PendekarBerkuda dot Org

PendekarBerkuda dot Org

Share

PendekarBerkuda dot Org. Blogger. Internet Marketer. SEO Marketing & Keyword Branding Expert

2th November 2016. Name Changed to PendekarBerkuda dot

30/08/2024

Selamat Hari Kebangsaan

30/06/2024

Uji mata : Berapa jumlah unta di dalam gambar di bawah?

Photos from PendekarBerkuda dot Org's post 27/06/2024

[Secara Rasmi]

Kampung ku Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Di Jalan Salleh, kini telah berakhir menetap disini drpd tahun 1984 hingga 31052024 untuk memberi laluan untuk projek pembongkaran semula palong yang di tanam di bawah tanah rumah biru.

Jabatan Perparitan dan Saliran Kuala Lumpur mengambil masa dalam tempuh 4 tahun bagi menyiapkan projek ini.

Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh 3 atau 4 tahun. Dengan harapan selepas ini kami p**ang semula ke tanah kami ini.

Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahupun tak rasmi ke rumah kami untuk bergambar.

Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut.

Assalamualaikum

*Rumah Biru Sign OFF*

Perkongsian: Shafiq Abdullah

21/06/2024

Makcik korban kata tak mahu halalkan walaupun 1 bulu lembu. Masjid Madad p**angkan semua termasuk dua telinga. Allahuakbar 🤦‍♂️

17/06/2024

Salam Aidil Adha.
Semoga Sentiasa Di Berkati Dan Di Rahmati. Aamiiin.

14/06/2024

“Kalau harga minyak mahal rakyat kena rajin cari duit lebih supaya tak terasa minyak mahal” - Pakar

14/06/2024

Tergamak dia gunting telinga anak kecik tu. Dah tu kena jolok p**ak a**s dia.

11/06/2024

Termenung lama jugak duk perhati sebelum tahu sebabnya. 🤣

09/06/2024

Assalamu'alaikum.

07/06/2024

Call aku merayu rayu minta tolong bayarkan tunggakan kereta 5 bulan. Surat repo dah keluaq, kereta sorok rumah kawan. Dah tak ada transport nak bergerak pi sana pi sini. Terpaksa pi kerja naik public transport.

Bila tanya kereta apa? Civic apa entah baru pakai 2 tahun, full loan. Aku bukan tau sangat pun model² kereta.

Jadi, aku tak tau nak tolong macam mana sebab kereta aku pun main ikat cable tie. Dah 2 tahun side mirror ni lekang, kadang² aku ikat tali rapia. Baru ni bawak anak² berjalan lekang p**ak.

Aku singgah DIY beli cable tie beli gam epoxy dan ikat ketat² insyaAllah tak jatuh dah. Lantak la orang nak kata huduh. Aku yang nak bawa aku yang nak menten, bukan depa. Kalau nak beli seketoi yang original boleh tahan harga dia. Pakai dulu la. Bukan kena sita JPJ pun bila ikat cable tie kat situ.

Kerja aku pun tak memerlukan aku tayang kereta mahal² dan imej yang mewah². Yang perlu jaga imej perlu menyakinkan pelanggan, jika mampu silakan.
Masa nak ganti kereta lama aku yang milage mencecah 400k km dulu, aku ada ja duit nak beli alpad sebijik, hasil kerja keras bertahun tahun. Tapi aku pi beli kereta kak ampa dulu. Dia lagi nak guna kereta sebab dok ulang pi kerja tiap hari.

Jadi aku beli la kereta Jepun yang elok sikit bagi kat dia. Beli pun 2nd hand secara tunai. Malas nak hutang. Kak ampa isi minyak ja. Roadtax insuran nanti kita tong tong la sorang sikit.

Bila ada duit lebih sebab tak jadi beli alpad, aku beli p**a kereta biasa yang besaq, muat anak aku 5 orang yang juga dah besaq. Beli dengan kiraan muat 7 beranak, mentenen tak tinggi dan bebas hutang. 2 buah kereta aku bebas hutang.

Memang beli semata mata nak ganti kereta lama yang dah lunyai. 1st time bawak kereta ni jumpa kawan² depa ingat aku ustaz Kafa nak pi bagi ceramah kat kampung depa. Depa tanya kitab mana kitab? Tabung Milo bawa tak? Harreeyy betoi!!

Kereta lama aku pakai 12 tahun, kereta ni pun mungkin aku pakai sampai lunyai baru pikiaq beli kereta lain. Tu pun kalau panjang umoq.

Anak² muda. Hidup ni kita kena tahan sikit nafsu. Jangan kerana nak nampak best di mata kawan dan kaum keluarga, kita terpaksa berputih mata di hari tua.
Kalau berasa tak mampu dan tak menentu, jangan cuba².

Kalau rasa mampu dan perlu, silakan. Semak dulu kudrat dan keupayaan, congak dulu apa yang bakal berlaku di depan.

Untuk kes macam ni, aku tak pernah layan. Pi la sembang dengan bank elok² dan cari jalan penyelesaian. Kalau rasa tak boleh pi, bersedialah untuk korbankan mana yang patut, betulkan balik jalan. Moga dipermudahkan.

Kredit: Edi Arjuna Pencerita

07/06/2024

RUPANYA INI FUNGSI SOAK DI MESIN BASUH !

Pernah tak mommy membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?

Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mommy jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.

FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang berkerja setiap kali membasuh.

So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,

1.Tekan ON
2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.

**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.

Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mommy letak kain p**ak.

Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh😅. Nanti cuba buat tau,dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.

Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8tahun diguna tiba-tiba stop. Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.

Sebab selama 8tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu..hehhe,

Kredit: Ika Hazman

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Pemimpin Yang Baik Adalah Pemimpin Yang Mengutamakan Kebajikan Rakyatnya

Seumpama keutamaan Sahabat Rasulullah, Khalifah Umar Al-Khattab rahimahullah, di mana beliau sangat tidak senang sekiranya ada rakyat pimpinannya berada dalam kesusahan.

Begitulah yang telah dan sedang di lakukan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Katakan apa sahaja projek kebajikan rakyat yang telah dan sedang di laksanakan oleh beliau untuk membolehkan segenap lapisan masyarakat mendapat manfaat terhadap kemakmuran negara.

GST misalnya bukanlah suatu sistem yang membebankan. Ianya adalah satu sistem yang membantu negara. Di mana cukai yang di kenakan dan di pungut daripada perniagaan-perniagaan di p**angkan semula kepada rakyat banyak dalam bentuk yang pelbagai.

Location

Address


Kuala Lumpur
53300