13/01/2025
[KEJAYAAN PASUKAN DEBAT KOLEJ KEDIAMAN TUANKU KURSHIAH DI PERTANDINGAN DEBAT PIALA TIMBALAN NAIB CANSELOR 24/25]
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Legacia Trium! ðº
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KK3) yang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Debat Piala Timbalan Naib Canselor 24/25!
Pasukan ini terdiri daripada saudari Anis Sofia binti Zulhairi, saudari Aina Nabihah binti Adnan dan saudara Muhammad Zafran bin Muhamad Salim. Kejayaan ini membuktikan kecemerlangan dan semangat juang yang tinggi warga KK3 dalam arena perdebatan.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua warga Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah untuk terus mengharumkan nama KK3 dan Universiti Malaya.
13/01/2025
[PENERIMA HADIAH ALUMNI UNIVERSITI MALAYA (SINGAPURA) 2024]
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Legacia Trium! ðº
Syabas dan tahniah diucapkan kepada alumni Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KK3), Adiba binti Azizan yang telah berjaya menerima Hadiah Alumni Universiti Malaya (Singapura) 2024, mewakili Fakulti Pendidikan.
Beliau telah menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam bidang akademik dan kepimpinan, sekali gus mengharumkan nama KK3. Penganugerahan ini merupakan bukti dedikasi, usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang pengajian di Universiti Malaya.
Semoga kejayaan saudari Adiba menjadi inspirasi buat semua warga Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah!
13/01/2025
[KEJAYAAN SAUDARA MUHAMMAD AFIF FAKHRI BIN SANUSI BADILAH DALAM PERTANDINGAN DEBAT DIRAJA ANTARA IPT 2024 PERINGKAT KEBANGSAAN]
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Legacia Trium! ðº
Setinggi-tinggi penghargaan, tahniah dan syabas diucapkan kepada saudara Muhammad Afif Fakhri bin Sanusi Badilah, mahasiswa Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) atas kejayaan beliau dalam Pertandingan Debat Antara IPT 2024 Peringkat Kebangsaan. Beliau berjaya meraih tempat ketiga bagi kategori Debat Bahasa Arab dalam pertandingan tersebut.
Kejayaan saudara Afif bukan sahaja telah mengharumkan nama Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah dan Universiti Malaya di persada kebangsaan, tetapi turut menjadi inspirasi dan pemangkin buat para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam segala bidang yang mereka ceburi.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada saudara Afif!
22/11/2024
[MALAM ALUMNI UNIVERSITI MALAYA]
Berita baik buat semua alumni Universiti Malaya!
Dengan bayaran Zakat minima sebanyak RM500.00 mulai 13 November 2024 sehingga 13 Disember 2024, UM akan menghadiahkan 1 tempat duduk di Pavilion Majlis Makan Malam Alumni UM 2024 yang akan berlangsung pada 17 Disember 2024 di UM!
Jenis Bayaran Zakat:
- Zakat Pendapatan
- â Zakat Perniagaan
- â Zakat Wang Simpanan
- â Zakat Saham
- â Zakat KWSP
- â Zakat Emas & Perak
- â Zakat Harta
- â Qadha Zakat
Kaedah Pembayaran yang disediakan:
- Cek
- â Kad Debit
- â Kad Kredit Islamic
- â Pindahan atas Talian Online Transfer
Langkah-langkah Pembayaran secara Pindahan atas Talian:
1. Transfer bayaran zakat ke akaun atas nama Lembaga Zakat Selangor (5505 1076 0211) MAYBANK ISLAMIC.
2. â Emailkan resit bayaran ke [email protected].
3. â Sertakan butiran diri seperti nama penuh, nombor KP, jenis bayaran zakat, dan alamat, emel dan no. telefon.
4. â Resit rasmi bayaran zakat akan dihantar kepada anda melalui email.
Tempat adalah terhad & tertakluk kepada kekosongan, jadi jangan lepaskan peluang ini untuk melaksanakan kewajipan anda sambil menikmati ganjaran istimewa dari UM!
Jumpa anda di sana!
Universiti Malaya Persatuan Alumni UM (PAUM)
21/11/2024
[SAKUM 2024: SUKAN ALUMNI KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA]
Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam Legacia Trium! ðº
Alumni Kolej Kediaman, inilah peluang untuk kembali ke gelanggang, mengimbau kenangan lama dan mencipta memori baharu bersama! Sertai kami dalam acara penuh semangat ini yang menghimpunkan alumni seluruh kolej kediaman Universiti Malaya!
ð
7 & 8 Disember 2024 (Sabtu & Ahad)
ð Pusat Sukan UM
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk senarai Felo-felo Penasihat JKP Sukan di pautan berikut:
https://docs.google.com/document/d/13QSBn5YhVUbLvhh9T568jsjA98MboGYHpf61Md28Gz4/edit
19/11/2024
MEMBENTUK JARINGAN MERAIKAN LEGASI: HI-TEA ALUMNI KOLEJ KEDIAMAN TUANKU KURSHIAH
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Kami dengan sukacitanya menjemput YBhg,/Tan Sri/ Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan, ke sesi _Hi-Tea_ alumni graduan tahun '92, 93 dan 94 bagi meraikan legasi Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah!
Majlis ini adalah kesempatan para alumni untuk bertemu kembali dengan rakan-rakan lama, berkongsi kenangan manis, serta membina jaringan yang lebih kukuh. Kami ingin mendengar cerita dan pengalaman anda â kerana setiap kenangan bersama Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah adalah sebahagian daripada legasi kita!
Butiran majlis adalah seperti di ketetapan berikut:
*Tarikh : 23 November 2024 (Sabtu)*
*Masa : 2.30 petang hingga 4.30 petang*
*Tempat: Dewan Gemilang Kurshiah, Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah*
Sertai kami untuk sesi yang penuh dengan nostalgia, persahabatan, dan peluang untuk memperkukuhkan hubungan sesama alumni. Kehadiran YBhg./Tan Sri/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan membuat majlis ini lebih meriah dan bermakna!
Daftar sekarang melalui google berikut:
https://forms.gle/1v8BPctMtcpy8cYV7
Untuk sebarang pertanyaan, sila menghubungi Jasreen Ariana, Jawatankuasa Tindakan Kolej Dilantik Alumni dan Perhubungan Luar, melalui pautan emel [email protected] atau nombor telefon 011-31079471.
Kami berharap dapat berjumpa anda di majlis yang penuh bermakna ini! Jumpa anda di sana!
Universiti Malaya
24/09/2024
[LAMAN RASMI LINKTREE]
Sila imbas kod QR di atas untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Minggu Haluansiswa 2024/2025, laman sosial rasmi Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, peraturan di Kolej Kediaman dan informasi-informasi yang terkini.
âGanbatte, ganbatte! Third! THIRD!â
24/09/2024
[MAJLIS TERTINGGI]
Memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi Pemudahcara Mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Mereka bertanggungjawab memantau setiap jawatankuasa pemudahcara mahasiswa sepanjang Minggu Haluansiswa sesi 2024/2025.
"Ganbatte, ganbatte! Third! THIRD!"
24/09/2024
[JAWATANKUASA PENGISIAN DAN PROGRAM]
Memperkenalkan barisan Jawatankuasa Pengisian dan Program Pemudahcara Mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Mereka bertanggungjawab dalam merancang program untuk segala aktiviti semasa perkampungan PM serta program Minggu Haluan Siswa sesi 24/25.
"Hu Ha Third, Kurshiah !"
24/09/2024
[JAWATANKUASA PENDAFTARAN DAN KEBAJIKAN]
Memperkenalkan barisan Jawatankuasa Pendaftaran dan Kebajikan Pemudahcara Mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Mereka bertanggungjawab menguruskan proses daftar masuk kolej pelajar baharu serta menguruskan hal berkaitan kebajikan sepanjang Minggu Haluan Siswa sesi 24/25.
"Hu Ha Third, Kurshiah !"
24/09/2024
[JAWATANKUASA MULTIMEDIA, TEKNIKAL DAN PUBLISITI]
Memperkenalkan barisan Jawatankuasa Multimedia, Teknikal, dan Publisiti Pemudahcara Mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Mereka bertanggungjawab menguruskan platform media sosial kolej dan membantu dari segi teknikal semasa program berlangsung sepanjang Minggu Haluan Siswa sesi 24/25.
"Hu Ha Third, Kurshiah !"
24/09/2024
[JAWATANKUASA LOGISTIK DAN TUGAS-TUGAS KHAS]
Memperkenalkan barisan Jawatankuasa Logistik dan Tugas-Tugas Khas Pemudahcara Mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Mereka memikul mandat dalam menguruskan makanan, inventori, serta tugas-tugas khas sepanjang berlangsungnya Minggu Haluan Siswa sesi 24/25.
"Hu Ha Third, Kurshiah !"