11/01/2025
SUMBER ASTRO AWANI
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-individu-ditahan-terlibat-tawar-khidmat-pelacuran-dalam-talian-494526
SARWIN A/L ARASU (301672)
[BERITA TERKINI]: Polis Tahan Lelaki Tempatan dan Dua Wanita Warga Vietnam
Kuala Lumpur: Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam kerana disyaki terlibat dalam khidmat pelacuran secara dalam talian. Serbuan dilakukan dalam operasi Op Noda di kawasan Jalan Stesen Sentral, semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood, memaklumkan:
Lelaki tempatan berusia 61 tahun berperanan sebagai penghantar dan telah melakukan kerja ini selama tiga tahun.
Bekerja: 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Bayaran diterima: RM180 per tugasan.
Dua wanita warga Vietnam yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ini selama tiga bulan:
Bayaran diterima: RM120 setiap pelanggan.
Barangan yang dirampas:
Sebuah kereta
Dua telefon bimbit
Wang tunai RM500
Beberapa kondom
Suspek kini direman untuk membantu siasatan:
Lelaki: Direman tiga hari hingga Isnin
Dua wanita warga asing: Direman empat hari hingga Selasa
Kes disiasat mengikut Seksyen 372B dan Seksyen 373(1) Kanun Keseksaan.
Apa pandangan anda tentang isu ini?
Adakah usaha ini mencukupi untuk membanteras aktiviti tidak bermoral dan jenayah seperti ini, terutama yang melibatkan penggunaan teknologi dan media dalam talian?
Kongsikan pandangan anda di ruang komen.
Tiga individu ditahan terlibat tawar khidmat pelacuran dalam talian
Dua wanita warga asing yang dipercayai sudah terlibat dengan kegiatan itu sejak tiga bulan lepas menerima RM120 bagi setiap pelanggan.
11/01/2025
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-johor-tahan-189-individu-dalam-op-noda-khas-499881
SARWIN A/L ARASU ( 301672)
Polis Johor Tahan 189 Individu dalam Op Noda Khas
Johor Bahru: Polis Johor berjaya menahan seramai 189 individu, termasuk 177 warga asing, dalam operasi besar-besaran yang dikenali sebagai Op Noda Khas. Operasi ini bertujuan membanteras aktiviti pelacuran, pelayan pelanggan (GRO), elemen kongsi gelap, dan perjudian haram di pusat-pusat hiburan sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri.
Operasi melibatkan 14 pegawai kanan dan 54 pegawai rendah polis, dengan penahanan meliputi:
11 lelaki dan 1 wanita tempatan
16 lelaki dan 161 wanita warga asing
Antara kesalahan yang dikenalpasti:
Penyalahgunaan dadah: 16 lelaki tempatan dan 12 wanita warga asing positif dadah.
Aktiviti perjudian: Wang tunai RM83,100 dan peralatan judi dirampas.
Kes disiasat di bawah pelbagai akta, termasuk Akta Imigresen, Akta Dadah Berbahaya, dan Akta Rumah Judi Terbuka.
Dari Januari hingga kini, Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor telah melaksanakan 388 serbuan, dengan 1,910 tangkapan, termasuk 1,699 warga asing, atas pelbagai kesalahan.
Apa pendapat anda tentang usaha polis dalam membanteras kegiatan haram seperti ini?
Adakah serbuan ini mencukupi untuk mengatasi isu sosial dan jenayah di negeri kita?
Sila tinggalkan pandangan anda di ruang komen!
Polis Johor tahan 189 individu dalam Op Noda Khas
Polis tahan 189 individu termasuk 177 warga asing dalam enam serbuan menerusi Op Noda Khas di Johor Bahru dan Iskandar Puteri bermula Jumaat lepas hingga semalam.
23/11/2024
NAMA : SARWIN ARASU (301672),BBA, UUM
TAJUK: Pendapat Tentang Isu Pelacuran dan Operasi Polis
https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/suami-isteri-lepas-bebas-tuduhan-pelacuran-dan-jual-bini-x98wqxi
Saya ingin berkongsi pandangan saya tentang laporan operasi polis yang berjaya menahan 21 wanita warga asing dan lima penjaga premis dalam Op Noda Khas di Kuala Lumpur baru-baru ini. Tahniah kepada pihak polis atas usaha gigih mereka menangani kegiatan tidak bermoral ini. Namun, isu seperti ini memerlukan perhatian lebih mendalam daripada pelbagai pihak.
Masalah Sosial yang Berakar Umbi
Pelacuran sering kali menjadi pilihan terakhir bagi mereka yang terhimpit oleh masalah ekonomi dan sosial. Wanita-wanita ini, walaupun terlibat dalam aktiviti yang salah dari segi undang-undang dan moral, mungkin menjadi mangsa eksploitasi atau tekanan ekonomi. Oleh itu, penting bagi kita untuk melihat isu ini bukan hanya sebagai kesalahan jenayah tetapi juga sebagai cabaran sosial yang perlu ditangani secara kolektif.
Peranan Penguatkuasaan Undang-Undang
Operasi seperti ini adalah langkah yang baik untuk memastikan aktiviti haram tidak berleluasa. Namun, ia perlu diiringi dengan tindakan berterusan untuk menghentikan jaringan sindiket yang mengawal aktiviti ini. Hanya dengan menghentikan punca masalah, kita boleh memastikan isu ini tidak berulang.
Pendidikan dan Kesedaran
Masalah ini juga mencerminkan perlunya pendidikan dan kesedaran tentang pentingnya etika dan moral dalam masyarakat kita. Masyarakat harus dididik untuk memahami kesan negatif aktiviti seperti ini, bukan sahaja kepada individu yang terlibat tetapi juga kepada keseluruhan komuniti.
Sokongan dan Pemulihan
Wanita-wanita yang ditangkap memerlukan sokongan untuk keluar daripada kitaran hidup seperti ini. Saya menyeru pihak kerajaan dan NGO untuk menyediakan program pemulihan, kaunseling, serta peluang pekerjaan untuk membantu mereka membina kehidupan yang lebih baik.
Sebagai masyarakat, kita semua bertanggungjawab untuk memastikan persekitaran yang lebih selamat, bermoral, dan sejahtera untuk semua. Jangan sekadar menghukum tetapi berusahalah untuk memahami dan menyelesaikan punca masalah. Marilah kita berganding bahu membina masyarakat yang lebih baik.
Apa pandangan anda tentang isu ini? Kongsi pendapat anda di ruangan komen. 🌟
Suami isteri lepas, bebas tuduhan pelacuran dan 'jual bini'
Sepasang suami isteri dilepaskan dan dibebaskan atas tiga pertuduhan melacurkan dan menjadi bapa ayam kepada isterinya.
23/11/2024
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! 🌸
Kami dari KUMPULAN 7 MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 7 ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami:
⬇️Kumpulan 7
👩🎓 Erni Norlis Binti Johari (301522)
👩🎓Munirah Binti Mohd Ariffudin (301611)
👨🏻🎓 Sarwin Arasu (301672)
👩🎓 Meldinna Dewith (302468)
👩🎓 Siti Fatimah Noor Binti Hussain (302482)
📌 Tajuk page Facebook kami ialah berkaitan dengan isu Pelacuran
Kami membincangkan isu berkaitan dengan aktiviti pelacuran yang berlaku di Malaysia. Topik ini sangat penting untuk membentuk generasi masa depan yang bermoral dan berkualiti. Tinggalkan segala aktiviti tidak bermoral ini bagi melahirkan generasi akan datang yang lebih berkualiti dan cemerlang.
💬 Jangan lupa tinggalkan pandangan atau komen anda! Setiap pandangan anda sangat dihargai dan membantu diskusi kami.
Akhir kata:
Pendidikan bermula dari rumah🏡
Anak-anak cerminan masyarakat✨
Bersama kita bincangkan isu ini dengan terbuka.🤝
🙏 Terima kasih atas kerjasama anda semua! Jangan lupa like, share dan komen di ruangan bawah page kami.
22/11/2024
NAMA : MUNIRAH BINTI MOHD ARIFFUDIN
NO. MATRIK : 301611
TAJUK : KEGIATAN PELACURAN SEKITAR PUDU
Dari butiran berita Harian Metro pada 22 Jun lalu melaporkan lubuk kegiatan pelacuran sekitar Pudu termasuk pelacur yang bersepah mencari pelanggan di medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong diserbu.
Jika kita dapat lihat sekarang kegiatan seperti ini semakin berani melakukan secara terang terangan.
Polis juga turut mengenal pasti empat lagi lokasi yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar ibu kota yang menawarkan khidmat seks dengan harga murah kepada pelanggan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, antara lokasi yang dikesan ialah Jalan Petaling, Jalan Gelang, Jalan Pudu dan Hotel Richmoore.
Penganalisis keselamatan dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Mohd Mizan Mohd Aslam turut memberikan pandangannya dengan mengatakan Indonesia boleh tutup kawasan Dolly di Surabaya yang sudah lama berakar sebagai pusat pelacuran terbesar Asia Tenggara, maka Malaysia boleh laksana tindakan sama di lubuk persundalan tertua di ibu negara.
Isu lapuk berdekad-dekad kegiatan pelacuran di ibu negara didedahkan Harian Metro sudah pun mendapat reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa yang dilaporkan berkata, perbincangan lanjut untuk memperluaskan terma rujukan KL Strike Force akan diadakan supaya tindakan bersepadu dapat diambil untuk membanteras aktiviti pelacuran di seluruh Kuala Lumpur.
Dr Zaliha dilaporkan berkata, satu strategi baru perlu dikaji dan diteliti di mana-mana kawasan yang dilaporkan dan dikenal pasti sebagai 'red light area' atau kawasan aktiviti pelacuran.
Kesimpulan: Kita sebagai warga Malaysia perlu bersikap tegas supaya kegiatan ini tidak mencemarkan nama baik negara kita dalam masa yang sama dapat menjaga generasi muda akan datang dari terjebak dengan kegiatan ini.
22/11/2024
Nama : Siti Fatimah Noor Bt Hussain
No. Matrik : 302482
Tajuk : cara menangani aktiviti pelacuran
Di laman facebook ini, kami berkongsi pendapat juga memberikan cadangan untuk menangani aktiviti pelacuran yang semakin berleluasa dimalaysia. Bagi memastikan penyakit berjangkit dapat dihentikan penularannya kesan dari aktiviti seks bebas. Disini kami akan membincangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk menangani aktiviti pelacuran, termasuk pencegahan, pemulihan, dan penguatkuasaan undang-undang.
1. Program Pendidikan dengan pendedahan (ilmu pengetahuan) dapat memberi tumpuan kepada masyarakat tentang kesedaran risiko dan akibat pelacuran kesan dari aktiviti seks bebas. Dengan penyebaran maklumat berkaitan tentang bahayanya kesan dari aktivit pelacuran dapat dihentikan atau dikurangkan.
2. Kami mencadangkan agar, pihak berwajib dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka bagi membantu mereka memulakan kehidupan yang baru. Dengan menyediakan latihan kemahiran dan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk kumpulan berisiko dapat membantu mengurangkan aktiviti pelacuran. Organisasi kerajaan dan bukan kerajaan boleh bekerjasama
untuk menawarkan program latihan yang relevan.
3. Sokongan sosial dan pemulihan Bagi individu yang terlibat dalam pelacuran, sokongan sosial dan pemulihan adalah penting. Program pemulihan yang menawarkan bantuan psikologi, perubatan, dan sokongan sosial boleh membantu mereka keluar dari kelompok pelacuran. Ini termasuk menyediakan tempat tinggal dan akses kepada perkhidmatan kesihatan.
4. Penguatkuasaan Undang-Undang yang berkesan terhadap aktiviti pelacuran adalah penting untuk menangani masalah ini. Walau bagaimanapun, pendekatan ini mesti diambil dengan berhati-hati untuk memastikan bahawa ia tidak mensasarkan individu yang terlibat dalam pelacuran tetapi mereka yang mengeksploitasi keadaan.
5. Kerjasama antara agensi Menangani pelacuran memerlukan kerjasama antara pelbagai agensi, termasuk kerajaan, NGO, dan masyarakat. Dengan bekerjasama, mereka boleh merancang dan melaksanakan strategi yang lebih berkesan untuk menangani isu-isu ini.
Kesimpulan Menangani pelacuran memerlukan pendekatan yang jitu. Dengan memberi tumpuan kepada pendidikan, menyediakan peluang pekerjaan, sokongan pemulihan, penguatkuasaan undang-undang, dan kerjasama antara agensi, kita boleh mengurangkan pelacuran dan membantu individu yang terlibat untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik.
03/11/2024
NAMA : ERNI NORLIS BINTI JOHARI
NO MATRIK : 301522
TAJUK : MCMC SEKAT LEBIH 600 LAMAN LUCAH, PELACURAN
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mcmc-sekat-lebih-600-laman-lucah-pelacuran-476068
NAMA : ERNI NORLIS BINTI JOHARI
NO MATRIK : 301522
TAJUK : MCMC SEKAT LEBIH 600 LAMAN LUCAH, PELACURAN
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mcmc-sekat-lebih-600-laman-lucah-pelacuran-476068
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memantau kegiatan pelacuran. Kandungan laman web lucah telah disekat oleh pihak berwajib bagi memastikan kegiatan yang aktiviti yang tidak bermoral ini dapat dibendung. Pihak MCMC bertindak berdasarkan kepada aduan oleh pihak berkuasa dan orang awam. Bermula dari melayari laman web yang tidak bagus seterusnya membuka ruang kepada pelayar internet untuk mencuba di dalam kegiatan pelacuran dan kegiatan yang tidak bermoral.
Terdapat beberapa laman web yang menawarkan pekhidmatan pelacuran dan kandungan laman web yang berunsur lucah contohnya di aplikasi X dan Telegram. Kita sangat bimbang dengan perkara ini kerana sesiapa saja boleh melayari laman bersebut dan perkara ini akan memberikan kesan yang tidak baik terutama kepada remaja yang masih di peringkat bawah umur. Ibu bapa, pihak berkuasa perlu sama sama bergandingan untuk membendung isu ini.
Jika kita lihat, banyak kes sosial yang berlaku pada hari ini adalah berpunca dari media sosial. Menonton video lucah dan laman web lucah mendorong kepada mereka untuk lebih tahu dan membuatkan perasaan ingin mencuba terhadap aktiviti yang tidak sihat ini. Kemudahan komunikasi yang telah disalahgunakan antara faktor yang mendorong mereka untuk membuat perkara yang negatif dan tidak sihat.
Kegiatan yang tidak bermoral ini telah melanggar undang undang negara dan telah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara. Ianya akan memudaratkan dan memberi impak yang sangat tidak bagus kepada anak anak muda kita. Generasi akan datang perlu menjadi generasi yang lebih bijak dan perlu seimbang dengan kehidupan di dunia dan akhirat.
Pelbagai program boleh diadakan terutama di peringkat sekolah sekolah rendah seperti mengadakan program membaca al quran dan program program keagaaman. Jangan dedahkan perkara yang tidak sepatutnya anak anak muda ini terlibat. Yang lebih merisaukan lagi kita risau benda yang tidak bermoral ini akan menjadi tabiat yang tidak bagus kepada mereka. Aktiviti luar juga boleh diadakan di peringkat pelajar sekolah menengah. Pelajar di peringkat remaja ini lebih membimbangkan lagi disebabkan mereka ini mudah terpengaruh dan perasaan ingin mencuba mereka yang membuak buak.
Pihak kerajaan perlu memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan isu dapat diatasi dan dibendung. Ianya akan menjadi barah dan terus merebak sekiranya isu ini tidak dibendung
MCMC sekat lebih 600 laman lucah, pelacuran
Sebanyak 549 laman lucah dan 69 laman pelacuran telah disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Muntimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan hingga 1 Jun tahun ini.
03/11/2024
NAMA : ERNI NORLIS BINTI JOHARI
NO MATRIK : 301522
TAJUK : KHIDMAT TEMPAH GRO DALAM TALIAN TERBONGKAR
https://www.sinarharian.com.my/article/694316/berita/semasa/khidmat-tempah-gro-dalam-talian-terbongkar
Lambakan warga asing di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada aktiviti pelacuran di ibu kota. Selagi ada permintaan selagi itulah kegiatan ini berleluasa. Tidak pernah merasa serik dan mencari jalan pintas untuk mendapatkan sumber pendapatan. Warga asing yang berada di negara ini juga ada yang masuk secara tidak sah.mereka semakin berani untuk melakukan kegiatan tidak bermoral ini.
Perkara ini lah yang menjadikan negara kita dipandang serong oleh negara luar.pelbagai usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Mereka juga sanggup bekerja sebagai penghantar bagi perkhidmatan pelacuran. Lebih menyedihkan lagi kerana ada di kalangan warga tempatan kita sendiri yang sanggup menjalankan kegiatan pelacuran ini.
Tawaran harga perkhidmatan yang murah itulah yang menjadikan aktiviti ini semakin berleluasa. Ramai juga yang tidak sedar bahawa perkara ini boleh mendatangkan banyak keburukan dan kemudaratan kepada masyarakat. Pihak berkuasa perlu melakukan siasatan dan pemeriksaan dokumentasi dengan lebih ketat lagi supaya dapat menghalang kemasukan warga asing ke negara ini untuk mengelakkan kegiatan tidak bermoral ini semakin banyak. Pihak berkuasa juga perlu memantau perkhidmatan tempahan GRO di dalam talian.
Khidmat tempah GRO dalam talian terbongkar
KUALA LUMPUR - Khidmat gadis warga asing dipercayai pelacur ditawarkan secara dalam talian dengan harga RM250 dibongkar menerusi tangkapan tiga individu di...
03/11/2024
NAMA : ERNI NORLIS BINTI JOHARI
NO MATRIK :301522
TAJUK : FAKTOR, KESAN DAN CARA MENANGANI ISU PELACURAN KEPADA NEGARA MALAYSIA
Isu pelacuran di Malaysia pada hari ni semakin hari semakin meningkat...ianya amat membimbangkan sekali kepada kita semua..pelbagai peringkat umur dan golongan yang terlipat dengan isu pelacuran ini...lebih membimbangkan lagi ianya berlaku kepada kanak kanak yang seawal usia belasan tahun...kenapa perkara ini berlaku? Kes kes yang banyak terlibat tidak hanya di kawasan bandar, malahan di kawasan pendalaman juga isu pelacuran ini terjadi..kepada siapa hal ini harus dipersalahkan? Bagaimana dengan nasib dan generasi yang akan datang?
Pada padangan saya, faktor yang mengudang dan melibatkan kepada negara adalah mungkin disebabkan tanpa kawalan ketat daripada pihak kerajaan ..kita semua sedia maklum, kemasukan warga asing di negara ini semakin meningkat, dan mereka juga sanggup menjadi pekerja seks yang menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan...ini kerana terdapat permintaan dari pelanggan...
Keduanya,kesan pelacuran ini kepada negara kita...di Malaysia kita menjadikan agama islam sebagai agama rasmi, sekira nya perkara ini masih berlaku dan semakin menular, ianya amat berkesan kepada negara kita...negara luar akan memandang serong kepada negara kita...jadi pucuk pimpinan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas untuk membanteras isu pelacuran ini..
Cara kerajaan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan cara kerajaan kita perlu mengambil inisiatif seperti memperbanyakkan ceramah ceramah agama,mengadakan kursus motivasi terutama kepada golongon remaja dan memperbanyakkan program gaya hidup sihat kepada masyarakat di Malaysia ini. Sekiranya semua pihak berganding bahu dan bertanggungjawab antara satu sama lain, mungkin isu dan masalah pelacuran ini dapat ditangani.
01/11/2024
NAMA : MELDINNA DEWITH
NO MATRIK :302468
TAJUK : AKTIVITI PELACURAN
https://youtu.be/vEVpSSPKM3o?si=RjE-B8xDR155X0uY
Pandangan saya terhadap operasi yang dijalankan ini jelas menunjukkan bahawa pihak imigresen sangat komited dalam memastikan isu pelanggaran undang-undang imigresen ditangani dengan serius. Langkah risikan yang dijalankan selama tiga bulan membuktikan bahawa operasi ini bukan sekadar tindakan spontan, tetapi satu usaha terancang yang teliti untuk memutuskan rangkaian aktiviti haram yang membabitkan pelbagai pihak. Selain mengekang kegiatan pelacuran yang melibatkan warga asing, tindakan pantas ini turut membawa mesej tegas bahawa sebarang bentuk aktiviti yang menyalahi undang-undang akan diambil tindakan sewajarnya.
Antara punca individu terlibat dalam aktiviti pelacuran adalah faktor kemiskinan yang mendesak mereka mencari jalan mudah untuk mendapatkan pendapatan, pengaruh persekitaran yang negatif, kurangnya pendidikan, serta eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dalam banyak kes, wanita terjebak kerana terpedaya dengan janji pekerjaan yang lebih baik tetapi akhirnya dipaksa bekerja dalam industri ini. Keadaan ini menunjukkan bahawa isu pelacuran bukan sahaja melibatkan pelaku tetapi juga jaringan eksploitasi yang lebih besar, yang menuntut tindakan lebih tegas dan menyeluruh daripada pihak berkuasa.
Kecekapan dan kesungguhan pihak imigresen dalam mengatur operasi berkesan ini turut memberi jaminan kepada masyarakat tentang keselamatan dan kesejahteraan awam. Berdasarkan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63, pihak berkuasa berhak menjalankan operasi dan tindakan penahanan terhadap individu yang melanggar syarat-syarat imigresen, termasuk mereka yang menyalahgunakan pas lawatan untuk aktiviti haram. Penggunaan premis perniagaan yang disalahgunakan untuk aktiviti pelacuran menimbulkan ancaman terhadap imej masyarakat dan keselamatan setempat. Maka, tindakan tegas yang diambil bukan sahaja menegakkan undang-undang tetapi juga memberi amaran kepada pihak yang terlibat bahawa aktiviti seperti ini tidak akan diterima.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berlaku hari Kiamat sehingga manusia melakukan perbuatan zina di jalan-jalan seperti keldai.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban). Justeru, tindakan tegas pihak berkuasa terhadap kegiatan pelacuran adalah wajar dalam usaha mencegah kemungkaran dan menjaga maruah masyarakat, agar masyarakat dapat hidup dalam persekitaran yang aman dan bermoral selari dengan ajaran Islam.
AKTIVITI PELACURAN | Rumah Kedai Terbiar Diserbu, 58 Warga Asing Ditahan
Sarang pelacuran yang beroperasi di kawasan rumah kedai terbiar di Pelabuhan Klang, Selangor digempur penguatkuasa Jabatan Imigresen siang tadi.=============...
30/10/2024
NAMA : MELDINNA DEWITH
NO. MATRIK : 302468
TAJUK : PENUMPASAN SINDIKET PELACURAN DIDALANGI “MUMMY”
https://youtu.be/lK3s-kyxwK4?si=HqyzRo6ijgVUD0S-
Pandangan Terhadap Penumpasan Sindiket Pelacuran Didalangi “Mummy”
Penumpasan sindiket pelacuran yang didalangi oleh “mummy” menunjukkan komitmen yang tegas pihak berkuasa dalam memerangi kegiatan tidak bermoral ini. Sindiket pelacuran ini bukan sahaja beroperasi secara tersusun, tetapi sering melibatkan individu yang menggunakan pengaruh dan pengalaman mereka untuk merekrut, mengatur, dan mengawal wanita yang terlibat. Peranan “mummy” sebagai dalang sindiket membayangkan betapa terancangnya operasi ini, di mana individu tersebut bertindak sebagai pengurus kepada para wanita terlibat, sama ada dalam aspek pengurusan logistik, mencari pelanggan, mahupun melindungi kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa.
Penangkapan sindiket sebegini mempunyai impak yang besar terhadap masyarakat kerana ia membawa kesan sosial dan moral yang sangat serius. Pertama sekali, sindiket ini cenderung mengeksploitasi wanita muda atau individu yang berhadapan dengan tekanan kewangan. Dalam situasi yang mendesak, golongan ini mudah terjebak dalam kegiatan pelacuran sebagai jalan keluar kepada masalah ekonomi mereka, namun tanpa mereka sedari, mereka telah dipergunakan dan diperhambakan oleh sindiket yang mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan implikasi moral atau sosial. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada kerosakan integriti masyarakat kerana ia membina persekitaran yang kurang selamat dan memberi kesan kepada nilai-nilai sosial dan maruah manusia.
Selain itu, modus operandi sindiket yang melibatkan “mummy” sering kali melibatkan jaringan kejahatan terancang. Operasi mereka berjalan dengan rapi dan mempunyai strategi tersendiri untuk mengelakkan pengesanan. Kebanyakan sindiket seperti ini menggunakan platform atas talian, aplikasi media sosial, dan perkhidmatan pesanan untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Dengan cara ini, mereka dapat mencapai lebih ramai pelanggan dan bergerak secara terselindung. Dalam banyak kes, sindiket ini juga mempunyai kolaborasi dengan pihak-pihak tertentu, seperti pemilik hotel atau pengendali pusat hiburan yang bertindak sebagai rakan kongsi dalam kegiatan ini. Ini menunjukkan betapa luasnya jaringan sindiket dan sejauh mana mereka bersedia bersekongkol demi mengaut keuntungan.
Bagi menangani isu ini, terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan oleh pihak berkuasa dan masyarakat. Pertama sekali, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, terutamanya dalam kalangan wanita muda mengenai risiko dan taktik manipulasi yang digunakan oleh sindiket pelacuran. Kempen kesedaran boleh dijalankan di sekolah, kolej, dan komuniti untuk memberi pendedahan awal tentang tanda-tanda eksploitasi serta risiko yang terlibat dalam kegiatan ini. Kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat dapat membantu menghalang lebih ramai individu daripada terjebak dalam sindiket sebegini.
Di samping itu, pihak berkuasa perlu memperketatkan pengawasan terhadap platform media sosial dan aplikasi yang sering digunakan oleh sindiket untuk mencari pelanggan. Langkah ini boleh melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan syarikat teknologi untuk memastikan aktiviti-aktiviti mencurigakan dapat dipantau dan ditangani dengan segera. Pengawasan digital yang berkesan dapat mengurangkan ruang gerak sindiket ini dan menghalang mereka daripada menggunakan platform dalam talian sebagai medium untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.
Seterusnya, perlunya sokongan dan pemulihan yang komprehensif untuk mangsa-mangsa yang terlibat. Pusat sokongan dan rehabilitasi harus disediakan bagi membantu mereka memulakan hidup baru, serta memberi bantuan kewangan, pendidikan, dan psikologi untuk membantu mereka bangkit semula. Sokongan ini penting supaya mangsa tidak terpaksa kembali kepada kehidupan lama akibat tekanan ekonomi atau kurangnya sokongan daripada masyarakat.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu atau perniagaan yang bersekongkol dengan sindiket ini. Hukuman yang berat, termasuk penutupan premis, denda besar, atau penarikan lesen operasi harus dikenakan kepada pemilik hotel atau pusat hiburan yang bersekongkol. Ini akan memberi amaran kepada mereka bahawa keuntungan daripada kegiatan tidak bermoral ini tidak akan terlepas daripada undang-undang.
Kesimpulannya, sindiket pelacuran yang didalangi oleh “mummy” bukan sekadar isu moral, tetapi juga ancaman kepada keselamatan dan keharmonian masyarakat. Dengan kerjasama antara pihak berkuasa, masyarakat, dan organisasi, kita boleh menangani masalah ini dengan lebih berkesan dan melindungi individu yang mudah dieksploitasi daripada menjadi mangsa. Langkah-langkah ini adalah kunci dalam membendung kegiatan tidak bermoral ini dan memastikan masa depan yang lebih selamat dan bermoral untuk generasi akan datang.
AWANI Ringkas: Sindiket pelacuran didalangi "Mummy" tumpas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.SUBSCRIBE now! Awanihttps://www.youtube.com/c/a...
29/10/2024
NAMA : MUNIRAH BINTI MOHD ARIFFUDIN
NO. MATRIK : 301611
TAJUK : KEGIATAN PELACURAN DI SEREMBAN TERBONGKAR
https://youtu.be/ShDy9igi0bM?si=5JD8iIfSLGBHRfgm
Hasil dari video buletin Bernama. Penangkapan 8 wanita warga asing dalam serbuan , Ketua polis daerah seremban ,berkata tindakan telah dilakukan atas maklumat dan risikan awam telah membuat kedua dua permis berkenaan yang telah operasi tanpa lesen. Mereka yang di tahan adalah warga asing yang berusia 25 tahun sehingga 35 tahun dan berasal dari Negara jiran, dipercayai mereka terlibat dalam aktiviti *p* di premis hotel bajet ini, kedua-dua hotel bajet ini telah di Kesan menjadi tempat aktiviti *p* dengan khidmat S*x dengan harga RM45 hingga RM50 untuk tempoh satu jam.
Dari pandangan saya mengenai berita ini, aktiviti seperti ini semakin berleluasa dan warga asing yang datang ke malaysia yang telah mencemarkan Negara dengan aktiviti seperti ini, jika dapat kita lihat mereka yang tergolong aktiviti s*x ini masih muda dan telah membuat khidmat seperti ini, Kesimpulan di sini pihak berkuasa perlu lebih banyak buat operasi seperti ini untuk hapus kan semua ini berlaku di Malaysia. Pihak atasan juga perlu kurangkan kemasukan warga asing di Malaysia, supaya aktiviti seperti ini tidak berleluasa dan cemarkan nama baik Malaysia.
Kegiatan pelacuran di dua hotel bajet Seremban terbongkar
: Kegiatan pelacuran di dua buah hotel bajet di Seremban terbongkar dengan penahanan lapan wanita warga asing dalam serbuan pada Selasa.