08/05/2026
INISIATIF LEMBAGA DISIPLIN SMKDIY
Poster-poster kesedaran ini dihasilkan sebagai usaha mendidik dan meningkatkan kefahaman murid terhadap kepentingan disiplin, sahsiah terpuji serta gaya hidup sihat dalam persekitaran sekolah.
Semoga setiap mesej yang disampaikan mampu memberi kesedaran, membentuk jati diri dan memupuk budaya sekolah yang positif dalam kalangan warga SMKDIY.
Bersama Membina Sahsiah, Memperkasa Disiplin.
LEMBAGA DISIPLIN SMKDIY
29/03/2026
MAKLUMAN LANGKAH MENGHADAPI CUACA PANAS
Sehubungan dengan cuaca panas yang melanda, semua murid dibenarkan memakai t-shirt sukan sekolah mulai Isnin, 30 Mac 2026 dengan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.
Mohon perhatian ibu bapa/penjaga :
✅ Setiap murid amat disarankan membawa botol air dari rumah ke sekolah.
✅ Murid juga dinasihatkan kerap minum air kosong.
✅ Murid diingatkan supaya duduk ditempat yang redup ketika di luar bangunan.
Kerjasama dan keprihatinan ibu bapa/penjaga amatlah dihargai demi kesejahteraan murid-murid.
Terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid
SMKDIY
14/03/2026
🌙 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 & 𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐌𝐀’𝐈𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆
13 MAC 1026 | JUMAAT
Alhamdulillah, selesai sudah Program Khatam Al-Quran & Iftar Jama’ie bersama Majlis Masih Ada Yang Sayang yang berlangsung dengan meriah dan penuh keberkatan.
Seawal 10.30 pagi hingga 10.00 malam, pelbagai pengisian telah dijalankan. Bermula dengan sesi Masih Ada Yang Sayang pada waktu pagi dan petang, diikuti Majlis Khatam Al-Quran, dan seterusnya Iftar Jama’ie yang menghimpunkan warga sekolah dalam suasana penuh ukhuwwah dan kesyukuran di bulan Ramadan. 🤍
Suasana sepanjang program sangat meriah dengan kerjasama semua pihak. Lebih bermakna apabila warga sekolah bersama-sama berkongsi rezeki dan masa dalam menghidupkan Ramadan dengan amalan yang baik.
✨ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua AJK pelaksana, guru-guru serta warga sekolah yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini dari awal hingga akhir.
Semoga setiap usaha, sumbangan tenaga dan rezeki yang dikongsi menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.
Terima kasih semua yang terlibat.
Memori indah Ramadan ini pasti akan dikenang. 🌙
Ramadhan 2026 | 1447H
22/02/2026
TAHNIAH & SYABAS 🎉
IMAN DANIEL BIN MOHD KHAIRUL AFIZA
🥇 Tempat Pertama
Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah (Lelaki).
Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum & Sukan 2025
Peringkat PPD Sentul
📍 Dewan SJKC Kepong 1
📅 3 Februari 2026
Turut melayakkan diri sebagai Finalis Peringkat JPWP mewakili PPD Sentul.
Aktif dalam Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Robotik serta menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
✨ Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus cemerlang.
29/01/2026
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Thaipusam kepada semua warga sekolah yang meraikannya. Semoga perayaan ini disambut dengan penuh kesyukuran, keselamatan dan keharmonian bersama keluarga tersayang.
Dimaklumkan bahawa Cuti Wilayah Persekutuan & Perayaan Thaipusam pada 2 Februari 2026 (Isnin) merupakan cuti umum. Sehubungan itu, sesi persekolahan akan disambung semula pada 3 Februari 2026 (Selasa).
Diharapkan semua murid hadir ke sekolah seperti biasa dengan penuh semangat dan bersedia meneruskan pembelajaran. Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama semua pihak.
Sekian, terima kasih.
24/01/2026
Majlis Penetapan Target SPM 2026 dan Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan bagi murid Tingkatan 5 sesi 2026
Semoga majlis ini dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi akademik murid, memperkukuh komitmen dan kesepaduan semua ibu bapa / penjaga dan seterusnya warga sekolah, serta menjadi garis panduan yang jelas dalam merancang dan melaksanakan intervensi yang berfokus ke arah kecemerlangan peperiksaan dan kemenjadian murid secara holistik.
Diharap penetapan target ini dapat memberi hala tuju yang jelas, menyuntik semangat kepada murid dan guru, serta menjadi dorongan untuk kita sama-sama berusaha secara konsisten ke arah pencapaian yang lebih baik dan bermakna.
24/01/2026
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang amat membantu meringankan beban ibu bapa dan penjaga warga murid SMKDIY.
Diharapkan bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi menyokong keperluan pembelajaran murid serta meningkatkan motivasi dan semangat mereka untuk hadir ke sekolah dan belajar dengan lebih cemerlang.
Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ibu bapa dan penjaga yang dapat meluangkan masa hadir ke sekolah bagi pengambilan BAP.
13/09/2025
Meriah ‼️
Minggu Pusat Sumber SMKDIY (14-18 Julai) telah berjalan dengan lancar 🎉
Tahniah semua murid yang terlibat !
Jom sama-sama hidupkan budaya membaca & berkarya di sekolah kita!
”
13/09/2025
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟓
Kursus Kepimpinan Pusat Sumber Sekolah 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 25-26 Julai 2025 dengan penglibatan 71 orang pengawas pss smkdiy.
Program ini memberi pendedahan tentang kepimpinan, pengurusan serta tanggungjawab sebagai pengawas pusat sumber.
Tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat dan komitmen sepanjang kursus! 💪📚
13/09/2025
TAHNIAH ‼️‼️
Tahniah kepada pasukan KASPA SMK DIY kerana berjaya meraih:
🥇 Johan Pertolongan Cemas
🥇 Johan Pengucapan Awam
🎖️ Kenaikan pangkat Pegawai Waran KASPA
Syabas buat Aidil Zakwan (3O),
Nurin Adriana Qhaleesya (3K)
Nurul Sahada (3A)
Serta semua guru penasihat yang banyak berkorban masa & tenaga.
SMK DIY terus HEBAT! 🔥