Jom Borak

Jom Borak

Share

Kini, lanskap pekerjaan semakin kompetitif - pemuda yang ingin berjaya perlu memahami selok belok tersirat untuk terus maju! Doctor?

Today's career landscape is even more competitive - youth who want to succeed need to understand how to maneuver to move forward! Sudah bosan mendengar pilihan kerjaya antara "Lawyer? Engineer?" dan mahu maklumat yang terkini, bukan sahaja teori? Kami akan cuba mengupas maklumat dan jalan kerjaya yang relevan bagi pemuda generasi kini.

---

Sick of being asked to choose between "Lawyer? Engineer

20/06/2022

Karier sebagai Akauntan?

Mari kita kupas!

---

Perlukan ijazah?
Tidak, tetapi ijazah boleh membantu.

Tempoh pembelajaran?
Bergantung kepada pelajar. Ada yang boleh selesaikan kurang dari 2 tahun, kalau gigih. Pernah jumpa akauntan umur 20.

Perlu pandai Matematik?
Tidak. Ini salah satu salah sangka paling besar. Akauntan tak perlu pandai Matematik. Ada kalkulator, asalkan reti tekan, jalan. Tapi zaman sekarang, perlu pandai pakai Excel.

Kesesuaian?
Bagi mereka yang tidak kisah kerja yang rutin dan kurang "exciting". Bergantung kepada kerjaya, kerja mungkin rutin - masuk pukul 9, keluar pukul 5.30. Mungkin juga perlu kerja sehingga 2 pagi. Tetapi peluang untuk buat duit pun, agak berbeza bergantung kepada kesanggupan ni.

Akaun ni, dulu, jalan akses untuk mereka dari B40 untuk mengubah nasib. Sebab? Banyak peluang pekerjaan, dan banyak biasiswa diberikan, dan kos biaya tidak terlalu tinggi. Banyak generasi dulu, yang diberi peluang, berubah dari B40 ke M40 dan T20 mengikut aliran ini. Tapi memang kena hadap lah kerja. Kadang kadang bosan. Selalunya mencabar.

Saya selalu syorkan kerjaya akaun ni untuk - golongan yang results okay-okay, tak perlu cemerlang sangat, dan yang fokus kepada mencari kerja, walaupun bukan passion. Sebab? Senang dapat kerja cukup makan, boleh hidup. Kalau nak kaya, masih boleh diusahakan, kalau sanggup tahan.

---

Sebagai seorang Akauntan, kerjanya berkait dengan mengira duit syarikat. Bezanya, kita kira dari segi mana.

Kebanyakkan graduan dari bidang akaun (dari jalan ijazah atau dari jalan certificate), kalau mahu meneruskan kerja dalam bidang perakaunan, selalunya akan ambil satu dari dua jalan - jadi staf akaun dalam sebuah syarikat, atau jadi auditor yang audit syarikat. Di sini berbezanya load kerja dan potensi buat duit.

Kalau ingin menjadi staf akaun dalam sebuah syarikat, selalunya akan masuk syarikat terus lepas habis belajar. Kerjanya mungkin mudah bila mula, akan diajar proses dan sistem yang digunapakai oleh syarikat itu. Dari situ, akan panjat "rank and file" - bila ada peluang untuk naik pangkat, ada lah peluang naik. Kalau nak naik tapi syarikat tu tak ada kerja kosong, pindah syarikat lain yang mencari. Kerja selalunya ada sebab semua syarikat perlu ada orang jaga duit, tapi gaji tak lumayan mana kalau kerja dengan syarikat SME. Masa mula, kalau syarikat kecik, staf akaun junior mungkin gaji bawah RM2,000. Kalau dengan syarikat MNC (seperti Shell, Nestle dll), tinggi sikit. Tapi bersedia lah untuk hanya naik bila ada kekosongan. Kalau sampai tahap manager lepas 8 - 10 tahun, mungkin gaji boleh mencecah RM5-8ribu untuk syarikat SME, 2x ganda kalau syarikat MNC/GLC. Tapi nak naik kompetitif. Nak sampai level CFO, tak ramai dapat peluang. Tapi tidak lah kena kerja hari hari balik pukul 2 pagi (kecuali masa tengah closing atau year end). Sesuai bagi mereka yang mahukan work life balance, dan tidak mengejar duit lumayan.

Jalan kedua adalah dengan menjadi auditor - di sini saya berikan contoh dari dua segi, dari segi syarikat Big 4, dan dari segi Small and Medium Firm (syarikat kecil sederhana).

Kerja auditor ni yang ramai orang rasa tak sanggup nak jadi akauntan. Kenapa? Sebab semua klien tak s**a auditor mereka hahaha ye lah, sapa s**a orang datang nak cari salah kan? Jadi auditor ni, memang kerja berat, dan stress tinggi. Dan yang sedihnya, masa bekerja di peringkat awal, memang gaji rendah. Bayangkan, kerja macam nak mati, tapi gaji ciput. Kebanyakkan orang akan berhenti lepas 3 tahun (sebab selalunya nak dapat professional certificate perlukan pengalaman 3 tahun, lepas tu cabut). Tambahan p**a, ramai syarikat yang mencari staf akaun yang ada pengalaman audit. Kira lain lah cara pemikirannya. Boleh dapat gaji tinggi berbanding staf akaun yang tak ada pengalaman audit. Jadi ramai ambik kerja audit ni sebagai pelaburan masa depan. Sebab kalau tengok gaji masa mula, memang boleh depress. Big 4 mungkin boleh dapat RM3-4k, Small Medium firm mungkin dalam RM2-3k. Tapi kerja sampai dah tak nampak macam manusia, duduk hadap komputer 18 jam sehari.

Tapi kenapa ada yang sanggup bertahan sampai 20 tahun?

Sebab, kalau dapat menjadi partner kepada syarikat audit ini (selepas 8-14 tahun) gajinya amat lumayan. Kalau syarikat Big 4, memang mencecah jutaan ringgit setahun, bergantung kepada klien yang dibawa masuk. Boleh juga buka Small/Medium Firm sendiri, kaut klien yang tak mampu bayar harga Big 4 (ramai je). So jalan buat duit itu memang ada. Cuma larat tak larat, sabar tak sabar, gigih tak gigih je.

Lagi satu - akaun ni boleh bawak kemana mana. Nak kerja di Singapura? UK? Saudi? Semua pakai ilmu sama, konsep sama. Banyak peluang nak merasa kerja di luar, kalau ada professional certificate dan ada pengalaman releven. Saya ada kawan, takder cerdik mana pun, tapi dapat posting ke Australia. Sekarang di Timur Tengah. Tak pasti nak balik ke tidak haha.

Ada juga bidang pengkhususan yang berkait - forensic accounting, internal audit, dan banyak lagi. Yang pasti, kalau ada pengkhususan, memang gaji boleh naik. Ye lah, rare gitu kan. Tapi kena rajin la. Kena tambah ilmu, kena mintak tugasan lain.

Harap ilmu ni membantu. Kalau nak tanya, tanyalah, nanti kami cuba dapatkan akauntan untuk turut jawab :)

20/06/2022

Setiap post, kami akan mengupas kerjaya yang berbeza, untuk memberi lebih maklumat kepada ibubapa dan juga pelajar supaya dapat membuka minda dan meluaskan pilihan kerjaya bagi mereka yang mungkin kebuntuan.

Kami akan menemuramah pakar dari bidang yang berlainan untuk mendapatkan "insights" yang sebenar bagi mereka yang ingin mempertimbangkan sesuatu kerjaya.

Yang kami harap, supaya ini dapat membantu seramai yang boleh.

Photos 10/02/2016

As a graduate joining an extremely competitive job market, it is a must for you to understand what exactly employers are looking for. In fact, this is something you would need to master before you graduate, to ensure that they are skills you can harness well.

But do you actually know what those skills are? Is entrepreneurial skills really all that its cracked up to be?

From:
http://www.bloomberg.com/graphics/2016-job-skills-report/

Mobile uploads 05/09/2015
The 10 Skills Employers Most Want In 2015 Graduates 23/12/2014

These are the skills that we test and build. Get in touch if you want to make sure you are ahead of the crowd.

The 10 Skills Employers Most Want In 2015 Graduates Can you work well on a team, make decisions and solve problems? Those are the skills employers most want when they are deciding which new college graduates to hire. The next-most-important skill: ability to communicate verbally with people inside and outside an organization. Employers also want new…

Theresa May wants to kick out foreign graduates 21/12/2014

As job markets become more and more competitive, you need to do whatever it takes to be the best version of you possible!

Theresa May wants to kick out foreign graduates Foreign graduates could face being sent back to their home countries under plans to “move towards zero net student migration” reportedly being considered by Home Secretary Theresa May.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
50250