26/04/2025
NADI Madani
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Madani, Education Website, PEJABAT PPR DESA TUN RAZAK, Jalan 9/118 B, Cheras, Kuala Lumpur.
https://t.me/NADIMADANI
web.facebook.com/groups/nadimadani
https://www.youtube.com/@NADIMADANI
5 Perkhidmatan Pintar
(1) Keusahawanan,
(2) Pembelajaran Sepanjang Hayat,
(3) Kesejahteraan Kendiri,
(4) Kesedaran Batasan Cyber,
(5) Inisiatif Kerajaan.
26/04/2025
26/04/2025
13/04/2025
Kenyataan Media
Perdana Menteri
9 April 2025
KOMITMEN REFORMASI KERAJAAN MADANI MEMPERKASA PROSES PELANTIKAN KEHAKIMAN
Kerajaan MADANI mengambil maklum akan tindakan undang-undang yang difailkan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan semakan ke atas kesahan Perlembagaan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta SPK).
Kerajaan ini menghormati sepenuhnya hak mana-mana individu untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan melalui saluran serta jalur kehakiman. Ini adalah antara tonggak penting dalam sistem demokrasi berperlembagaan yang berpaksikan kedaulatan undang-undang. Seperti dalam mana-mana proses mahkamah, Kerajaan memberi jaminan ia berjalan tanpa campur tangan atau prejudis sama sekali.
Pada masa sama, saya menyedari bahawa struktur dan keanggotaan SPK serta peranannya dalam proses pelantikan kehakiman telah dipersoalkan sejak sekian lama dalam kalangan pelbagai pihak termasuk badan kehakiman, Majlis Peguam dan pertubuhan masyarakat madani (NGO).
Persoalan ini bukan sesuatu yang boleh diketepikan dan ia menuntut penelitian serius dari sudut dan lensa undang-undang, institusi dan Perlembagaan.
Sehubungan itu, sementara Kerajaan akan mempertahankan kesahan Akta SPK di mahkamah, saya menzahirkan komitmen reformasi Kerajaan MADANI untuk meneliti semula secara menyeluruh kerangka kerja SPK, selaras dengan semangat pembaharuan institusi. Ini bagi memastikan proses pelantikan kehakiman benar-benar mencerminkan prinsip ketelusan serta kebebasan badan kehakiman tanpa menjejaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan keistimewaan Raja-Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kajian semula ini akan melibatkan rundingan bersama pihak berkepentingan termasuk institusi kehakiman, Majlis Raja-Raja, Majlis Peguam dan pertubuhan masyarakat madani (NGO), dengan matlamat memperbaiki sebarang kelompongan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap integriti sistem keadilan negara.
Sebarang reformasi yang dibawa kelak akan menyemangati prinsip Perlembagaan, yakni memelihara doktrin pengasingan kuasa, menjunjung sistem Raja Berperlembagaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Hanya dengan asas yang kukuh ini, kita dapat memastikan kestabilan jangka panjang dan sistem demokrasi negara kekal terjamin.
Justeru, Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip tadbir urus yang berintegriti dan akan terus bertindak dengan telus, bertanggungjawab dan menghormati kesemua institusi Perlembagaan dalam menguruskan isu sepenting ini.
ANWAR IBRAHIM
15/03/2025
Melalui NADI, pintu peluang sentiasa terbuka luas untuk anda. Kunjungi NADI berdekatan dan terokai pelbagai perkhidmatan pintar yang tersedia untuk semua.
10/03/2025
𝐈𝐍𝐅𝐎 𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 💡💡💡
Berikut adalah infografik Proses Penerimaan Aduan dan Maklum Balas melalui laman sesawang SISPAA atau Aplikasi Respons Rakyat.
Setiap aduan dikendali secara sistematik untuk memastikan tindakan yang tepat dan adil.
08/03/2025
Airtable | Everyone's app platform Airtable is a low-code platform for building collaborative apps. Customize your workflow, collaborate, and achieve ambitious outcomes. Get started for free.
04/03/2025
Jualan Kasih Sayang Bergerak ke-enam untuk tahun 2025 kini tiba di Kawasan Pengkalan Kota!
Harga istimewa untuk barang-barang keperluan harian boleh diperolehi mulai 9 pagi sehingga kehabisan stok di Pengkalan Weld (Hadapan Taman Harbour View, Wisma KGN) pada 5 Mac 2025 (Rabu) ini.
2025年第六场慈悯促销活动终于来到彭加兰哥打区啦!这次慈悯促销活动让民众能够以优惠价格购买日常生活用品,机会难得,大家一定不要错过!💖
日期📅:2025年3月5日(星期三)
时间⏰:早上9时至货物售罄为止
地点📍:海墘填地(KGN组屋前,海景园前面)
#彭加兰哥打
04/03/2025
🛒 PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) PERINGKAT PARLIMEN PUTRAJAYA KEMBALI LAGI!
Mari berbelanja sambil berjimat! 💪💰
📣 Sepanjang majlis berlangsung, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan membawakan untuk semua:
🌟 PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI (PJRM) PREMIUM 🌟
📅 Tarikh: 4 - 5 Mac 2025 (Selasa - Rabu)
📍 Lokasi: Dewan Sanggar Pujangga, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Presint 5 Putrajaya
Antara yang menanti anda:
🥚🍞 Barangan dapur pada harga istimewa
🥕🥔 Makanan sihat dan segar dengan harga mesra poket
Kenapa anda perlu hadir:
1️⃣ Jimat sambil menyokong program kerajaan
2️⃣ Dapat membeli barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan
3️⃣ Sokong usahawan tempatan
⏰ Masa Jualan: 9 pagi sehingga 4.30 petang
💡 Pro Tip: Bawa beg kitar semula anda! Kita jimat dan hijau serentak!
KPDN Laman Rasmi
Perbadanan Putrajaya
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
PEJABAT PPR DESA TUN RAZAK, Jalan 9/118 B, Cheras
Kuala Lumpur
56000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |