SMK Orkid Desa, Kuala Lumpur

SMK Orkid Desa, Kuala Lumpur

Share

Selamat Datang ke Laman Rasmi SMK Orkid Desa.

Laman ini diwujudkan sebagai platform rasmi untuk berkongsi maklumat terkini berkaitan sekolah, aktiviti murid, kejayaan warga sekolah, serta pelbagai info pendidikan yang bermanfaat.

20/04/2026

🌹MAKLUMAN🌹
🌹MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG AKADEMIK 2026🌹

Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik bagi menghargai pencapaian cemerlang murid dan guru dalam bidang akademik (UASA, PASA dan SPM) bagi Tahun 2025.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

📌Tarikh : 25 April 2026 (Sabtu)
📌Masa : 8.00 Pagi - 12.30 tengah hari
📌Tempat : Dewan Utama SMK Orkid Desa
📌Kehadiran : Hanya untuk penerima anugerah sahaja

Tahniah kepada para penerima anugerah.

Sekian, terima kasih. 🌹

09/04/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid SMK Orkid Desa yang telah menerima keputusan SPM 2025! Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin, dan pengorbanan anda serta sokongan padu daripada guru dan ibu bapa. Keputusan ini adalah titik tolak baharu untuk terus melakar kejayaan masa hadapan. Teruskan usaha dengan lebih gigih dan jangan berhenti untuk terus melakar kejayaan. Semoga anda semua akan berjaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

05/04/2026

Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai PPD, pengetua, guru-guru serta calon-calon atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan serta kerjasama bersepadu seluruh warga pendidikan dalam memastikan kemenjadian murid terus diperkasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Semoga kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pendidikan pada masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita















05/04/2026

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pegawai JPN/PPD, pengetua, guru-guru serta calon-calon atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen, kesungguhan serta kerjasama bersepadu seluruh warga pendidikan dalam memastikan kemenjadian murid terus diperkasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara.

Semoga kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pendidikan pada masa hadapan.

Tahun Ini, Tahun Kita














-2035

28/03/2026

MEMO
Kepada: Ibu Bapa / Penjaga dan Murid

Perkara: *Makluman Cuaca Panas dan Jadual Pemakaian Pakaian Murid*

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Merujuk kepada Surat Siaran KPM 25 Mac 2026 berkaitan keadaan cuaca yang panas kebelakangan ini, pihak sekolah ingin menasihatkan ibu bapa/penjaga dan murid supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan.

Sehubungan itu, semua murid dinasihatkan untuk:
1. Bawa air dari rumah dan minum air secukupnya sepanjang hari
2. Mengelakkan aktiviti luar pada waktu panas terik
3. Memakai pakaian yang sesuai, ringan dan selesa
4. Menggunakan payung atau topi apabila berada di luar
5. Segera memaklumkan kepada guru jika mengalami sebarang gejala seperti pening, loya atau keletihan

Selain itu, pihak sekolah telah menetapkan jadual pemakaian pakaian murid sepanjang sesi persekolahan seperti berikut:

🌹Isnin : Baju Rumah Sukan+seluar sukan sekolah
🌹Selasa : Baju Pendidikan Jasmani (PJ)+seluar sukan sekolah
🌹Rabu : T-shirt Kokurikulum
🌹Khamis : Baju Rumah Sukan+seluar sukan sekolah
🌹Jumaat : Baju Pendidikan Jasmani (PJ)+seluar sukan sekolah

Catatan:
1. Tiada halangan jika murid ingin memakai pakaian seragam sekolah.
2. ⁠Jika murid tiada baju PJ/Rumah Sukan, sila pakai baju t-shirt putih dan seluar trek.

Kerjasama ibu bapa/penjaga amat dihargai dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan murid sentiasa terjaga.
Sekian, terima kasih.

Daripada:
Unit HEM
SMK Orkid Desa
28 Mac 2026

20/03/2026

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Gema takbir yang berkumandang menandakan tibanya hari kemenangan Syawal buat kita semua.

Saya, Hj Majdi Bin Ismail, Pengetua SMK Orkid Desa, mewakili seluruh barisan pentadbir, guru-guru, dan staf sokongan, ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas nikmat kebahagiaan yang kita kecapi hari ini.

Sesungguhnya, kekuatan SMK Orkid Desa terletak pada ukhuwah dan kerjasama erat antara kita semua. Sempena hari yang mulia ini, kami warga sekolah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua ibu bapa, penjaga, anak-anak murid "Orkidians", serta seluruh komuniti setempat atas segala khilaf sepanjang kami menjalankan amanah.

"Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita."

Kepada anak-anak murid yang dikasihi, raikanlah Aidilfitri ini dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta. Pesanan saya, utamakan keselamatan diri dan berhati-hatilah di jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada kami, seluruh Warga SMK Orkid Desa.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama kita.

Ikhlas daripada,
Hj Majdi Bin Ismail
Pengetua SMK Orkid Desa

11/03/2026

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2026

Tarikh : 14 Mac 2026 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Utama, SMKOD

Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir

18/02/2026

🌙✨ Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ✨🌙

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua warga sekolah, ibu bapa serta seluruh umat Islam yang menyambutnya.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa keinsafan, ketenangan jiwa dan melipatgandakan amal ibadah kita. Semoga setiap amalan diterima dan Ramadan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua.

Ikhlas daripada,
HJ MAJDI BIN HJ ISMAIL
Pengetua
SMK Orkid Desa

16/02/2026

🧧 GONG XI FA CAI! SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA! 🏮

Mewakili seluruh warga pendidik dan staf, saya Hj Majdi bin Hj Ismail, Pengetua SMK Orkid Desa ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua murid, ibu bapa, dan komuniti setempat yang meraikannya.

Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa lebih banyak sinar kebahagiaan, kemakmuran, kesihatan yang berpanjangan, dan kejayaan yang cemerlang buat anda dan keluarga. 🍊✨

Selamat bercuti diucapkan kepada semua murid! Manfaatkan masa berharga ini untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga tercinta. Kepada yang pulang ke kampung halaman, pandu cermat dan berhati-hatilah di jalan raya. 🚗🏡
Semoga tahun ini membawa tuah dan kecemerlangan berterusan untuk anak-anak Orkid Desa!

Photos from SMK Orkid Desa, Kuala Lumpur's post 10/02/2026

Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 diperkenalkan sebagai pelan reformasi pendidikan nasional bagi membina semula sistem pendidikan negara secara lebih adil, tersusun dan berdaya saing.

31/01/2026

Selamat Menyambut Thaipusam

Warga SMK Orkid Desa mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat yang beragama Hindu.
Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian, serta memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan kita semua.

Selamat bercuti dan semoga perjalanan anda sentiasa selamat.


HJ Majdi bin Hj Ismail
Pengetua
SMK Orkid Desa

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SMK Orkid Desa, Jalan 13/104, Taman Orkid Desa
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30