Al Kauthar Eduqids Pandan Mewah, Ampang

Al Kauthar Eduqids Pandan Mewah, Ampang

Share

Our Services ⤵️

🌷Preschool
🌷Playschool
🌷EIP Program
🌷Baby Exclusive
🌷Transit
🌷Daycare
🌷Nursery

14/06/2026

AKE KIDS HAJJ 2026💚🩷

Langkah kecil menuju Baitullah 🕋

Hari ini si cilik belajar tentang pelaksanaan ibadah haji melalui aktiviti Simulasi yang menyeronokkan.
Dari Tawaf hingga saie, setiap langkah memberi pengalaman baharu dan pemahaman tentang salah satu rukun Islam 💚✨

Tahniah kepada semua Hajah, haji cilik, Parents & teacher yang menjayakan AKE KIDS HAJJ 2026🩷🕋
Semoga segala usaha dan pengalaman menjadi kenangan yang indah dan penuh keberkatan.. Aamin 🤲🏻💚





09/06/2026

💧 Kisah Permaisuri Zubaidah: Projek “Gila” Yang Bertahan Lebih 1,000 Tahun di Mekah

Pada zaman dahulu, para jemaah haji di Mekah sering menghadapi masalah kekurangan air.

Melihat kesukaran itu, Permaisuri Zubaidah, isteri kepada Khalifah Harun al-Rashid, mengambil keputusan yang dianggap mustahil pada zamannya.

Beliau membelanjakan harta yang sangat besar untuk membina sistem saliran dan terusan yang membawa air dari kawasan pergunungan ke Mekah.

Apabila jurutera memberitahu kos pembinaannya terlalu mahal, Zubaidah menjawab:

“Teruskan pembinaan walaupun setiap pukulan cangkul itu bernilai emas.”

Hasilnya lahirlah Ain Zubaidah, sebuah sistem bekalan air yang membantu jutaan jemaah haji dan penduduk Mekah selama lebih 1,000 tahun. Ain Zubaidah

✨ Pengajarannya:

Kadang-kadang amal yang paling besar bukan yang paling cepat hasilnya, tetapi yang memberi manfaat kepada manusia untuk jangka masa yang sangat panjang.

Sedekah terbaik ialah sedekah yang manfaatnya terus mengalir walaupun kita telah tiada.








03/06/2026

🥺 Kadang-kadang anak nampak “nakal”, tapi sebenarnya mereka cuma penat dan perlukan perhatian… 💛

Bila anak terlalu penat, emosi mereka juga jadi lebih sensitif dan sukar dikawal 😊

Antara tanda yang parents boleh perhatikan 👇

😣 Mudah marah
Anak cepat merajuk atau marah walaupun perkara kecil.

😭 Menangis tanpa sebab
Kadang-kadang anak menangis sebab terlalu penat secara emosi & fizikal.

😵‍💫 Susah fokus
Anak mudah terganggu dan tidak dapat beri perhatian pada aktiviti.

✨ Sebelum marah anak, cuba tengok dulu mungkin mereka cuma perlukan rehat, pelukan & masa bersama parents 💕

Kadang-kadang, perhatian kecil daripada kita boleh buat anak rasa lebih tenang dan selamat 😊







28/05/2026

😭 Anak masih menangis bila pergi sekolah? Jangan risau parents… itu sebenarnya sangat normal untuk anak yang baru mula menyesuaikan diri 💛

Perubahan suasana, teacher baru, kawan baru dan rutin baru boleh buat anak rasa takut atau belum selesa 🥺

Cuba bantu anak dengan cara ni 👇

✨ Beri masa untuk adapt
Setiap anak perlukan masa yang berbeza untuk biasakan diri 😊

✨ Jangan tinggal tanpa salam
Ucapan salam & pelukan kecil boleh buat anak rasa lebih selamat 💕
✨ Konsisten dengan routine pagi
Routine yang sama setiap hari bantu anak lebih tenang & bersedia ke sekolah ☀️

💛 Yang penting, parents perlu terus tenang dan beri semangat pada si kecil. Lama-kelamaan mereka akan mula seronok ke sekolah 😊







27/05/2026

✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA ✨

Semoga Aidiladha tahun ini membawa seribu keinsafan, keberkatan dan kebahagiaan buat kita semua 🩷💚
Raikan hari penuh kemuliaan ini dengan kasih sayang, keikhlasan serta pengorbanan bersama insan tersayang 🕌🐄

Ikhlas daripada
🌙 Alkauthar Eduqids









26/05/2026
26/05/2026

💡 Anak susah fokus bila belajar? 😵‍💫
Jom cuba 3 cara mudah ni untuk bantu si kecil lebih fokus & seronok belajar! 👇
✅ Belajar 15–20 minit sahaja
Anak kecil mudah hilang fokus. Tempoh belajar yang pendek lebih berkesan & tidak membosankan 😊
✅ Gunakan permainan sambil belajar
Belajar sambil bermain bantu anak lebih mudah faham dan enjoy semasa belajar 🎲✨
✅ Elakkan terlalu banyak gadget sebelum belajar
Terlalu lama dengan gadget boleh ganggu fokus dan buat anak cepat penat 📱❌
💛 Setiap anak belajar dengan cara yang berbeza. Yang penting, kita terus beri sokongan dan semangat untuk mereka belajar dengan gembira 😊
Parents pernah struggle benda ni juga tak? 😆👇







Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Pandan Mewah
Kuala Lumpur
68000