ZAKAT UTMKL

ZAKAT UTMKL

Share

Akaun Rasmi Kaunter Kutipan Zakat PPZ UTMKL

Photos from Pusat Pungutan Zakat's post 30/07/2026
Photos from Sahabat ZAKAT's post 22/07/2026
22/07/2026
15/07/2026

🌟 PODCAST LIVE: PROGRAM SAHABAT ZAKAT @ UTMKL 🌟

Jom luangkan masa bersama kami dalam sesi Podcast Live yang menampilkan dua panel istimewa untuk berkongsi inspirasi, pengalaman dan pengisian berkaitan zakat serta kehidupan.

πŸŽ™οΈ Panel Jemputan:
✨ Ustazah Nazirah Abu Bakar
✨ Elfira Loy

πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•› Masa: 12.00 Tengah Hari
πŸ“ Tempat: Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

🎁 Menarik untuk anda!
βœ… Kuiz Zakat
βœ… Cabutan Bertuah
βœ… Sesi Bergambar bersama panel
βœ… Mata CPD disediakan

πŸ“’ Terbuka kepada warga UTM. Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu, mendapatkan inspirasi dan memenangi pelbagai hadiah menarik.

πŸ“Œ Jumpa anda pada 22 Julai 2026!

04/07/2026

*πŸ“’ JOM SERTAI PROGRAM SAHABAT ZAKAT @ UTM!*

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Mahasiswa UTMKL dijemput menyertai Program Sahabat Zakat @ UTM yang dianjurkan khas untuk anda!

πŸ“… Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
πŸ•€ Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur

🎁 Apa yang anda akan peroleh?
βœ… Makanan tengah hari
βœ… Sumbangan wang tunai
βœ… Sijil penyertaan
βœ… Surat pengecualian kelas akan disediakan
βœ… Mata merit

⚠️ Penyertaan TERHAD kepada 100 orang pelajar sahaja!

πŸ—“οΈ Tarikh tutup pendaftaran: 6 Julai 2026 (Isnin)

πŸ“² Daftar sekarang:
https://forms.gle/7W5VihGhrMrF5KfS9

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program yang penuh dengan manfaat ini. Daftar segera sebelum kuota penuh!

SahabatZakat

29/06/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

*HEBAHAN IKLAN PERMOHONAN ZAKAT MAHASISWA ASASI & DIPLOMA SEPENUH MASA SEMESTER I, 2026/2027 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUMPUR*

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Dimaklumkan bahawa Permohonan Bantuan Zakat Mahasiswa UTM Kuala Lumpur bagi pelajar Asasi & Diploma (Sepenuh Masa) Semester I Sesi 2026/2027 kini dibuka.

πŸ“… Tempoh Permohonan:
29 Jun 2026 (Isnin) – 26 Julai 2026 (Ahad)

πŸ“ Permohonan hanya boleh dibuat melalui Google Form dengan mengimbas QR Kod pada poster atau melalui pautan berikut:
πŸ”— https://forms.gle/bHMkge8wBzpLKTTu5

πŸ“Œ Syarat Permohonan:
Mahasiswa Asasi & Diploma (Sepenuh Masa) UTM Kuala Lumpur bagi Semester I Sesi 2026/2027.

⚠️ Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses. Sehubungan itu, semua pelajar yang layak disaran membuat permohonan lebih awal.

πŸ“‘ Pastikan borang diisi dengan lengkap, menggunakan format borang yang terkini, dan disertakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Sebarang Pertanyaan Lanjut Sila Hubungi Whatsapp :
Admin Zakat UTMKL (011-13068115)
Isnin - Jumaat (10.00 Pagi - 4.00 Petang)

Mohon disebarkan. Terima kasih.


Photos from ZAKAT UTMKL's post 20/03/2026

Min minta maaf bulan puasa ni min sibuk. Penuh whatsapp menanti bila nak lulus permohonan kan. Semester ini antara pemohon teramai, jadi lewat sikit proses tapisan. Harap adik-adik semua gembira harini lepas duit dah masuk dalam akaun masing-masing 😁



Photos from ZAKAT UTMKL's post 13/03/2026

Majlis Sumbangan Wakalah Zakat dan Sumbangan Makanan dari Tadika Little Caliphs Jalan Kent & Pembayar Zakat.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT. Untuk makluman, seramai 63 orang pekerja pembersihan UTMKL diraikan pada 12 Mac 2026 sebagai penerima sumbangan sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Pusat Islam UTMKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPZ-UTMKL atas sumbangan wakalah zakat yang diberikan serta pihak Tadika Little Caliphs Jalan Kent atas sumbangan makanan yang disediakan. Semoga segala sumbangan ini menjadi amal kebajikan dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Pusat Islam sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati Allah SWT.

Sekian.



09/03/2026

Assalamualaikum wrt. wbt.

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Prof. / Prof. Madya / Dr / Tuan / Puan / Saudara,

*HEBAHAN IKLAN PERMOHONAN ZAKAT MAHASISWA IJAZAH SARJANA MUDA SEMESTER II 2025/26, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA KUALA LUMPUR*

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

Permohonan Zakat Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Semester II, 2025/26 telah dibuka bermula 9 Mac 2026 sehingga 10 April 2026.

Permohonan hanya melalui google form sahaja.
πŸ” Sila imbas QR Kod di dalam poster atau klik link berikut

https://forms.gle/bDXnsrZHjpiAMR71A

πŸ“‘ Pastikan borang diisi dengan lengkap, menggunakan format borang yang terkini, dan disertakan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan.

Mohon disebarkan.


Photos from ZAKAT UTMKL's post 02/03/2026

Sekitar suasana Majlis Iftar Perdana UTMSPACE yang berlangsung hari ini. Majlis yang diadakan bersempena iftar bersama Dekan UTMSpace, Prof. Dr. Mohd Shahrizal bin Sunar telah dihadiri hampir 400 orang pelajar Muslim. Majlis turut dihiasi dengan pengisian tazkirah ringkas daripada Ustaz Muhammad Aryf Zaki, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin.

Selain itu, Unit Zakat Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (PIUTMKL) telah menyampaikan Sumbangan Wakalah Zakat berjumlah RM5,000.00 kepada mahasiswa UTMSPACE bersempena majlis ini sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kebajikan pelajar.

Pada masa yang sama, turut diraikan ialah penyaluran simbolik Sumbangan Wakalah Zakat berjumlah RM133,200.00 bagi yuran pengajian dan sara diri kepada 80 orang mahasiswa bagi semester yang lepas. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Al’ikhsan bin Ghazali, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTMKL.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan meringankan beban para pelajar asnaf, di samping menyemarakkan nilai kebersamaan sepanjang bulan Ramadan.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Masjid UTMKL
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00