalan bumi di Jepun, Singapura, Filipina, Vietnam, Thailand dan Nepal bagi membolehkan kerja-kerja penyelidikan rangkaian dengan negara-negara tersebut dijalankan. Ia bukan sahaja digunakan sebagai perantara berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi bidang sains pengkomputeran namun turut berfungsi sebagai medan perkongsian dalam bidang bukan teknologi maklumat (IT) seperti pertanian dan pendidikan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:
1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.