26/08/2014
Assalamualaikum Syaikh Jalaluddin, semoga Syaikh dirahmati Allah sentiasa. Alhamdulillah Faqir yg La Syaik tiada apa - apa ini tlh dikurniakan kesempatan bersuhbat dgn Syaikh. Dgn limpahan faidz dan tawajuh Syaikh semoga berhasil faqir melalui sayr suluk dlm tariqat naqshbandi mujaddidi ini. Syaikh, ketika melakukan syughal rabitah, nafi isbat dan muraqabah tajaliyat afa'liyah pada hari Jumaat yg lps, Ketika tumpuan diberikan sepenuhnya pd maksud zikr dan cepat-cepat, akhirnya semua kegiatan yg dilakukan terkumpul di nafs. Muraqabah tajaliyat yg lain boleh dilakukan sekali. Kecenderungan kpd sima' mula terlahir. Mohon penjelasan Syaikh.
(Fazli Bin Hamzah)
Waalaikumussalam, pada Muraqabah Tajalliyat Af'aal hendaklah ditawajjuhkan limpahan Faidhz pada Latifah Qalb, pada Muraqabah Tajalliyat Sifat Tsubutiyyah hendaklah ditawajjuhkan faidhz pada Latifah Ruh. Muraqabah Tajalliyat Syuyun Zatiyyah ditawajjuhkan pada Latifah Sirr, Muraqabah Tajalliyat Sifat Salbiyah pada Latifah Khafi dan Muraqabah Tajalliyat Syan Jami' pada Latifah Akhfa. Dalam kesemua Muraqabat ini hendaklah dalam keadaan Rabitah Syaikh dan sekalian Para Masyaikh Naqsyabandiyyah Mujaddidiyyah sehingga Hadhrat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam lalu akan terhasil ahwal Fana fi Syaikh dan Fana fi Masyaikh dan seterusnya akan berlaku ahwal Fana fi Rasul. Zikir Nafi Itsbat yang dilakukan meskipun dengan cepat hendaklah dipeliharakan kehadiran maknanya. Kehadiran himpunan makna zikir nafi itsbat akan terhimpun pada latifah Nafs kerana ia adalah 'Aqal yang memerhatikan makna zikir secara keseluruhan. Limpahan faidhz hendaklah sentiasa diarahkan ke Mawrid Faidhz iaitu tempat yang seharusnya ia terlimpah sambil memerhatikan punca limpahan Mabda Faidhz. Ahwal kecenderungan kepada Sima' yang mula terlahir pada Muraqabah Tajalliyat Af'aal adalah menunjukkan kepada takluk Sifat pada Af'aal perbuatan Ilahi. Sima' adalah bertakluk dengan Sifat Sama' dan Sami' yakni sifat dengar dan sifat pendengar. Sifat Sama' bertakluk dengan Sifat Tsubutiyyah atau Sifat Ma'ani manakala Sifat Sami' adalah bertakluk dengan Syuyun Zati atau Sifat Maknawi. Tingkatkan kesedaran dengan Rabitah sehingga khayalan kita di Alam Misal sentiasa berhubungan hati dan ruhani dengan Syaikh, Masyaikh dan Rasulullah 'Alaihimus Shalawat Wat Taslimaat. Wassalam Wal Ikram.
[10:23 AM 25/08/2014] Fazli Naqsh: Terimakasih Syaikh