21/08/2013
ADAB BANGUN TIDUR (sunnah Nabi s.a.w)
1. Menyapu tangan ke muka
Hadis Nabi saw yg bermaksud: "Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dgn tangannya" (HR Muslim)
2. Berdoa
Dari Huzaifah, "setiap kali bangun tidur, Rasulullah saw berdoa "segala puji bg Allah yg telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepadaNyalah (kami) dibangkitkan" (HR at-Tirmizi)
3. Bersugi (menggosok gigi)
Dalam sebuah hadis bermaksud "apabila Rasulullah saw bangun dr tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dgn bersugi" (Muttafaq'alaih)
4. Membasuh kedua2 tangan sebanyak 3 kali
Rasulullah saw bersabda bermaksud "apabila salah seorang drpd kamu bangun dr tidur, maka basuhlah tangan terlebih dahulu 3 kali sebelum memasukkan kedua2 tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur" (Muttafaq'alaih)
5. Berinstinthar (menghembus air selepas menyedut ke hidung)
Rasulullah saw bersabda yg bermaksud "apabila seorang drpd kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristintharlah sebanyak 3kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya" (HR al-Bukhari)
Hidup Sunnah
18/08/2013
SUNNAH KETIKA MAKAN
1. Membasuh kedua-dua tangan sebelum dan selepas makan. (Sunan Abi Dawud Hadtith3755)
2. Duduk di atas lantai. (Bukhari Sahih Hadith5386)
..
3. Duduk di salah satu daripada tiga postur berikut;
a) Dalam kedudukan membaca TASYAHHUD (seperti dlm solat) (Fathul Baari Hadith5399),
b) Sama seperti di atas dengan lutut kanan dibangkitkan, (Ibid; Takhrijul Ihya Hadith1304) dan
c) Dalam postur mencangkung (Sahih Muslim Hadith5299).
4. makan dengan jari (ibu jari, telunjuk dan jari tengah). (Sahih Muslim Hadith5265 dan Majmauz-zawaaid)
5. Membaca nama Allah sebelum makan. (Bukhari Sahih Hadith5376)
6. Makan dengan tangan kanan. (Bukhari Sahih Hadith5376)
7. Makan dari bahagian yang paling dekat plat dan bukan dari tengah-tengah. (Bukhari Sahih Hadith5376)
8. Seboleh-bolehnya, untuk makan secara kolektif dari satu pinggan/talam. (Ibn Kathir Surah24 Aayat61; Sunan ibn Majah Hadith3287)
9. Membersihkan setiap sedikit makanan yang tertinggal di atas pinggan dan menjilat jari sebelum membasuh mereka. (Muslim Sahih Hadith5268)
10. Untuk membaca pelbagai du'aas Masnoon selepas makan. Salah satu daripadanya adalah, 'Alhamdulillaahil ladhiy at'amanaa wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimeen'. (Sunan Abi Dawud)
Sumber : Madrassah In'aamiyyah, Camperdown, South Africa, http://www.al-inaam.com/dhadith/asunnah10.htm
(terjemahan bebas)
Hazrat Asmah radhiallahu anha telah meriwayatkan bahawa makanan panas telah dibawa kepada Nabi salallahu alaihi wasallam, baginda akan menutupinya hinggalah kepanasannya hilang dan pernah bersabda bahawa terdapat keberkatan yang banyak dalam makanan yang sejuk (Darimi, Madarijun Nubuwwah)
Baginda Juga makan petang walaupun ia terdiri dari beberapa biji kurma. Baginda juga memberitahu meninggalkan makan petang mempercepatkan umur tua. (Tirmizi, sunan ibnu majah, Zaadul Ma'ad)
Makan berjemaah membawa keberkatan(Abu daud)
Hazrat Ibnu Abbas radhiallahu anhu telah meriwayatkan bahawa orang yang mengutip dan makan makanan yang terjatuh di atas saprah, akan menjadi tampan dan mendapat anak-anak yang cantik dan ia terlindung dari kemiskinan ( Madarijun Nubuwwah )
Rujukan: Terjemahan Uswah e Rasool e Akram - Dr. Muhammad Abdul Hai
09/07/2013
TAHUKAH ANDA ADA B*K JENIS HABBATUS SAUDA'?
~ Gaya Hidup Sunnah | Like & Share...
Antara yang popular ialah Habbatus Sauda jenis:
1. Nigella Arvensis : biji-bijinya bersaiz lebih kecil dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan.
2. Nigella Damacina : Jenis habbatus sauda' yang tersebar luas tetapi tidak digunakan bagi tujuan perubatan.
3. Nigella Sativa :
Ini satu-satunya jenis Habbatus Sauda yang digunakan bagi tujuan perubatan. Biji-bijinya bersaiz lebih besar dan mengandungi kadar minyak yang tinggi yang digunakan dalam perubatan.
Diriwayatkan dalam Kitab Sahih Al-Bukhari, Rasulullah SAW berpesan:
"Hendaklah kamu mengambil berat tentang Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya pada habbatus sauda' itu terdapat penyembuhan bagi setiap penyakit kecuali maut"
Vitamin Halal
fb.com/halalvit