PASTI Ma Zheng He

PASTI Ma Zheng He

Share

PASTI Ma Zheng He @ Cheng Ho terletak di Jinjang Utara, Kepong (berdekatan dengan SK La Salle). Kami pasti yang kedua di Kawasan Kepong.

Pasti adalah satu aktiviti untuk yang dikelolai oleh Dewan Pemuda Pas Kepong untuk masyrakat setempat.

26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Aidil Adha mengajar kita bahawa cinta kepada Allah itu dibuktikan dengan pengorbanan

Ikhlas daripada,
πŸ•Œ PASTI Kawasan Kepong

16/05/2026

🌸 SELAMAT HARI GURU* 🌸
Guru ibarat pelita yang menerangi jalan anak-anak menuju kejayaan.

Terima kasih kepada seluruh warga pendidik PASTI yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan membentuk generasi Islam yang berilmu serta berakhlak mulia. πŸ’š

β€œGuru Pembina Ilmu, Mendidik Hati, Membentuk Generasi Madani.” ✨

Semoga segala pengorbanan, kesabaran dan kasih sayang para guru dibalas dengan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT. 🀲🏻

Ikhlas daripada
πŸ“š PASTI Kawasan Kepong





30/04/2026

Selamat Hari Pekerja buat seluruh warga PASTI Kepong 🌟

Buat para guru, pengurusan, dan sukarelawan β€” terima kasih atas segala usaha dan pengorbanan dalam mendidik anak-anak menjadi generasi berilmu dan berakhlak. Kalian bukan sekadar bekerja, tetapi sedang membina masa depan ummah.

Tidak dilupakan juga buat ibu bapa dan penjaga β€” insan hebat di belakang tabir. Pengorbanan kalian, doa yang tidak pernah putus, serta kepercayaan yang diberikan kepada PASTI adalah kekuatan buat kami untuk terus melangkah.

Setiap langkah kecil anak-anak hari ini, adalah hasil gabungan kasih sayang rumah dan didikan di sekolah. Tanpa kalian, perjalanan ini tidak akan sempurna.

Semoga segala penat lelah ini menjadi amal yang diberkati dan dikira sebagai saham akhirat yang berpanjangan.

β€œMembina Generasi Berilmu, Tanggungjawab Kita Bersama.” πŸ’š

27/03/2026

ANDA MINAT KANAK-KANAK? πŸ‘ΆπŸ’š
Inilah peluang untuk anda jadi sebahagian daripada pendidik yang membentuk generasi Rabbani!

PASTI Kawasan Kepong kini membuka peluang kepada anda yang:
✨ Bersemangat mendidik
✨ S**a kanak-kanak
✨ Ingin bekerja dalam suasana Islamik

πŸ“Œ Jawatan ditawarkan:
β€’ Guru PASTI
β€’ Pembantu Guru

πŸ”₯ TERHAD! PENGAMBILAN SEGERA
Jangan lepaskan peluang ini!

πŸ“© Hantarkan resume anda sekarang ke:
[email protected]
πŸ“ž 018-7021707 | 013-4031423

Jadilah pendidik yang membentuk generasi Rabbani.
Satu langkah kecil anda, perubahan besar untuk ummah.

18/03/2026

Bincang Raya - Anak-anak PASTI Ma Zheng He

17/03/2026

Semua Dah Check ke..
Nak Raya Dah Ni..☺️☺️

Photos from PASTI Ma Zheng He's post 14/03/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya telah berlangsung Program Ihya’ Ramadan PASTI Kawasan Kepong yang turut diserikan dengan Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian Sumbangan Raya kepada guru-guru dan AJK PASTI.

Program ini bukan sekadar menghidupkan suasana Ramadan, bahkan menjadi simbol penghargaan kepada para guru dan penggerak PASTI yang istiqamah mendidik anak-anak dengan ilmu, akhlak dan kecintaan kepada Al-Quran.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman serta Pengurusan PASTI Kawasan Kepong yang sentiasa komited menyokong usaha memperkasa pendidikan Islam di peringkat akar umbi.

Semoga setiap sumbangan dan pengorbanan ini menjadi amal jariah yang berkekalan serta diberkati oleh Allah SWT.

β€œMembina generasi Al-Quran, membentuk masa depan ummah.”


Photos from PASTI Ma Zheng He's post 06/03/2026

Ramadan adalah bulan yang melembutkan hati dan mendekatkan jiwa sesama insan.

Dalam keberkatan bulan yang mulia ini, PASTI Ma Zheng He berkongsi sedikit tanda kasih dengan mengedarkan kurma kepada ibu bapa SmartPASTI atau transit.

Mungkin pemberian ini kecil pada pandangan manusia, namun di bulan Ramadan setiap kebaikan yang lahir dari hati yang ikhlas mempunyai nilai yang besar di sisi Allah.

Semoga kurma yang diberi menjadi pengikat ukhwah, mengeratkan silaturahim antara pihak PASTI dan para ibu bapa yang sentiasa menyokong perjuangan mendidik anak-anak dengan nilai Islam.

Kerana Ramadan mengajar kita bahawa keindahan hidup bukan pada banyaknya yang kita miliki, tetapi pada banyaknya yang kita mampu berkongsi.

πŸŒ™ Semoga setiap amal kecil di bulan ini menjadi pahala yang berlipat ganda dan membawa keberkatan buat kita semua.



Photos from PASTI Ma Zheng He's post 29/01/2026

Gambar aktivi2 Anak-anak PASTI Ma Zheng He Yang ceria pada Minggu Kedua..

19/01/2026

Antara Aktiviti Minggu Pertama PASTI MA ZHENG HE

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Tebing Timur
Kuala Lumpur
52000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00