SMK PERIMBUN

SMK PERIMBUN Sekolah Menengah Kebangsaan Perimbun merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Cheras, Selangor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 3 Januari 1989.

PROGRAM PERTANDINGAN “KOLAM MERDEKA” TAHUN 2026 🇲🇾📅 20 Ogos 2026 (Khamis)⏰ 7.30 pagi – 10.30 pagi📍 Dataran MuhibahAnjura...
21/08/2026

PROGRAM PERTANDINGAN “KOLAM MERDEKA” TAHUN 2026 🇲🇾

📅 20 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ 7.30 pagi – 10.30 pagi
📍 Dataran Muhibah

Anjuran: Panitia Pendidikan Moral

Pertandingan Kolam Merdeka bertemakan Hari Kebangsaan/Kemerdekaan Malaysia ini mengetengahkan elemen perpaduan, patriotisme dan kepelbagaian budaya. Murid menghasilkan kolam secara berkumpulan dengan mengaplikasikan kreativiti, nilai murni serta semangat kerjasama melalui pembahagian tugas dalam mereka bentuk dan menghias hasil karya.

Program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara, di samping meningkatkan kreativiti dan daya inovasi murid melalui aktiviti seni dan kebudayaan. Diharapkan aktiviti ini dapat membantu murid menghayati makna kemerdekaan, menghargai kepelbagaian budaya serta melahirkan generasi yang patriotik, bertanggungjawab dan menghargai keharmonian masyarakat.

✨ SEMANGAT PERPADUAN MENYATUKAN KITA, SEHATI DAN SEJIWA 🇲🇾

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN TINGKATAN 4 TAHUN 2026TARIKH : 11 OGOS 2026 (SELASA)MASA : 7.30 pg- 9.30 pgTEMPAT : PARKING KER...
19/08/2026

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN TINGKATAN 4 TAHUN 2026

TARIKH : 11 OGOS 2026 (SELASA)
MASA : 7.30 pg- 9.30 pg
TEMPAT : PARKING KERETA BERBUMBUNG BELAKANG KANTIN
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

Program ini memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman melaksanakan sembelihan serta memahami dan mengamalkan tatacara sembelihan yang menepati hukum syarak.

✨ Sebanyak 20 ekor ayam berjaya disembelih oleh murid. Selepas itu, murid turut terlibat dalam proses mencelur dan mencabut bulu ayam. Ayam yang telah siap kemudiannya diserahkan kepada pihak kantin untuk dimasak sebelum diedarkan kepada murid sebagai makanan tengah hari.

Lebih daripada sekadar amali, program ini menjadi ruang pembelajaran bermakna untuk membina keyakinan, kemahiran, kerjasama dan penghayatan terhadap tuntutan syariat Islam dalam kehidupan seharian.

Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi ilmu yang bermanfaat dan memberi keyakinan kepada murid untuk menghadapi situasi sebenar dalam kehidupan. 🌿

Belajar melalui pengalaman, menghayati syariat dalam kehidupan.
Alhamdulillah, semoga terus menjadi insan yang berilmu dan beramal. 🤲🏻








🇲🇾 PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SMK PERIMBUN 2026 🇲🇾Semangat patriotisme kembali disemarakkan! ❤️🤍💙💛Program Bulan Kemerdeka...
10/08/2026

🇲🇾 PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SMK PERIMBUN 2026 🇲🇾

Semangat patriotisme kembali disemarakkan! ❤️🤍💙💛

Program Bulan Kemerdekaan SMK Perimbun 2026 dianjurkan bagi menyemai rasa cinta akan negara, memperkukuh perpaduan serta membentuk jati diri murid sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Pelbagai aktiviti menarik dan kreatif bakal mewarnai sambutan, termasuk Majlis Peluncuran Bulan Kemerdekaan, pertandingan sepanjang bulan kemerdekaan serta Sambutan Ambang Merdeka dan Penutup Bulan Kemerdekaan.

✨ Ayuh bersama-sama kita kibarkan semangat Jalur Gemilang!
🇲🇾 Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka, Negara Sejahtera.






27/07/2026
🏆 TAHNIAH JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN! 🏆Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Bridge Building Competition atas...
26/07/2026

🏆 TAHNIAH JOHAN PERINGKAT KEBANGSAAN! 🏆

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan Bridge Building Competition atas kejayaan merangkul Johan Peringkat Kebangsaan dalam pertandingan yang telah berlangsung pada 24 Julai 2026 di SMK Bandar Rinching.

Kejayaan ini telah dicapai oleh:
🌟 Yashmita Sivalingam
🌟 Nur Qalesya binti Nizman
🌟 Puganeswary a/p Ganagaraja

Kejayaan yang membanggakan ini merupakan hasil usaha gigih, kreativiti, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi daripada para peserta.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah turut dirakamkan kepada guru pembimbing, Puan Zawani binti Din, atas bimbingan, dedikasi dan komitmen yang telah membawa pasukan ini muncul sebagai juara di peringkat kebangsaan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, inovasi dan kokurikulum.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama sekolah. 💙💛

21/07/2026

✨Nanti kan….

SMK PERIMBUN

20/07/2026

✨Nanti kan….

✨ 5 Hari Lagi!Detik yang dinanti semakin hampir…Bersedia untuk bersama kami dalam Majlis Santapan Amal Sejuta Harapan.📅 ...
20/07/2026

✨ 5 Hari Lagi!

Detik yang dinanti semakin hampir…

Bersedia untuk bersama kami dalam Majlis Santapan Amal Sejuta Harapan.

📅 25 Julai 2026
📍 Dataran Muhibbah, SMK Perimbun

Nantikan perkongsian kami setiap hari sehingga hari majlis!

PERHATIAN KEPADA SEMUA TETAMU MAJLIS SANTAPAN AMAL SEJUTA HARAPAN SMK PERIMBUNBagi memastikan kelancaran lalu lintas dan...
19/07/2026

PERHATIAN KEPADA SEMUA TETAMU MAJLIS SANTAPAN AMAL SEJUTA HARAPAN SMK PERIMBUN

Bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselesaan semua tetamu, kami memohon kerjasama agar meletakkan kenderaan di lokasi parkir yang telah disediakan di Soka Gakkai.

📍 Sila imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan lokasi parkir dengan mudah.
Kerjasama dan keprihatinan semua amat kami hargai. Terima kasih kerana membantu melancarkan perjalanan majlis.

Jumpa anda pada:
🗓️ 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕦 11.30 pagi – 4.00 petang

Terima kasih atas kerjasama semua. 🌸




🌟 JEMPUTAN KE MAJLIS SANTAPAN AMAL SEJUTA HARAPAN SMK PERIMBUN 🌟Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami menjemput...
16/07/2026

🌟 JEMPUTAN KE MAJLIS SANTAPAN AMAL SEJUTA HARAPAN SMK PERIMBUN 🌟

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami menjemput semua penyumbang serta para dermawan untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Santapan Amal Sejuta Harapan SMK Perimbun.

Kehadiran tuan/puan amat bermakna sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ini. Semoga majlis ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membantu pembangunan pendidikan.

📅 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕚 11.30 pagi – 4.00 petang
📍 Dataran Muhibah, SMK Perimbun
👕 Pakaian: Smart Kasual

Kami amat berbesar hati menantikan kehadiran tuan/puan. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan.

Address

KM-16, Jalan CHERAS
Kuala Lumpur
43200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK PERIMBUN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK PERIMBUN:

Shortcuts

Share

Category