Halaqah Hurul Ayn

Halaqah Hurul Ayn

Share

A group of Muslim women who gathers to learn Al-Quran. We are based in Kuala Lumpur

Photos from Halaqah Hurul Ayn's post 18/04/2025

Alhamdulillah Selasa lepas sempat beraya dengan potluck hasil air tangan kawan-kawan Halaqah Hurul'Ayn, bermaafan dan bertanya khabar setelah 3 minggu cuti 🥰 rindu nak start kelas balik.

21/03/2025

Pecutan 10 malam terakhir untuk kejar Lailatul Qadar tahun ni. Semoga rezeki kita bersama. Amiiin.

01/03/2025

Semoga Ramadhan tahun ini lebih berkualiti ye gais. Selamat beribadah 🥰

Photos from Halaqah Hurul Ayn's post 13/02/2025

Tadabbur sesi 2 2025

Kali ni kami bedah kitab 40 Hadis Tentang Puasa dan Ramadhan tulisan Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi.

Alhamdulillah banyak kita dapat belajar. Mudah-mudahan kita dapat beramal di bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi.

Photos from Halaqah Hurul Ayn's post 30/01/2025

Halaqah At The Park!

Sebelum CNY masing-masing mood bercuti, so kami buat keputusan cuti memgaji dan pergi Taman Metropolitan Kepong untuk senam dan piknik sama-sama.

Walaupun hujan tapi masing-masing semangat tak kenal erti tempias basah. Terima kasih Coach Frieda melayan kerenah kami time senam dan Ustazah Jannah yang sudi luangkan masa walaupun nak berangkat ke Kuantan.

Terima kasih juga kawan-kawan HH'A yang sporting habis! Kita kena repeat 🥰

27/01/2025

Israk Mikraj adalah peristiwa penting untuk umat Islam kerana ketika itu Allah menurunkan perintah solat.

Nak dengar cerita tentang Israk Mikraj lagi? Esok Ayn update, insyaAllah!

Photos from Halaqah Hurul Ayn's post 24/01/2025

PROGRAM SOLAT SUNAT TASBIH

Alhamdulillah harini kami bersama wanita-wanita Taman Melewar menunaikan Solat Sunat Tasbih dengan dibimbing oleh Ustazah Jannah Asri.

Terima kasih kepada Rukuntetangga Taman Melewar dan Surau At-Tarbiyah Taman Melewar. Next month insyaAllah kita buat lagi pada 21 Februari.

Jemput datang.

Photos from Halaqah Hurul Ayn's post 16/01/2025

Sanah Helwah barakallahu fi umrik kepada ahli Halaqah Hurul'Ayn Puan Wan Fatimah.

Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah, diberkati usia, diberi segala kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

Terima kasih belanja kami nasi minyak special 🥰

13/01/2025

Solat Sunat Tasbih adalah solat sunat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudara baginda, Abbas bin Abdul Muttalib. Kita disarankan untuk melakukan solat ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Siapa free Jumaat 24 Januari nanti jom join 'Ayn dan geng halaqah di Surau At-Tarbiyah Taman Melewar. Khas untuk muslimat saja.

Nanti 'Ayn kongsi manfaat Solat SunatTasbih. Follow for more 🥰




08/01/2025

Kalau nak speed amal bulan Ramadan, start secara konsisten dalam bulan Rejab.

31/12/2024

Tarikh 1 Januari juga menandakan masuk 1 Rejab, bulan untuk kita bersedia menerima Ramadan yang mulia. Ini tarikh puasa sunat Rejab yang perlu kita tahu.

Selamat beribadah 🥰

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Taman Melewar
Kuala Lumpur
68100