10/01/2026
Anak kecil belajar paling cepat bukan bila disuruh.
Tapi bila dia nampak contoh di depan mata.
Itu sebabnya di luar rumah, anak s**a ikut abang kakak.
Cara bercakap.
Cara bermain.
Cara buat sesuatu.
Di BB Campus, konsep ini dibawa masuk ke dalam bilik darjah melalui mixed age classroom untuk preschool dan playschool Brainy Bunch, selari dengan pendekatan Montessori.
Masalahnya, ramai orang fikir kelas mesti ikut umur sama.
Umur 4 duduk dengan umur 4.
Umur 5 dengan umur 5.
Kononnya lebih teratur.
Tapi realitinya, anak belajar dengan kadar berbeza.
Ada yang cepat.
Ada yang perlukan masa.
Bila semua disamakan, yang cepat rasa bosan, yang perlahan rasa tertekan.
Di Brainy Bunch, kami buat pivot yang lebih dekat dengan fitrah.
Dalam mixed age classroom, anak yang lebih muda belajar dengan memerhati.
Mereka tengok bagaimana abang kakak membaca.
Bagaimana mereka kemas kerja.
Bagaimana mereka bercakap dengan yakin.
Tanpa dipaksa, anak kecil mula ikut.
Motivasi datang secara semula jadi.
Pada masa yang sama, anak yang lebih berusia belajar sesuatu yang sangat besar nilainya.
Leadership.
Sabar.
Empati.
Bila mereka bantu adik, mereka ulang semula apa yang telah mereka faham.
Dan bila mengajar orang lain, kefahaman mereka jadi lebih kukuh.
Inilah pembelajaran dua hala yang jarang berlaku dalam kelas umur sama.
Parents selalu perasan perubahan ini.
Anak kecil jadi lebih cepat matang.
Anak besar jadi lebih bertanggungjawab.
Dan suasana kelas jadi lebih tenang dan saling membantu.
Mixed age classroom di BB Campus bukan sekadar susunan umur.
Ia latihan awal kehidupan sebenar.
Hidup dalam komuniti.
Belajar memberi dan menerima.
Kalau awak nak anak belajar dalam persekitaran preschool dan playschool yang membina keyakinan, empati dan leadership sejak kecil, pendaftaran Brainy Bunch 2026 kini dibuka.
Tempat makin cepat penuh di banyak BB Campus.
Pembelajaran terbaik berlaku bila anak belajar bersama, bukan bersendirian.