Sekolah Dalam Hospital HRC

Sekolah Dalam Hospital HRC

Share

Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan sebuah insiatif bersama diantara KPM dan KKM.

SDH HRC mula beroperasi pada 2 September 2024 dan merupakan SDH yang ke 19 daripada 21 SDH yang terdapat di dalam Malaysia.

Photos from Hospital Rehabilitasi Cheras's post 22/05/2026
22/05/2026

πŸ“’ Makluman Cuti Persekolahan πŸ“’

Sekolah akan bercuti bermula 23 Mei 2026 hingga 7 Jun 2026 dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 8 Jun 2026 😊

Walaupun cuti sekolah, jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan dan buat aktiviti yang menggembirakan ya ✨

Jumpa lagi nanti warga sekolah! πŸ’•




22/05/2026
22/05/2026

21 Mei 2026
Sambutan Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Jururawat di HRC.

Bulan Mei, bulan yang hadir dengan penuh penghargaan dan kasih sayang ❀️

Buat semua insan bergelar guru, ibu dan jururawat β€” terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kasih yang dicurahkan tanpa jemu.

Guru mendidik dengan ilmu dan keikhlasan.
Ibu membesarkan dengan kasih sayang dan doa.
Jururawat p**a menjaga dengan penuh kelembutan dan pengorbanan.

Semoga segala jasa kalian dibalas dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan hidup di dunia serta akhirat 🌷

Selamat Hari Guru πŸ‘©πŸ»β€πŸ«
Selamat Hari Ibu πŸ’
Selamat Hari Jururawat 🩺

Terima kasih untuk segalanya 🀍



18/05/2026

Saksikan bingkisan menarik sempena Hari Guru di Wanita Hari Ini ❀️

Terima Kasih Cikgu πŸ’




18/05/2026

Sekolah Dalam Hospital HRC di Wanita Hari Ini 😁

Siaran 18 Mei 2026




16/05/2026

βœ¨πŸ“šSELAMAT HARI GURU 2026 βœ¨πŸ“š

β€œGuru Bitara, Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi masa hadapan.

Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, malah menjadi pembimbing, pencetus inspirasi dan penyemai harapan kepada setiap anak bangsa. Di sebalik kejayaan dan kecemerlangan sesebuah negara, berdirinya insan bergelar guru yang tidak pernah jemu mencurahkan bakti.

Terima kasih kerana terus mendidik dengan penuh kasih sayang, kesabaran dan keikhlasan demi melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Khas buat seluruh warga pendidik termasuk guru-guru Sekolah Dalam Hospital HRC, terima kasih kerana terus menjadi sinar dan semangat kepada anak-anak yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan.

✨ Jasa kalian amat bermakna.
✨ Pengorbanan kalian tidak ternilai.

Selamat Hari Guru 2026! πŸ’

Ikhlas daripada,

Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga
Hospital Rehabilitasi Cheras



12/05/2026

12 Mei 2026

🌸 Selamat Hari Jururawat 2026 🌸

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua jururawat atas jasa, pengorbanan dan keikhlasan dalam memberikan rawatan serta penjagaan terbaik kepada masyarakat.

Terima kasih kerana sentiasa cekal, penyayang dan menjadi insan penting di sebalik kesejahteraan rakyat.

Semoga segala usaha dan bakti yang dicurahkan sentiasa diberkati serta dipermudahkan segala urusan. ❀️🌷🌹

10/05/2026

Selamat Hari Ibu buat semua insan bergelar ibu β™₯️

Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan, doa serta segala penat lelah yang tidak pernah berkira.

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, ketenangan hati serta dipermudahkan segala urusan.
Jasa dan kasih ibu tidak akan mampu dibalas sampai bila-bila πŸ’πŸŒΉπŸŒ·

Saksikan juga persembahan istimewa daripada adik Haziq, murid sekolah kami, khas buat semua ibu tersayang ❀️




20/12/2025

Selamat bercuti πŸŽ‰

Semoga cuti ini dimanfaatkan dengan perkara yang bermanfaat dan jaga keselamatan diri ❀️

Jumpa tahun depan 🀩




Want your school to be the top-listed School/college in Cheras, Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Hospital Rehabilitasi Cheras, Cheras
Cheras, Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00