20/06/2026
๐๐ฒ๐บ ๐๐ฒ๐ฝ๐ถ๐บ๐ฝ๐ถ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ป 2 ๐ง๐ฎ๐ต๐๐ป 2026
โจ ๐ด๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐๐ โจ
Unit Hal Ehwal Murid (HEM) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Jalan Kuantan 2 telah menganjurkan Kem Kepimpinan SK Jalan Kuantan 2 Tahun 2026 yang melibatkan barisan pemimpin murid sekolah terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT, Ketua Kelas serta Penolong Ketua Kelas.
Program ini bertujuan untuk memperkasa kemahiran kepimpinan, komunikasi, kerjasama berpasukan serta membentuk jati diri dan sahsiah unggul dalam kalangan pemimpin muda sekolah.
Pelbagai aktiviti interaktif, perbincangan berkumpulan dan latihan kepimpinan telah dijalankan bagi memupuk nilai tanggungjawab, keyakinan diri dan semangat kepimpinan yang berkesan.
Majlis turut diserikan dengan sesi ceramah dan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh Puan Ezalinda Binti Zakaria, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Intan Baiduri, Kuala Lumpur
Perkongsian yang penuh inspirasi dan bermakna ini telah memberi pendedahan serta suntikan motivasi kepada para peserta untuk menjadi pemimpin yang berintegriti, berdaya saing dan mampu menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan, barisan pentadbir, guru-guru serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Semoga Kem Kepimpinan SKJK2 2026 menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi pemimpin muda yang cemerlang, berakhlak mulia dan sentiasa bersedia memikul amanah demi kecemerlangan sekolah.