17/01/2026
'Kos Kajian Penyelidikan Hukum Berurus Niaga Bersama Syarikat Atomy Menurut Muamalat dan Akidah'
1. Dalam disiplin usul fiqh, hukum tidak lahir daripada sangkaan atau kecenderungan, tetapi daripada metodologi yang sahih, data primer yang mencukupi, dan proses istinbāṭ yang teliti.
2. Dana awam yang diperuntukkan bagi penentuan hukum sepatutnya melahirkan kajian yang memenuhi standard ini, bukan sebaliknya.
3. Apabila kesimp**an didahulukan sebelum penelitian menyeluruh, maka berlaku fasād al-manhaj—kerosakan pada metodologi—yang akhirnya meruntuhkan autoriti hukum itu sendiri.
4. Dari sudut maqāṣid al-syariah, kecuaian ini bukan isu kecil; ia berpotensi menyalahi prinsip ḥifẓ ad-dīn, ḥifẓ an-nafs, dan ḥifẓ al-‘aql.
5. Hukum yang dibina tanpa ketelitian boleh mencetuskan fitnah besar, mengelirukan masyarakat, dan membawa kemudaratan berpanjangan, bahkan hingga ke alam sana.
6. Isu hukum muamalat tidak boleh dijadikan bahan retorik atau naratif terpilih. Ia adalah amanah ilmu yang menuntut ketakwaan akademik, kejujuran metodologi, dan tanggungjawab terhadap ummah serta dana rakyat.
7. Lebih serius lagi, kegagalan menghasilkan kajian yang berintegriti ini turut membawa implikasi pengkhianatan terhadap kepercayaan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) serta badan-badan penghakiman yang menjadikan hasil kajian penyelidikan ini sebagai rujukan dan sandaran dalam membuat keputusan.
8. Semoga Allah mengampuni mereka yang telah mengkhianati amanah tanggungjawab dan ilmu apabila diberi mandat menjalankan kajian penyelidikan ini, dan semoga Allah juga mengampuni seluruh ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang telah diperdayakan dalam menentukan pandangan hukum, begitu juga ahli-ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, serta semua pihak yang tanpa sedar terlibat menyebarkan fitnah yang ditiupkan oleh para penfitnah, dan kita semua para pembaca yang terpaksa menggunakan channel ini demi sebuah kebenaran.