Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat

Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat, Education Website, 4 Jalan Hang J***t, Kuala Lumpur.

16/05/2026

16 Mei 2026- Lawatan Penanda Aras Pengurusan & Pentadbiran PPM Negeri Selangor ke PPM Ibu Pejabat berlangsung 1 hari di. Rumah B.P. PPM HDL diwakili oleh ADC Pentadbiran, ADC Profil & Media, ADC Program & Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Daerah.

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat.

15/05/2026

Sertai Pertandingan Menulis & Mendeklamasi Puisi Peringkat Kebangsaan 2026 🇲🇾

📌 Kategori Penyertaan:
⚜️ Pengakap Kanak-Kanak (10–12 tahun)
⚜️ Pengakap Muda (13–17 tahun)
⚜️ Pengakap Kelana (18–25 tahun)

Serlahkan kreativiti, keberanian dan semangat cintakan negara melalui bait-bait puisi yang penuh jiwa dan makna ✨

🏆 Hadiah wang tunai menarik
📜 Sijil penyertaan disediakan
📚 Layak merit PAJSK

📅 Tarikh Tutup Penyertaan: 31 Julai 2026

📝 Daftar sekarang:
https://docs.google.com/forms/d/14a6XWF14HspzZT_FhHkEYaVa9d_DHkiovfQ7BX77Xos/edit

Ayuh tonjolkan bakat anda dan jadilah suara generasi yang memberi inspirasi kepada Malaysia! 🇲🇾







Photos from Pengakap Malaysia's post 15/05/2026
05/04/2026

Sungai Besar: Seramai 20 orang ahli Pengakap (Ahli Majlis/Pesuruhjaya/Pen.Pesuruhjaya/Pemimpin/Pen.Pemimpin) dari PPM Daerah Hulu Langat telah tersenarai sebagai penerima Sijil Akela Cemerlang Selangor (16 orang) dan Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya Pengakap Selangor (4 orang) di Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2026 yang dizahirkan pada hari Ahad 5 April 2026 bertempat di Bangunan UMNO Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

Istiadat gilang gemilang ini dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) mewakili YBhg. Dato' Ketua Pengakap Negara.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima.



14/03/2026

Dalam keseronokan kita menyambut Eidulfitri, jangan lupa soal keselamatan rumah kita. Pesanan penaja ini dibawa khas oleh PPM Daerah Hulu Langat Selangor.


12/03/2026

Pesanan Untuk Komuniti ini dibawakan khas oleh PPM Daerah Hulu Langat, Selangor. Selamat Hari Raya & Hati2 Di JalanRaya.

Photos from Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat's post 15/12/2025

14 Disember 2025, Cheras Baru: Majlis Anugerah Ketua Pengakap Negara - Rambu Biru Pengakap Kanak-Kanak 2025 PPM Daerah Hulu Langat telah dirasmikan oleh YB Puan Hajah Rodziah Ismail, YDP Majlis Pengakap Daerah HL berserta kehadiran tetamu VIP iaitu KPPN Selangor, Tn Hj Iszamli Jailani. Turut memeriahkan majlis ialah Pengerusi Majlis Pengakap Daerah HL, Tn Hj. M. Azmi Razali, Pesuruhjaya Pengakap Daerah HL, Pn Norhidayati Derman dan Pengerusi Latihan Daerah HL, Tuan Norhisham Hisham.

Seramai 96 orang ahli Pengakap telah menerima Rambu Biru PKK dan 17 orang Pemimpin Pengakap juga menerima tauliah Pemimpin pada Majlis tersebut.

PPM DHL turut merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan YB Pn Hajah Rodziah Ismail serta seluruh barisan ahli-ahli Majlis, barisan ADC serta pemimpin-pemimpin yang menjayakan program tersebut.

Photos from Rodziah Ismail's post 15/12/2025
12/11/2025

Sekalung tahniah dan penghargaan buat penerima-penerima pingat dari PPM Daerah Hulu Langat / Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat.

Semoga khidmat bakti yang dicurahkan terus berkekalan untuk kecemerlangan Pengakap Daerah Hulu Langat.




12/11/2025

Tahniah diucapkan kepada:

Yang Berhormat Puan Hajah Rodziah binti Ismail
Ahli Parlimen Ampang
merangkap Yang Dipertua Majlis Pengakap Daerah Hulu Langat
di atas penganugerahan Pingat Perkhidmatan Gemilang
oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Terima kasih YB di atas segala kerjasama dan sokongan yang telah YB berikan kepada Pengakap Daerah Hulu Langat.

Semoga kerjasama ini berterusan.

Sekalung Tahniah YB!





Photos from Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat's post 20/10/2025

SELANGOR, 19 Oktober 2025 – Program Jamboree On The Air – Jamboree On The Internet (JOTA JOTI) Selangor 2025 telah berlangsung dengan meriah dari 17 hingga 19 Oktober 2025 bertempat di Kem Mutiara Semenyih Training Village & Eco Resort.

Program ini dikelolakan dengan jayanya oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hulu Langat (PPM Hulu Langat) di bawah pimpinan Puan Norhidayati Derman, selaku Penasihat Jawatankuasa Induk Pelaksana (JIP), En Norhisham bin Mohd Nasir (Pengerusi, JIP) dengan En Shah Rizam bin Malek sebagai Penyelaras Program JOTAJOTI Selangor 2025.

Selama tiga hari penganjuran, 532 peserta dari seluruh negeri Selangor menyertai pelbagai aktiviti berteraskan komunikasi, teknologi dan persahabatan global yang menjadi teras kepada penganjuran JOTA JOTI. Program ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran pengakap dalam bidang komunikasi dan digital, tetapi turut mempererat semangat perpaduan antara ahli pengakap pelbagai peringkat. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga turut bersama-sama mempromosi penggunaan internet secara selamat dan berhemah dikalangan warga pengakap dan pemimpin.

Majlis penutup yang diadakan pada 19 Oktober turut diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh tertinggi kepengakapan negara, termasuk YBhg. Mejar Jeneral (B) Prof. Dato' Dr. Haji Mohd Zin bin Bidin (Ketua Pengakap Negara), YBrs. Dr. Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara), Tuan Haji Ahmad Sabri bin Saad (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara) serta Tuan Haji Iszamli Jailani (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor).

Kehadiran mereka mencerminkan sokongan padu terhadap usaha PPM Hulu Langat dan PPM Negeri Selangor dalam memperkasa peranan pengakap dalam era digital dan memperkukuh jaringan kepimpinan muda di peringkat negeri dan kebangsaan. Majlis juga turut merakamkan ucapan tahniah buat Dato' KPN atas pemilihan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengakap Rantau Asia Pasifik di Persidangan Pengakap Asia Pasifik ke-28 baru-baru ini di Kaohsiong, Taiwan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


4 Jalan Hang J***t
Kuala Lumpur
50150