15/12/2025
Wanita Dijulang, Negara Gemilang
💪 Wanita Tonggak Kemajuan Negara! 🇲🇾
Belanjawan 2026 terus mengiktiraf peranan wanita — dari pelepasan cukai, sokongan usahawan, bantuan guaman, hingga peluang kedua untuk wanita bangkit semula. ✨
08/12/2025
IESF-WEC: Malaysia Juara Kejohanan Dunia IESF 2025 Dua Tahun Berturut-turut
Artikel di ruangan komen.
05/12/2025
MAJLIS PELANCARAN PUSAT KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR (PTLJ)
JOHOR, 5 Disember 2025 - YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri, dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor (PTLJ) sebagai simbol sokongan Kerajaan Persekutuan terhadap inisiatif peningkatan sistem kesihatan dan kesejahteraan rakyat di Negeri Johor.
Majlis ini disempurnakan dengan keberangkatan
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim,
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah,
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor,
serta YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Pelancaran PTLJ menandakan satu lagi detik penting dalam penyediaan pusat rawatan kanser yang komprehensif, moden dan bertaraf dunia—memberi harapan baharu kepada pesakit serta memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan di negeri ini.
Semoga pusat ini menjadi pemacu kepada usaha memperluas rawatan, mempertingkat penyelidikan serta memperkukuh jaringan sokongan komuniti terhadap pesakit kanser.
Allah Peliharakan Sultan.
02/12/2025
Perak kini muncul sebagai negeri utama dalam pengeluaran jagung manis di Malaysia. Statistik terkini menunjukkan Perak menghasilkan lebih 36 ribu tan metrik jagung manis setahun, menjadikannya pengeluar nombor satu negara. Kejayaan ini banyak bergantung kepada usaha berterusan petani serta sokongan penuh daripada agensi kerajaan.
Kawasan pengeluaran utama jagung manis di Perak merangkumi daerah Batang Padang, Hilir Perak dan Kerian. Faktor seperti tanah yang subur dan sistem pengairan yang baik memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil pengeluaran. Permintaan yang stabil daripada pasaran tempatan juga mendorong pertanian jagung manis terus berkembang di negeri ini.
Menurut kenyataan rasmi, pertanian jagung manis di Perak bukan sahaja menyumbang kepada bekalan makanan negara, malah membuka peluang ekonomi kepada penduduk luar bandar. Inisiatif yang dijalankan setakat ini turut menyasarkan untuk memperluaskan kawasan tanaman dan memperkenalkan teknologi baharu kepada pengusaha tempatan.
26/11/2025
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memperkenalkan JerneH20, penapis air mudah alih bersaiz poket untuk kegunaan kecemasan.
Ia menggunakan teknologi Membran Serat Berongga dan Serat Karbon Anti-Bakteria bagi menapis bakteria, mikroplastik, logam berat dan pelbagai bendasing tanpa memerlukan tenaga elektrik.
12/11/2025
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendapati masih wujud kecenderungan dalam kalangan agensi kerajaan untuk menggunakan bahasa asing secara berlebihan.
DBP dalam satu kenyataan memaklumkan, ia termasuk penggunaan nama atau slogan program yang sepenuhnya dalam bahasa asing.
11/11/2025
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas pengurniaan Darjah Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan tahun 2025.
Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas pengurniaan Darjah Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan tahun 2025.
abubakar
11/11/2025
📌Kedudukan Malaysia dalam Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia 2023 naik 15 anak tangga kepada 26 di peringkat global, dipacu oleh pelaksanaan dasar dan inisiatif pendigitalan
📌Antara negara anggota ASEAN, Malaysia kini menduduki ranking kedua Indeks Prestasi Logistik, selepas Singapura
-- Menteri Pengangkutan Anthony Loke
Berita lanjut menyusul.