28/05/2026
الحمدلله رب العالمين
Hampir 500 buah keluarga dapat manfaat dari daging korban. Berkat semua yang bersama anak-anak Madrasah Hashimiah dalam melaksanakan ibadah korban.
Semoga ibadah korban kita dan segala pengorbanan kita diterima Allah.
26/05/2026
Menjelang subuh fajar menyara,
Gema takbir menyentuh sukma;
Madrasah Hashimiah menyusun bicara,
Selamat Hari Raya Aidiladha.
Bunga kemboja mekar di laman,
Tempat berteduh si anak yatim,
Ibadah korban penuh keimanan,
Mengeratkan lagi ukhuwah batin.
Melonjak tinggi si burung merpati,
Terbang sekawan ke hujung desa,
Daging dikongsi seikhlas hati,
Membawa berkat sepanjang masa.
Tinggi syiar kalam suci,
Lafaz niat tulus terbina,
Semoga pengorbanan kita kali ini,
Menjadi lebih erat dan bermakna.
Ikhlas dari
Pengurusan Madrasah Hashimiah
21/05/2026
JAWATAN KOSONG: ADMIN PEJABAT
Madrasah Hashimiah (Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim)
Mencari peluang bekerja sambil menyumbang untuk agama? Sertai kami!
💼 Ringkasan Tugas:
Mengurus hal ehwal pejabat & komunikasi (WhatsApp/Emel).
Membantu guru menyediakan bahan mengajar.
🎓 Kelayakan & Tawaran:
Menjaga solat jemaah, beradab & berakhlak baik.
Tahu guna MS Word & Excel (Sedia belajar jika belum tahu).
Elaun: RM1,300 (Naik RM1,500 selepas 3 bulan probation).
Kemudahan: Makanan disediakan.
📩 Berminat? Mohon Sekarang:
📧 Emel resume ke: [email protected] 📲 Atau WhatsApp: 018-380 0961 (wa.me/60183800961)
Bantu kami 'Share' post ini. Terima kasih!