21/04/2026
๐ข Call For Papers: 2โฟแต IEC 2026
๐
Date: 14โ17 September 2026 (MondayโThursday)
๐ฅ Mode: Hybrid
๐ Physical Venue: Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand
The conference organiser cordially invites educators, researchers, and postgraduate students to present your papers/posters at IEC 2026.
๐ฏ THEME- Reimagining Education: Innovations, Interdisciplinary Approaches & Sustainable Future
๐ SUB-THEMES
โ
Innovative Pedagogies and tools for teaching & learning
โ
Humanising Interdisciplinary Education
โ
Future-ready Learning and Skills Development
โ
Global (Global-local) Educational Transformation
๐ IMPORTANT DATES
1.โ โ Extended Abstract Submission Deadline: 31หขแต May 2026
2. Full Paper Submission: 30th June 2026
3. Early Bird Registration: By 10th May 2026
4. Final Registration Deadline: 30th July 2026
5. Early Bird Registration: By 10th May 2026
๐ Submit your Extended Abstract (Paper Presentation)/Abstract (Poster Presentation): https://shorturl.at/q5g0j
๐ฌ CONTACT US
Secretariat
Email: [email protected]
Website : https://umevent.um.edu.my/IEC2026
15/04/2026
๐ JOM TEROKAI DUNIA BERSAMA PROGRAM MOBILITI OUTBOUND! โ๏ธ
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membuka peluang kepada pelajar untuk menyertai Program Mobiliti Outbound ke UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia ๐ฎ๐ฉ
โจ Kenapa anda perlu sertai?
โ๏ธ Menimba pengalaman antarabangsa
โ๏ธ Meningkatkan kemahiran komunikasi & kepimpinan
โ๏ธ Memperkukuh jaringan akademik global
โ๏ธ Mengenali budaya baharu
๐ Butiran Program:
๐ Tarikh Permohonan: 15 โ 30 April 2026
๐ Tempoh Program: 5 Hari
๐ฐ Pembiayaan: RM1500 seorang
๐ Terbuka kepada pelajar Ijazah Dasar (kali pertama outbound sahaja)
๐จ Tempat adalah terhad!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk memperkaya pengalaman pembelajaran anda di peringkat antarabangsa.
๐ฒ Imbas QR kod pada poster untuk memohon sekarang!
Anjuran: Pejabat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TDHEP), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
20/03/2026
๐โจ Salam Aidilfitri โจ๐
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga fakulti, pelajar, alumni serta rakan-rakan yang dikasihi.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mempereratkan lagi silaturahim sesama kita. Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan.
Semoga Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kesyukuran bersama insan tersayang.
๐ Maaf Zahir & Batin ๐
07/03/2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Profesor Dr. Farrah Dina Binti Yusop dari Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya atas kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Gred Khas C (VK7).
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan terhadap dedikasi, kepakaran serta sumbangan beliau yang berterusan dalam bidang pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada warga akademia dan menyumbang kepada kecemerlangan Fakulti Pendidikan serta Universiti Malaya di peringkat nasional dan antarabangsa.
Ikhlas daripada
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
07/03/2026
Salam Nuzul Al-Quran 1447H โจ
Pada 17 Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa agung penurunan Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat manusia. Semoga kita terus menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan, memperkukuh iman, serta membentuk masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berintegriti.
Ikhlas daripada
Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya
18/02/2026
MARHABAN YA RAMADAN 1447H โจ
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh warga UM dan masyarakat.
Semoga Ramadan ini membawa keberkatan, keampunan, dan ketenangan buat kita semua.
16/02/2026
Selamat datang ke Fakulti Pendidikan! ๐
Tahniah kepada Dr. Anwar Farhan Mohamad Marzaini atas pelantikan sebagai Pensyarah Kanan di Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Semoga terus cemerlang dan memberi impak bermakna kepada warga fakulti dan universiti.
16/02/2026
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Loh Sau Cheong atas pelantikan sebagai Profesor Kontrak Lepas Bersara oleh Pengurusan Universiti Malaya.
Pelantikan ini membolehkan beliau meneruskan tugas sebagai Pengarah AUN-DPPnet serta terus menyumbang kepakaran dan pengalaman bagi memperkukuh agenda fakulti.
Ikhlas daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.