Taski Kpg Pasir

Taski Kpg Pasir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Taski Kpg Pasir, Education, Kg Pasir Baru, Kuala Lumpur.

Penutup bulan November 2022 dengan jamuan hari lahir & sesi fotografi murid 6 tahun
02/12/2022

Penutup bulan November 2022 dengan jamuan hari lahir & sesi fotografi murid 6 tahun

Santai-santai Raya Taski pada 17 Mei 2022.Assalamualaikum.Ingat kami nk buat santai jamuan biskut raya rupanya mcm2 ada....
19/05/2022

Santai-santai Raya Taski pada 17 Mei 2022.

Assalamualaikum.

Ingat kami nk buat santai jamuan biskut raya rupanya mcm2 ada. Mee goreng, nugget, roti jala, kek sampai 5 biji, pulut kuning sempena Fahim naik qur’an , kuih, biskut dan mcm2 lg.
semuanya ini sumbangan dr ibubapa. Terima kasih byk2.

Sempena hari guru, dpt jg kami hadiah.
Ada parents yg wsp kata tak sempat lg nk beli hadiah😂
Tak perlu la susah2. Hadiah yg ada ni dah cukup utk mewakili parents yg lain.

(Hingga ke harini 19/5/2022 kami masih ada pemberian dari ibubapa)

Kami mendidik anak2 murid ini semampu yg boleh. Kadangkala ada kelemahan di mana2 , kadang2 terlepas pandang, namun tuan/ puan tetap memberikan kepercayaan pd kami.

Bg kami KEPERCAYAAN ini lah hadiah yg paling berharga. Ape pun tuan/ puan boleh menyuarakan ape2 saja mengenai anak tuan/ puan demi utk kebaikan bersama. Minta maaf di atas segala kelemahan kami.

Terima kasih pada yang memberikn sumbangan, makanan dan hadiah.

Kongsi kegembiraan hari ni sempena hari konvo anakanda 🌹❤️🌹alhamdulillah dah dapat sarjana dalam bidang pendidikan(sains...
07/12/2021

Kongsi kegembiraan hari ni sempena hari konvo anakanda 🌹❤️🌹alhamdulillah dah dapat sarjana dalam bidang pendidikan(sains). Doakan langkah seterusnya PHD dalam pengajian awal kanak2. Moga dapat terus menabur jasa di Taski Kpg Pasir🌹

Aktiviti membuat sandwich telur harini 😁
12/11/2021

Aktiviti membuat sandwich telur harini 😁

Assalamualaikum.Salam Jumaat.Kalau ikutkan takwim persekolahan, hari akhir persekolahan adalah pada bulan November. Wala...
18/12/2020

Assalamualaikum.

Salam Jumaat.

Kalau ikutkan takwim persekolahan, hari akhir persekolahan adalah pada bulan November. Walaubagaimanapun tarikh akhir persekolahan ditunda pada hari ini, 18/12/2020 disebabkan pendamik Covid-19.

Pun begitu, kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Anak-anak didik tahun ini adalah sangat istimewa kerana hanya dapat belajar bersemuka untuk beberapa bulan sahaja.

Alhamdulillah, berkesempatan untuk berjumpa dengan murid 6 tahun semalam sebelum mereka melangkah ke sekolah rendah. Kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada murid 6 tahun. Semoga dipermudahkan urusan dan pembelajaran di peringkat seterusnya.

Ucapan ribuan terima kasih juga kepada ibubapa di atas sokongan dan galakan yang diberikan. Kami mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari pihak kami. Semoga tahun depan keadaan akan menjadi semakin baik dan Malaysia pulih dari Covid19 supaya anak-anak mendapat pendidikan yang berkualiti seperti sedia kala.

Sehingga kita bertemu lagi pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

09/11/2020

Assalamualaikum.

Untuk makluman, pendaftaran bagi tahun 2021 telah pun dibuka. Buat masa ini, ibubapa digalakkan untuk mendapatkan borang secara atas talian. Sila hubungi 0172347737 (Cikgu Zaleha) atau mesej kami untuk mendapatkan borang atau terdapat sebarang pertanyaan.

Terima kasih.

Assalamualaikum.Seperti yang sedia maklum, Taski akan kembali beroperasi pada 1 Julai 2020 (Rabu) iaitu esok. Diminta ib...
30/06/2020

Assalamualaikum.

Seperti yang sedia maklum, Taski akan kembali beroperasi pada 1 Julai 2020 (Rabu) iaitu esok. Diminta ibubapa untuk membaca garis panduan dan maklumat yang diberikan dengan teliti.

Semoga kita sama-sama dapat berlaku jujur dan patuhi garis panduan yang ditetapkan. Pihak Taski juga akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan murid-murid kekal sihat sepanjang berada di sekolah.

Terima kasih di atas kerjasama dan perhatian ibubapa. Selamat kembali ke sekolah kepada anak didik Taski Kg Pasir.

Assalamualaikum. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amal ibadah kita diredhai Allah 🌙
23/04/2020

Assalamualaikum.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga amal ibadah kita diredhai Allah 🌙

22/04/2020
26/03/2020

Assalamualaikum.

Seperti yang diketahui, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Sehubungan itu, Taski dan Nurseri juga akan ditutup sepanjang Perintak Kawalan Pergerakan.

Semoga ibu bapa menggunakan peluang ini sebaiknya dan mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.

Sebarang perubahan atau pindaan akan diberitahu kemudian. Sila hubungi 0172347737 (Cikgu Zaleha) sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Perhatian anda amatlah kami hargai.

Terima kasih.

18/03/2020

Assalamualaikum.

Kami ingin memaklumkan bahawa Taski akan ditutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu sehingga 31 Mac 2020. Ini juga termasuk penutupan nurseri.

Perhatian dan kerjasama anda amat kami hargai.

Terima kasih

Address

Kg Pasir Baru
Kuala Lumpur
58200

Opening Hours

Monday 07:30 - 18:30
Tuesday 07:30 - 18:30
Wednesday 07:30 - 18:30
Thursday 07:30 - 18:30
Friday 07:30 - 18:30

Telephone

+60172347737

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taski Kpg Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category