KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa

KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa

Share

Mengambil pelajar dari seawal umur 5 tahun. (Small group focus) Di antara 6 hingga 12 orang di dlm satu sesi.

Harga yang berpatutan & menggunakan modul Kaedah Membaca Ekspres-i & Express-i Reading

27/04/2026

Sejak 2018 hingga kini tetap ada cabaran baru.

Dulu kami dihubungi oleh parents yang anak-anak mereka ketinggalan dalam kelas.

Tidak boleh membaca dengan lancar. Anak seawal 7 hingga usia 9 tahun masih tidak menguasai kemahiran membaca.

Akibatnya mereka terbeban kerana tidak mampu menanggung silibus yang diajar dan s**ar menguasai pembelajaran serta mempunyai self-esteem yang agak rendah.

Kini tahun 2026, sistem pembelajaran bakal berubah. Anak- anak seawal umur 6 tahun boleh masuk darjah 1 seandainya mereka lepas ujian kemas**an.

Parents, sudahkah kita bersedia?

Kelas Membaca Ekspres-i juga turut mendapat tempias, parents yang mempunyai anak 4-5 tahun sudah mula mencari kelas persediaan untuk kemahiran membaca dan menulis. bersediakah anak anda untuk menghadapi cabaran ini.

Jom saya bantu dengan Kaedah Membaca Ekspres-i. Mudah, cepat dan tidak membebankan. Bukan fonik, bukan mengeja. Cam dan terus sebut.

Insya Allah kita buka kelas kemas**an bulan Jun 2026 secara bersemuka dan online bersama Ticer Iymm Kamal.

11/11/2025

Alhamdulillah, dah nak hampir hujung tahun. Anak-anak di KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa pun sudah ramai di buku 4. Sikit lagi nak habis. Cikgu s**a momentum anak-anak tahun ini. Sangat laju kuasai Kaedah-kaedah yang diperkenalkan.

Pejam celik tak sampai lagi 2 bulan nak masuk tahun baru. Adakah anak anda sudah bersedia untuk masuk darjah 1?

Insya Allah kemas**an sesi baru akan dibuka pada bulan Disember ini.
Jom saya bantu anak anda kuasai kemahiran membaca dan menulis dengan Kaedah Membaca Ekspres-i .

29/09/2025

Selamat datang Agen.

Kita ada tugas malam ini.

Habiskan pembelajaran suku kata tertutup di buku 3.

Ayuh. 💪💪💪

Seronok belajar membaca bersama Ticer Iymm Kamal, walaupun di dalam talian.

Kelas membaca Ekspres-I Setiawangsa juga ada kelas bersemuka. Jom sertai ada 3 kekosongan di kelas Membaca bersemuka setiap Sabtu, kemas**an bulan Oct 2025.

Photos from KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa's post 01/07/2025

Alhamdulillah & tahniah anak-anak KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa yang telah tamat sesi pembelajaran.

Cikgu Iymm Kamal doakan semoga anak-anak terus maju jaya.

Insya Allah akan ada kekosongan untuk kemas**an Bulan Julai & Ogos nanti.

Photos from KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa's post 25/02/2025

Anak-anak yang masuk ke Kelas Membaca Ekspres-I Setiawangsa jika lambat kuasai buku 1 saya akan mula hubungi parent. Biasanya benchmark untuk buku 1 cukup antara 3-4 Sesi tapi dia... dekat sebulan masih tidak kuasai langsung. Masuk bulan kedua masih di buku 1. Bila dia tak ingat dia hanya senyum. Aduh macam mana cikgu nak bantu ni. Maka bermulalah komunikasi bersama ibu dia untuk bantu di mana kelemahan anaknya.

Pernah juga bila datang Kelas dia tertidur. Risau sangat cikgu sebab tahu ibunya dah berbelanja untuk bantu perkembangan anak mereka. Bila melibatkan pelaburan wang dan masa, maka cikgu pastikan ini pelaburan terbaik untuk ibunya.

Masa terus berlalu kadang-kadang perlu di ulang berkali-kali setiap modul tapi tak pernah pun dia give up. Hanya tersenyum. Selalu ingatkan parent tolong doakan kejayaan anaknya membaca.

Cikgu pun bantu lagi dan lagi sampailah ke buku terakhir. Proses dan progres yang dulu agak perlahan makin laju.

Alhamdulillah, kini anak murid cikgu dah habis belajar membaca dan lancar sangat bacaannya. 2 kemahiran iaitu membaca dan menulis dapat di kuasai melalui Kaedah Ekspres-I .

Tahniah Iman Darwisy. Tahniah mama, Pn Balkhis. Semoga Iman terus berjaya mengejar ilmu dunia dan akhirat.

Pagi tadi ibu Iman message bagitahu Iman dah pandai balas mesaage tak de lagi voice note. Syukur alhamdulillah sesungguhnya ilmu itu milik Allah. Cepat atau lambat lalui sahaja prosesnya. Sabar itu janji Allah kepada orang yang menuntut kejayaan.

Yang pasti, cikgu happy 😍
Terima kasih Kaedah Membaca Ekspres-i❤️

03/01/2025

Pendaftaran Baru Januari 2025
Kelas Bersemuka dan Kelas Online.
3 kekosongan untuk bersemuka dan 4 kekosongan online

05/12/2024

Allahuakbar.

Marilah kami bantu anak anda.

Daftarlah segera ke KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa.

Kita selesaikan perkara utama. Dengan menggunakan Kaedah Membaca Ekspres-i anak akan menguasai 2 kemahiran iaitu membaca dan menulis.

Jom belajar macam tak belajar.

25/10/2024

Insya Allah kemas**an bulan Nov & Dec ada 4 kekosongan untuk Kelas online

6 kekosongan untuk Kelas Bersemuka/fizikal

Photos from KELAS Membaca Ekspres-I Setiawangsa's post 24/10/2024

Cikgu, saya nampak Ameena besar.

Wah awak bawa apa tu?

Saya bawa kanta pembesar.

Nasib dia tengok Kembar dia yang besar, bukan cikgu dia yang besar. Hahahahaaa🤣

*

Ahsan dan Ameena sudah berada di buku 4 Kaedah Membaca Ekspres-i, Insya Allah akan tamat tidak lama lagi. Doakan kelancaran proses pembelajaran mereka dengan Kelas Membaca Ekspres-i Setiawangsa.

Parents semua nampak tak Kelas Membaca Ekspres-I Setiawangsa. Bukan apa takut saya kena beli kanta pembesar juga. ☺️

Kalau dah nampak jangan lupa daftar untuk kemas**an baru. Saya sedia membantu anak anda untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Seriawangsa KL
Kuala Lumpur
54200