Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur

Share

Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur

07/06/2026

🌟 SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 🌟

Warga SK St. Mary mengalu-alukan kepulangan semua murid ke sekolah selepas cuti pertengahan tahun.

📅 Tarikh : 8 Jun 2026 (Isnin)

Semoga semua murid kembali dengan semangat baharu, minda yang segar dan azam yang lebih tinggi untuk terus mencapai kecemerlangan dalam akademik, kokurikulum serta sahsiah diri.

✅ Datang awal ke sekolah sebelum 7.30 pagi
✅ Berpakaian kemas
✅ Uniform sekolah atau T-shirt sukan dibenarkan
✅ Membawa kelengkapan sekolah yang lengkap
✅ Bersedia untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan penuh semangat
✅ Sentiasa berdisiplin dan berakhlak mulia

Marilah kita memulakan penggal persekolahan ini dengan tekad yang baharu untuk terus belajar, berusaha dan berjaya.

✨ Strive Today, Succeed Tomorrow
💙 United and Strong

Selamat kembali ke sekolah dan semoga terus melakar kejayaan yang membanggakan.

05/06/2026

KUIZ SAINTIS CILIK PERINGKAT KEBANGSAAN SUDAH BERMULA!

✅ Pautan Kuiz
https://quiz.exploria.com.my/

✅ Pendaftaran Peserta Baru
https://quiz.exploria.com.my/semak

(Peserta boleh menjawab bermula pada 4 Jun 2026,10 pagi sehingga 5 Jun 2026,11malam pada bila-bila masa. Tempoh maksimum untuk menjawab soalan adalah 1 jam)

02/06/2026

📢🏆 JUARA DIGITAL PANDAI (JDP) SESI JUN 2026 TELAH BERMULA! 🏆📢

Tahniah kepada semua murid yang berjaya berada dalam TOP 10 SK St. Mary serta semua murid yang telah membantu mengharumkan nama sekolah dalam JDP Sesi Mei 2026. 🌟👏

Terima kasih atas usaha, komitmen dan semangat yang ditunjukkan. SK St. Mary berjaya menamatkan JDP sesi Mei sebagai Naib Juara Kebangsaan! 🥈🎉

💪 Lihat Tips Push Ranking JDP Sesi Jun 2026 di Telegram Kelas 😍

🎁 Hadiah menarik menanti 15 murid terbaik peringkat kebangsaan!

📜 Sijil PAJSK juga disediakan oleh pihak PANDAI.

🔥 Jangan tunggu sehingga hujung bulan. Mulakan sekarang dan kumpul skor sedikit demi sedikit. Konsisten adalah kunci kejayaan!

📩 Sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, boleh PM Cikgu Amin.

Photos from Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur's post 31/05/2026

🔊 HEBAHAN: SERTAI BENGKEL iPAD CREATIVE CHALLENGE SERIES 2026! 🚀

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Apple Professional Learning Malaysia akan menganjurkan siri bengkel iPad Creative Challenge Series 2026.

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan menyerlahkan kreativiti murid menggunakan aplikasi terbina dalam iPad.

Siri bengkel ini akan bermula ESOK!

Berikut adalah ketetapan program:

🗓 Tarikh: 1 Jun 2026 (Isnin) - 5 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ Masa Bengkel:

🧒 Sekolah Rendah: 10.00 Pagi - 11.30 Pagi
🧑‍🎓 Sekolah Menengah: 3.00 Petang - 4.30 Petang

📲 Tindakan Guru/Murid: Sila sertai saluran Telegram rasmi di bawah untuk mendapatkan pautan bengkel, maklumat lanjut, dan info terkini mengenai cabaran ini:

👉 Pautan Sekolah Rendah: https://tinyurl.com/iPadCreative-2026
👉 Pautan Sekolah Menengah: https://tinyurl.com/iPadChallenge-SM

28/05/2026

🏆 KEPUTUSAN SARINGAN KELAYAKAN
RERO ANNUAL CHAMPIONSHIP (RAC) 2026 🤖✨

Tahniah diucapkan kepada puteri-puteri SK St. Mary yang mengambil bahagian di bawah projek ! 🚀

📊 Statistik Penyertaan:
✨ 26 orang murid (13 pasukan) telah mewakili SK St. Mary dalam RAC2026.
✨ Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan oleh Cytron Education, sebanyak 7 pasukan layak ke Peringkat Zon Kuala Lumpur / Selangor. 🎉

👏 Penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Chee dan Cikgu Amirah yang bertungkus-lumus mengendalikan sesi latihan bersama murid pada setiap hari Sabtu.

⏳ Tarikh dan masa pertandingan peringkat zon akan diumumkan dalam masa terdekat.

Teruskan berusaha, kekal konsisten dan jangan mudah berputus asa! 💪🔥
Semoga SK St. Mary terus melakar kejayaan dalam bidang robotik dan pengaturcaraan.








26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H buat semua warga SK St. Mary yang beragama Islam 💐

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan serta kasih sayang dalam kehidupan kita semua.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf zahir dan batin. 🥰

26/05/2026

🚀 Jom sertai Program Belajar Automasi Teknologi dan Inovasi Kreatif khas untuk murid sekolah rendah & menengah sempena cuti sekolah!

📅 3 – 5 Jun 2026 (Rabu – Jumaat)
🕘 9.00 pagi – 1.00 petang ( jadual seperti di dalam poster)
📍 Hab Digital dan Inovasi (HDI), BSTP, Persiaran Bukit Kiara, Kuala Lumpur

🎯 Aktiviti menarik yang bakal diterokai:
🚁 Dron NextGen – Pengaturcaraan & kawalan penerbangan dron
🤖 Misi Pagar Sesat – Robotik autonomi & sensor
🦸 Hero Nusantara – Teknik prompting AI & kreativiti digital

👧🧑 Terbuka kepada murid:
▪️ 7 – 12 tahun
▪️ 13 – 17 tahun

🏢 Anjuran Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM
🤝 Dengan kerjasama LAMA International Sdn. Bhd., Sasbadi Sdn. Bhd. dan Must Read Sdn. Bhd.

⚡️ Tempat adalah TERHAD!
📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

Photos from Sekolah Kebangsaan St. Mary, Kuala Lumpur's post 26/05/2026

💎 JUARA DIGITAL PANDAI – SESI MEI 💎

Terima kasih dan tahniah kepada Puteri2 SK St. Mary yang terus aktif menjawab kuiz dan mengumpul skor dalam program Juara Digital Pandai 2026.

📊 Setakat ini:
✨ 89 orang murid SK St. Mary berjaya mendaftar sebagai peserta pertandingan ini. (Sijil PAJSK Kebangsaan)

✨ Berikut dipaparkan 58 orang murid dalam kedudukan semasa peringkat sekolah. 10 murid terbaik akan menerima trofi penghargaan.

⏳ Sesi Mei akan berakhir pada 31 Mei 2026.

Teruskan usaha:
✅ Jawab lebih banyak kuiz
✅ Kumpul skor dan ruby
✅ Tingkatkan ranking anda

Gunakan masa cuti dengan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan bermanfaat. Teruskan konsisten dan jangan putus asa! 🚀

Sila pm Cikgu Amin sekiranya ada pertanyaan. 😀

Mobile uploads 24/05/2026

🎮🏆 TAHNIAH & SYABAS 🏆🎮

Sekalung tahniah diucapkan kepada Sophea Nur Anna binti Nursal atas kejayaan cemerlang meraih Johan Sekolah Rendah Tahap 1 dalam Minecraft Education Challenge Peringkat Negeri Tahun 2026 ✨

Kejayaan ini membuktikan bakat, kreativiti dan penguasaan teknologi digital yang hebat dalam kalangan murid SK St. Mary. 🌟💻

Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing serta ibu bapa atas sokongan dan komitmen yang diberikan sepanjang pertandingan ini berlangsung. 🤝💙

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berani mencuba, berinovasi dan mencipta kecemerlangan dalam bidang digital dan teknologi. 🚀✨

22/05/2026

🌟🏆 TAHNIAH & SYABAS 🏆🌟

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga SK St. Mary atas kejayaan memperoleh ⭐ Penarafan Kantin Sekolah Gred A ⭐ daripada Pejabat Pendidikan Daerah Sentul. 👏✨

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan pengurusan kantin sekolah sentiasa bersih, ceria, selamat dan berkualiti demi kesejahteraan murid-murid. 🍽️💙

Terima kasih diucapkan kepada pengusaha kantin, guru-guru, murid-murid serta seluruh warga sekolah yang sentiasa mengamalkan budaya kebersihan dan menjaga persekitaran kantin dengan baik. 🌿✨

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan kecemerlangan dan menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif serta sihat buat semua warga SK St. Mary. 🌟

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒

Pejabat Pendidikan Daerah Sentul merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah di daerah Sentul yang berjaya mencapai 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐀.

Kejayaan ini membuktikan komitmen tinggi seluruh warga sekolah dalam memastikan pengurusan kantin yang bersih, selamat, ceria serta berkualiti demi menjamin kesejahteraan dan kesihatan murid.

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡

SMK Tiara Permai
KTE Desa Mahkota
SMK Segambut Jaya
SMK Taman Bukit Maluri
SMK St. Mary
SMK Sinar Bintang
SMK Raja Abdullah
SMK Kiaramas

𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡

SK Seri Kepong
SJKC Mun Choong
SK Segambut Makmur
SJKC Sentul Pasar
SK Taman Bukit Maluri
SJKC Kepong 2
SK Seri Murni
SJKT St. Joseph
SJKC Kepong 1
SK Taman Koperasi Polis
SK Convent Sentul 1
SK Kiaramas
SJKT Segambut
SJKC Lai Chee
SK St. Mary
SJKC Jinjang Selatan
SK Kg Selayang
SK Kg. Batu
SK (P) Jalan Batu
SK Sentul 1
SK Intan Baiduri
SK Bandar Baru Sentul
SJKC Jinjang Utara
SK Seri Perak
SJKT Thamboosamy Pillai
SJKC Chi Man

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan budaya pengurusan kantin yang cemerlang dan kondusif selaras dengan aspirasi pendidikan berkualiti.

Tahniah atas kecemerlangan anda!

Ikhlas daripada,

Haji Azman bin Ab Kadir, AMW
Pegawai Pendidikan Daerah
Dan Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
Kuala Lumpur

,












Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri 5D
Kuala Lumpur
51200

Opening Hours

Monday 07:15 - 16:30
Tuesday 07:15 - 16:30
Wednesday 07:15 - 16:30
Thursday 07:15 - 16:30
Friday 07:15 - 16:30