SIRAJ Al-Alusi

SIRAJ Al-Alusi

Share

Laman facebook rasmi SIRAJ Al-Alusi. Laman sosial rasmi Sekolah Agama Rasmi Al-Alusi Kg.

Datuk Keramat yang dibuka pada 2014 ini merupakan satu platform baru buat ibu bapa mendapat maklumat semasa berkaitan perjalanan aktiviti sekolah. InsyaAllah sebarang aktiviti yang bakal dan sedang dilangsungkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 11/05/2026

πŸ“Œ MESYUARAT PIBG INDUK SESI 2026/2027

Bersama Melakar Halatuju Kejayaan Anak-anak Alusi

Mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Induk PIBG secara bersemuka bagi sesi 2026/2027 telah berlangsung seperti butiran berikut:

πŸ“ Lokasi: Bilik Mesyuarat SIRAJ Al-Alusi
πŸ“… Tarikh: Sabtu, 9 Mei 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi

Antara agenda utama perbincangan:

βœ… Pelaksanaan Rakaman Video Pendidikan berkenaan Keselamatan Trafik Di Hadapan Sekolah
βœ… Pembentangan perancangan awal aktiviti dan program sekolah & PIBG
βœ… Perbincangan halatuju dan fokus strategik transformasi PIBG

Semoga mesyuarat ini menjadi pencetus kepada kerjasama erat antara ahli baharu, seterusnya memacu pencapaian holistik anak-anak dalam aspek akademik, sahsiah dan rohani.

"Bersama Mendidik, Membina Masa Depan"

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 09/05/2026

9.5.2026 | MAJLIS PERSARAAN MANTAN GURU BESAR, Ustaz Mohamad Nor Bin Hasan.

Sebuah perjalanan telah berakhir…namun legasi akan terus kekal selamanya.

Terima kasih ustaz atas segala pengorbanan, kepimpinan dan jasa yang tidak ternilai.

Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kelab sarana setiap kelas yang telah menyumbang cenderahati kepada ustaz Mohamad Nor Bin Hasan.

Semoga setiap amal menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan semoga kehidupan selepas ini dipenuhi ketenangan, kebahagiaan serta rahmat daripada-Nya.

SELAMAT BERSARA, USTAZ✨

09/05/2026

Kembara Ilmu KRS 2.0 - HO CHI MINH

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 09/05/2026

27-30 APRIL 2026 | ISNIN HINGGA KHAMIS | KEJOHANAN TENNIS MSSWPKL 2026

Pada 27-30 April 2026 telah berlangsung kejohanan tennis MSSWPKL yang diadakan di Gelanggang Tennis Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa.

Nur Qaireen Humaira binti Adi Saufi yang mewakili Siraj Al Alusi bagi kategori perseorangan perempuan bawah 12 tahun telah berjaya mengharumkan nama sekolah apabila berjaya merangkul tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut, lebih manis apabila kejayaan tersebut hadir selepas 4 tahun mencuba nasib di pentas MSSWPKL, Team Tennis Alusi diuruskan oleh Sir Mohamad Zull Helmiezan bin Buang. Qaireen juga telah terpilih untuk mewakili pasukan tennis MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Sir Mohamad Zull Helmiezan p**a telah dilantik sebagai pegawai teknikal pasukan tennis MSS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke kejohanan Tennis MSSM yang akan diadakan di Johor pada 6-13 Jun 2026. Tahniah diucapkan, semoga dengan kejayaan ini dapat membakar semangat pelajar pelajar lain untuk lebih maju dan lebih hebat di masa akan datang dan semoga Qaireen peroleh kejayaan di kejohanan MSSM nanti.


Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 09/05/2026

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SIRAJ Al-Alusi telah berjaya dijalankan pada hari Sabtu 18 April 2026.
Kem ini melibatkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas skim pinjaman buku teks dan pembimbing rakan sebaya iaitu seramai 120 orang. Kem ini berlangsung di sekolah selama satu hari sahaja. Kem ini juga dijalankan bersama dengan pihak konsultan iaitu Wasim Consultant. Objektif kem ini adalah untuk membina keyakinan dan daya kepimpinan dalam setiap diri peserta.

05/05/2026

πŸ“’ PENGAMBILAN GURU GANTI DI SIRAJ AL-ALUSI πŸ“’

Peluang kerjaya bagi individu yang berminat untuk menimba pengalaman dalam bidang pendidikan di SIRAJ Al-Alusi. Kami sedang mencari calon yang berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan guru ganti.

Butiran Jawatan
Bilangan Kekosongan: 3 Orang
Tempoh Perkhidmatan: Mei hingga Julai 2026
Subjek: Matematik / Bahasa Melayu / Al-Quran
Kriteria Permohonan: Kelayakan minimum SPM.
Berusia 18 tahun ke atas dan mempunyai minat dan kesabaran dalam mendidik.

Cara Memohon:
Sila hantarkan resume lengkap anda ke emel: [email protected]
Tarikh Tutup Permohonan: 8 Mei 2026

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 23/04/2026

πŸŒŸπŸŽ–οΈ Kursus Kenaikan Pangkat Koperal & Lans Koperal KRS & TKRS Peringkat Negeri 2026 πŸŽ–οΈπŸŒŸ

πŸ“… 10 – 12 April 2026 (Jumaat – Ahad)
πŸ“ SK Seri Indah (Putera)
πŸ“ SK Bandar Baru Sri Petaling 2 (Puteri)

Alhamdulillah! Selesai sudah Kursus Kenaikan Pangkat Koperal/Lans Koperal peringkat negeri yang berlangsung selama tiga hari penuh ilmu, cabaran dan pengalaman berharga buat para kadet kita.

Untuk edisi 2026 ini, sekolah kita telah menghantar seramai 16 orang kadet TKRS (7 kadet Puteri & 9 kadet Putera). Kadet-kadet ini telah diuji dengan Ujian Kawad Kaki, Hafazan, Orienteering, Bantu Mula dan Ikatan & Simp**an.

πŸŽ‰ Pencapaian Membanggakan!

Tahniah diucapkan kepada kesemua 16 kadet TKRS yang telah berjaya ditauliahan pangkat Koperal TKRS.

πŸ’š Koperal TKRS Zara Nur Aqeela Binti Mhd Ariff
πŸ’š Koperal TKRS Afrina Batrisyia Binti Mohd Idris
πŸ’š Koperal TKRS Dhia Sofya Binti Shahrul Nizam
πŸ’š Koperal TKRS Ulya Maisarah Binti Mohd Hafizuddin
πŸ’š Koperal TKRS Nur Laura Farisha binti Muhamad Fauzi
πŸ’š Koperal TKRS Rose Ayeesha binti Fee Rose
πŸ’š Koperal TKRS Nur Qamilla binti Muhammad Khairi
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Naufal Danish bin Zaidie
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Ammar bin Mohamed Adib
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Ali 'Imran bin Mohd Darus
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Amirul Haziq bin Muhammad
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Qayyum bin Mohd Zhafir
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Asry Arshad bin Mohd Hanafi
πŸ’š Koperal TKRS Zain Muhammad Aqeel bin Mohd Ariff
πŸ’š Koperal TKRS Muhammad Aisy Fayyadh Bin Mohd Muhaidir
πŸ’šKoperal TKRS Mohammad Saeef Dhini Bin Mohammad Nasriq Haqimi

Semoga dengan pentauliahan pangkat ini akan menjadi pemangkin semagat kadet-kadetyamg lain seterusnya mengharumkan nama sekolah untuk peringkat atau pertandingan yang seterusnya..

"Ilmu, Iman, Amal"





Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 22/04/2026

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA 7 ORANG MURID SIRAJ AL ALUSI YANG TELAH MENYERTAI KEJOHANAN AKUATIK MSSWPKL SESI 2026 BERTEMPAT DI PUSAT AKUATIK NASIONAL BUKIT JALIL (14-16 APRIL 2026)

BERIKUT MERUPAKAN PESERTA AKUATIK YANG MEWAKILI SEKOLAH:

1. UWAIS HAZIQ BIN MOHD HAFIZUDDIN
2. MUHAMMAD AL FAATIH BIN MUHAMMAD TAUFIK
3. AHMAD FIQHI AIDAN BIN AHMAD FITRI
4. MUHAMMAD HARRAZ NAUFAL BIN MOHD SYAHRUL
5. MUHAMMAD AKRAM WAJDI BIN MOHAMAD AKBAR NOOR
6. MUHAMMAD DANIYAL ZULQARNEYN BIN MOHD FARIS IZZAT
7. ULYA MAISARAH BINTI MOHD HAFIZUDDIN

SEMOGA PENYERTAAN INI AKAN MEMBUKA LEMBARAN KEJAYAAN YANG LEBIH BESAR PADA HARI-HARI YANG SETERUSNYA.

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 18/04/2026

🏸 KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT MSSD ZON KERAMAT 2026 🏸

πŸ“… 13-14 April 2026
πŸ“ SLK Sport Centre, Batu Cave

SIRAJ Al-Alusi telah menghantar satu kontinjen seramai 12 orang iaitu 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Masing-masing mewakili acara perseorangan dan beregu di Kejohanan Badminton MSSD Keramat 2026.

Pencapaian terbaik pada tahun ini adalah dalam acara perseorangan lelaki dimana adik Luqman Alhakim bin Muhammad Adli telah berjaya mara sehingga peringkat suku akhir. Momen manis juga terakam buat seorang lagi wakil perseorangan lelaki iaitu adik Soleh El-Aqeel bin Mohd Shakir apabila di pusingkat ke 16 berjumpa dengan pilihan pertama kejohananan, Javier Lim.

Secara keseluruhan, prestasi kontinjen pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas. Semoga tahun hadapan SIRAJ Al-Alusi mendapat peluang dan rezeki untuk meraih pencapaian yang lebih tinggi

17/04/2026

MAKLUMAN TERKINI

Mohon perhatian kepada ibu ayah atau waris kepada murid-murid berkenaan.

Terima kasih.

Photos from SIRAJ Al-Alusi's post 17/04/2026

πŸŒ™3.4.2026 | LENSA | Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah✨

Semoga sambutan ini meninggalkan kenangan indah dan terus memupuk semangat kebersamaan dalam diri kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan BatinπŸ’š

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 17:30