SK TAMAN DESA

SK TAMAN DESA Mendidik dengan hati, membina masa depan
Ilmu • Sahsiah • Kemenjadian Murid

Bersama mengikuti perkembangan
SK Taman Desa

24/08/2026

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

🌙 CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL ﷺSelamat bercuti kepada seluruh warga SK Taman Desa sempena Maulidur Rasul 1448H / 2026M.S...
22/08/2026

🌙 CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL ﷺ

Selamat bercuti kepada seluruh warga SK Taman Desa sempena Maulidur Rasul 1448H / 2026M.

Semoga kita terus meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah ﷺ dalam kehidupan seharian.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

📅 25 Ogos 2026 (Selasa)







🇲🇾 MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SK TAMAN DESA 2026Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka SK Taman Desa ...
22/08/2026

🇲🇾 MAJLIS SAMBUTAN AMBANG MERDEKA SK TAMAN DESA 2026

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka SK Taman Desa 2026!

📅 24 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ 7.30 pagi
📍 Dewan Gemilang, SK Taman Desa

Antara pengisian menarik ialah Pertandingan Pakaian Bertemakan Patriotik bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Hadiah menarik menanti para pemenang!

Jom tampil dengan pakaian patriotik atau pakaian tradisional yang melambangkan kepelbagaian budaya Malaysia.

Semarakkan semangat patriotisme. Cintai Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

🏆 MENGHARUMKAN NAMA SK TAMAN DESA 🏆Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Taman Desa yang telah mewakili sekolah dalam...
19/08/2026

🏆 MENGHARUMKAN NAMA SK TAMAN DESA 🏆

Tahniah dan syabas kepada murid-murid SK Taman Desa yang telah mewakili sekolah dalam pelbagai kejohanan dan pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara penglibatan dan pencapaian yang membanggakan:

🏊 Kejohanan Akuatik MSSWPKL 2026
Murid SK Taman Desa telah mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat MSSWPKL.

🥋 7th Future Champions Karate Championship 2026
Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 15 Ogos 2026 di South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor.

🤖 RobotChallenge World 2026 – Beijing, China
Berlangsung pada 6 hingga 10 Ogos 2026, dengan murid SK Taman Desa yang mewakili Malaysia berjaya meraih tempat ketiga di peringkat antarabangsa. 🇲🇾🥉

Syabas kepada semua murid, guru pembimbing dan ibu bapa atas usaha serta sokongan yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SK Taman Desa untuk terus berusaha, berani mencuba dan mencipta lebih banyak kejayaan.

Keep going, keep shining! 🌟
Proud of you, SKTD!









LAWATAN PENGARAH JPWPKL KE SK TAMAN DESA ✨Alhamdulillah, SK Taman Desa berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Megat ...
18/08/2026

LAWATAN PENGARAH JPWPKL KE SK TAMAN DESA ✨

Alhamdulillah, SK Taman Desa berbesar hati menerima kunjungan Tuan Haji Megat Affandi bin Datuk Wira Haji Ismail, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bersama rombongan.

Kehadiran Tuan Pengarah bukan sekadar sebuah kunjungan, tetapi membawa inspirasi, perspektif dan semangat kepimpinan yang menyuntik motivasi kepada seluruh warga SK Taman Desa untuk terus bergerak ke hadapan.

Terima kasih, Tuan Pengarah, atas kesudian berkunjung ke SK Taman Desa. Setiap perhatian, perkongsian dan kata-kata yang disampaikan menjadi nilai yang kami bawa sebagai warga pendidik — to inspire, to empower and to make a difference.

Semoga jalinan silaturahim dan kolaborasi ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid.















📢 TAWARAN SEBUT HARGA KEDAI BUKU SEKOLAHSekolah Kebangsaan Taman Desa membuka Tawaran Sebut Harga untuk mengendalikan Ke...
17/08/2026

📢 TAWARAN SEBUT HARGA KEDAI BUKU SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Taman Desa membuka Tawaran Sebut Harga untuk mengendalikan Kedai Buku Sekolah bagi tempoh 1 Disember 2026 hingga 30 November 2028.

📌 Tarikh tutup: 18 September 2026 (Jumaat)

Borang sebut harga dan dokumen berkaitan boleh diperoleh di Pejabat SK Taman Desa secara percuma mulai 17 Ogos hingga 18 September 2026 pada waktu pejabat.

📄 Sila rujuk surat hebahan yang dilampirkan untuk maklumat dan syarat-syarat lengkap.

Ayuh rebut peluang untuk bersama-sama menyokong pengurusan Kedai Buku SK Taman Desa!









Pelancaran Program Digitalthon SK Taman Desa telah diadakan di Dewan Gemilang dan dirasmikan oleh Encik Mohd Hafiz bin A...
17/08/2026

Pelancaran Program Digitalthon SK Taman Desa telah diadakan di Dewan Gemilang dan dirasmikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Azmi, Yang Di Pertua PIBG sekolah.
Program Digitalthon Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2026 ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memperkukuh penguasaan dan kemahiran digital dalam kalangan murid serta warga sekolah, selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini melibatkan kerjasama antara pihak sekolah, PIBG dan komuniti setempat dalam menyediakan kemudahan serta persekitaran pembelajaran digital yang kondusif. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran, kreativiti dan keupayaan murid dalam memanfaatkan teknologi secara berkesan, di samping menyokong proses pembelajaran yang lebih interaktif, inovatif dan bermakna.









12/08/2026

🎬 VIDEO MONTAJ | SELAMAT BERSARA CIKGU RIZAL 🌹

Ada insan yang hadir dalam hidup kita untuk seketika, namun meninggalkan kenangan yang kekal selamanya.

Bertahun menabur bakti, mendidik dengan hati, mencurah ilmu tanpa jemu. Kini tiba waktunya Cikgu Rizal melangkah ke sebuah fasa baharu dalam kehidupan.

Setiap gambar menyimpan cerita.
Setiap senyuman mengukir kenangan.
Setiap jasa akan terus dikenang.

Terima kasih, Cikgu Rizal.
Pergimu bukan untuk dilupakan, tetapi untuk dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah indah SK Taman Desa. ❤️

“A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops.”

Selamat bersara, Cikgu Rizal.
Jasamu dikenang, budimu disanjung. 🌹








Address

Jalan Desa Utama
Kuala Lumpur
58100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK TAMAN DESA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK TAMAN DESA:

Shortcuts

Share