14/12/2025
Ramai ibu ayah bising anak ketagih gadget…
tapi bila tengok balik, siapa yang bagi?
Siapa yang ajar?
Siapa yang guna gadget sebagai “ubat diam”?
Realitinya, kadang kita sendiri yang cipta masalah, lepas tu minta anak selesaikan.
Nak selamatkan anak daripada ketagihan gadget bukan dengan marah, bukan dengan rampas, bukan dengan ugut.
Ia bermula dengan cara kita kawal akses dia.
Ini 10 cara mudah yang ramai tak buat.
1. Bagi gadget yang hampir mati bateri
Biar dia main sekejap, lepas tu mati sendiri. Tak ada drama, tak ada perang.
2. Jangan ajar unlock atau password
Bila dia tak boleh buka sendiri, dia tak boleh ketagih sendiri.
3. Pastikan dia tahu gadget itu milik mak ayah
Bukan hak dia. Bukan mainan.
Kalau anak fikir itu milik dia, memang susah nak kawal.
4. Jadikan gadget ganjaran, bukan penyelesaian
Bila anak meragam, jangan terus bagi handphone.
Nanti otak dia belajar: menangis = dapat screen.
5. Alihkan perhatian sebelum bagi gadget
Bagi buku aktiviti, toys air, coloring, atau apa saja yang memerlukan tangan dan fokus.
6. Terangkan keburukan gadget
Bukan ceramah panjang.
Cakap simple: sakit mata, pening, lambat tidur, tak boleh fokus.
7. Sentiasa berinteraksi masa anak main gadget
Tanya dia tengok apa.
Biar dia tahu kita ada bersama, bukan dia hilang dalam dunia screen.
8. Mak ayah pun jangan asyik pegang telefon
Anak tiru apa yang dia nampak.
Kalau kita tak boleh letak gadget, jangan harap anak boleh.
9. Lock gadget secara automatik
Auto lock, time limit, restricted mode — semua ini bantu kita kawal, bukan bergantung pada “harap anak patuh”.
10. Buat bersama, jangan tinggal pasangan seorang
Kalau hanya mak yang tegas, ayah longgar… memang gagal.
Kalau ayah hadkan, mak p**a bagi sebab “kesian”… habis.
Kita bukan nak jadikan anak anti teknologi.
Kita cuma tak nak mereka rosak sebelum sempat membesar.
Screen itu alat, bukan babysitter.
Kalau kita kawal dari awal, anak akan belajar kawal diri dia sendiri nanti.
Brainy Bunch