SIRAJ Al-Alusi

SIRAJ Al-Alusi Laman facebook rasmi SIRAJ Al-Alusi. Laman sosial rasmi Sekolah Agama Rasmi Al-Alusi Kg.

Datuk Keramat yang dibuka pada 2014 ini merupakan satu platform baru buat ibu bapa mendapat maklumat semasa berkaitan perjalanan aktiviti sekolah. InsyaAllah sebarang aktiviti yang bakal dan sedang dilangsungkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

πŸ“ TAKLIMAT UJIAN AMALI SOLAT & PCHI UPKK TAHUN 5Alhamdulillah, sekarang tengah berlangsung sesi Taklimat Ujian Amali Sol...
07/08/2026

πŸ“ TAKLIMAT UJIAN AMALI SOLAT & PCHI UPKK TAHUN 5

Alhamdulillah, sekarang tengah berlangsung sesi Taklimat Ujian Amali Solat dan PCHI bagi murid-murid Tahun 5 sebagai persediaan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

πŸ—“οΈ Masa: 8.30 pagi – 10.00 pagi
πŸ“ Tempat: Dewan Ibnu Sina

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang format ujian, tatacara pelaksanaan serta aspek penting yang perlu diberi perhatian agar mereka lebih bersedia dari segi ilmu, amali dan keyakinan.

Semoga semua murid dipermudahkan urusan, diberikan kefahaman yang baik serta memperoleh keputusan yang cemerlang dalam Ujian Amali Solat dan PCHI UPKK nanti.

🀲 β€œYa Allah, kurniakanlah kejayaan kepada anak-anak kami, permudahkan urusan mereka dan tetapkan hati mereka dalam menuntut ilmu serta beramal dengan ajaran-Mu.”

🎳Kejohanan Tenpin Bowling MSSWPKL 2026🎳Syabas dan Tahniah kepada anak2 SIRAJ Al-Alsi di atas pencapaian memberangsangkan...
07/08/2026

🎳Kejohanan Tenpin Bowling MSSWPKL 2026🎳

Syabas dan Tahniah kepada anak2 SIRAJ Al-Alsi di atas pencapaian memberangsangkan dalam Kejohanan Tenpin Bowling MSSWPKL 2026 pada 3&4 Oogos 2026 di Ampang Superbowl, Ampang Point.

Atlet Tenpin Bowling SIRAJ Al-Alusi seramai 19 orang telah menyertai kejohanan kali ini..
Pencapaian terbaik untuk SIRAJ Al-Alusi adalah 6 orang atlet berjaya mendapat tempat Top 20 yang melayakkan anak2 ini mendapat Sijil Pencapaian.

🎳 Nur Adwa Jannah - Tempat ke-7 Kategori Perempuan Bawah 12
🎳 Hulwah Nur Jameela - Tempat ke-13 Kategori Perempuan Bawah 12
🎳 Ulya Maisarah - Tempat ke-14 Kategori Perempuan Bawah 12
🎳 Zara Aqeela - Tempat ke-15 Kategori Perempuan Bawah 12

🎳 Zain Muhammad Aqeel - Tempat ke-7 Kategori Lelaki Bawah 12
🎳 Dzafran Noah - Tempat ke-10 Kategori Lelaki Bawah 12

Setinggi penghargaan kepada Ustazah Norhartini sebagai Pengurus Pasukan, Cikgu Dzulhilmi sebagai Jurulatih dan Cikgu Zahari sebagai guru pengiring atas jasa dan komitmen yang diberikan.

Terima kasih buat semua ibu bapa dan penjaga atas sokongan, kerjasama dan penyertaan anak2 dalam kejohanan kali ini.

Tahniah dan Syabas diucapakan kepada semua atlet! Semoga terus melakar kejayaan seterusnya mewakili Kuala Lumpur dalam Kejohanan MSSM pada tahun hadapan.

"Goodluck and High Score"






πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK & UPSRA 2026🌟 Warga SIRAJ Al-Alusi mengucapkan setinggi-tinggi doa dan se...
02/08/2026

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPKK & UPSRA 2026

🌟 Warga SIRAJ Al-Alusi mengucapkan setinggi-tinggi doa dan selamat maju jaya kepada semua murid yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan UPKK dan UPSRA Tahun 2026.

πŸ—“ Tarikh: 3 – 6 Ogos 2026 (Isnin – Khamis)

Semoga setiap usaha yang telah dicurahkan dipermudahkan oleh Allah SWT dan membuahkan kejayaan yang cemerlang. Teruskan berusaha dengan bersungguh-sungguh, ulang kaji secara konsisten, berdoa serta bertawakal kepada-Nya.

β€œBarang siapa yang berusaha, insya-Allah akan memperoleh hasilnya.”

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan, kefahaman, ketelitian dalam menjawab soalan serta keputusan yang membanggakan.

All the best buat semua calon UPKK & UPSRA 2026! πŸ’š

✨ Selamat Maju Jaya, Cikgu Alif! ✨Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala kenangan dan jasa akan sentiasa te...
31/07/2026

✨ Selamat Maju Jaya, Cikgu Alif! ✨

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun segala kenangan dan jasa akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Warga Siraj Al-Alusi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Alif atas segala ilmu, bimbingan, komitmen serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat bersama kami.

Semoga langkah baharu yang bakal ditempuhi membawa lebih banyak kejayaan, keberkatan dan pengalaman yang bermakna. Teruskan melakar kecemerlangan, menyemai inspirasi serta mendidik anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan dikurniakan kesihatan, kebahagiaan serta rezeki yang melimpah dalam setiap amanah yang dipikul.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat maju jaya, Cikgu Alif!

Ikhlas daripada,
Warga Siraj Al-Alusi πŸ’šπŸŒΏ

🌟 PROGRAM MOTIVASI & IKRAR AKUJANJI UPSRA DAN UPKK 2026 🌟Alhamdulillah, pada 24 Julai 2026 (Jumaat) telah berlangsung de...
30/07/2026

🌟 PROGRAM MOTIVASI & IKRAR AKUJANJI UPSRA DAN UPKK 2026 🌟

Alhamdulillah, pada 24 Julai 2026 (Jumaat) telah berlangsung dengan jayanya Program Motivasi & Ikrar Akujanji UPSRA dan UPKK 2026 bertempat di Dewan Ibnu Sina, SIRAJ Al-Alusi.

Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat, meningkatkan motivasi serta memperkukuhkan azam murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPSRA dan UPKK. Majlis turut diserikan dengan bacaan ikrar akujanji, sebagai simbol komitmen dan kesungguhan murid dalam mencapai kecemerlangan akademik serta sahsiah diri.

Semoga segala ilmu, nasihat dan motivasi yang disampaikan menjadi pembakar semangat kepada semua calon untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

πŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga semua calon UPSRA dan UPKK 2026 dikurniakan ketenangan, dipermudahkan urusan serta memperoleh keputusan yang cemerlang. Insya-Allah.






🦟 PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH AEDES πŸ§ΉπŸ’šAlhamdulillah, Program Gotong-Royong Cegah Aedes telah berjaya dilaksanakan dengan...
26/07/2026

🦟 PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH AEDES πŸ§ΉπŸ’š

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Cegah Aedes telah berjaya dilaksanakan dengan semangat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada guru dan kakitangan sekolah

Terima kasih diucapkan kepada semua guru,kakitangan serta pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semangat bergotong-royong bukan sahaja menceriakan persekitaran sekolah, malah membantu menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi memastikan persekitaran yang bersih, sihat dan selamat.

✨ Ingat! Aedes kecil, kesan besar.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan langkah pencegahan denggi setiap hari kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

β€œBersama Kita Banteras Aedes, Bersama Kita Cegah Denggi!” πŸ’ͺ

10.7.2026 | LENSA HARI TERBUKA SIRAJ AL ALUSIPerbincangan murid bersama guru kelas dan serahan slip keputusan penilaian ...
10/07/2026

10.7.2026 | LENSA HARI TERBUKA SIRAJ AL ALUSI

Perbincangan murid bersama guru kelas dan serahan slip keputusan penilaian pertengahan tahun (PPT) telah dilaksanakan di kelas masing-masing pada pagi tadi.

Terima kasih pihak sekolah ucapkan kepada semua ibu bapa atau penjaga atas kesudian meluangkan masa untuk hadir ke sekolah pada hari ini.

Kehadiran dan kerjasama ibu bapa amat pihak sekolah hargai kerana ia menunjukkan komitmen bersama dalam memastikan perkembangan akademik, sahsiah dan kebajikan anak-anak sentiasa diberi perhatian.

Semoga segala usaha semua pihak diberkati dan memberikan manfaat kepada anak-anak. In sya Allah🀲🏻

07/07/2026

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 SIRAJ Sesi 2027 dibuka bermula 1 Julai hingga 30 Julai 2026.

1. Sila imbas kod QR dalam poster atau pautan di bawah untuk pendaftaran.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdoH2_5K9DSgR7YBysnKT-Bo_F7wC3_ksbwXUIgv0DpZvrPIA/viewform

2. Pastikan Ibu bapa/ penjaga menggunakan emel yang aktif kerana surat panggilan ujian akan dihantar melalui emel yang berdaftar.

3. Tarikh ujian akan dimaklumkan dari sesama ke semasa melalui laman rasmi Facebook sekolah.

❌Ibu bapa/ penjaga tidak perlu hadir ke pejabat sekolah untuk membuat pendaftaran.

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ZON KERAMAT 2026Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring SIRA...
04/07/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA JARING MSSD ZON KERAMAT 2026

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring SIRAJ Al Alusi atas penyertaan yang cemerlang dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Zon Keramat 2026 yang telah berlangsung pada 18 Jun 2026 di MSN Setiawangsa.

Berkat usaha, disiplin dan semangat berpasukan, pasukan ini berjaya muncul sebagai Juara Kumpulan dan mara sehingga ke peringkat suku akhir. Pencapaian ini merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga Siraj Al Alusi

Senarai pemain:
🏐 Raihanna (GS)
🏐 Olivia (GA)
🏐 Aisyah Damia (WA)
🏐 Anissa (C)
🏐 Qiesya (WD)
🏐 Hanis Sofea (GD)
🏐 Adwa (GK)
🏐 Nabihah (Pemain Simpanan)
🏐 Iris (Pemain Simpanan)
🏐 Aimi (Pemain Simpanan)
🏐 Aisyah Amani (Pemain Simpanan)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Nur Nabilah binti Che Mansor selaku guru pengiring dan Pn. Norasimah binti Lamase selaku jurulatih atas dedikasi dan komitmen yang diberikan.

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penjaga atas sokongan, kerjasama serta kepercayaan yang diberikan dalam memudahkan urusan sepanjang kejohanan.

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan! Semoga terus melakar kejayaan pada masa hadapan. πŸ’™πŸ

πŸ† KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KERAMAT 2026 πŸ†Pada 30 Jun 2026, pasukan bola baling Siraj Al-Alusi telah menyertai Kejohana...
04/07/2026

πŸ† KEJOHANAN BOLA BALING MSSD KERAMAT 2026 πŸ†

Pada 30 Jun 2026, pasukan bola baling Siraj Al-Alusi telah menyertai Kejohanan Bola Baling MSSD Keramat yang berlangsung di IWK Eco Park.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, disiplin serta kerjasama pasukan yang sangat baik sepanjang kejohanan berlangsung. Hasil usaha gigih tersebut, pasukan Siraj Al-Alusi berjaya memperoleh tempat kedua dalam kumpulan.

Barisan pemain:
β€’ Muhammad Fariz (4 UKM)
β€’ Muhammad Aa’shafee (5 UPM)
β€’ Ariq Qaiser (5 UKM)
β€’ Danish Shiraz (4 UKM)
β€’ Muhammad Akram Wajdi (4 USM)
β€’ Muhammad Fayyadh (6 USM)
β€’ Muhammad Naufal (6 UPM)
β€’ Muhammad Daryyan Raaqin (5 UPM)
β€’ Zain Aqeel (4 UPM)
β€’ Qashfi Fayyadh (5 USM)
β€’ Akram Fateh (5 UPM)
β€’ Ahnaf Zhafran (5 UKM)
β€’ Muhammad Adib (5 UPM)
β€’ Ahmad Danial (5 USM)
β€’ Adam Nazri (5 UKM)

Terima kasih kepada para guru, jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada pasukan. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Siraj Al-Alusi, terus mara dan berjuang! πŸ’ͺπŸ€Ύβ€β™‚οΈ

Address

Kampung Datuk Keramat
Kuala Lumpur
54000

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60342651465

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SIRAJ Al-Alusi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SIRAJ Al-Alusi:

Shortcuts

Share