27/10/2017
Rupa2nya Boleh Servis AIRCOND Sendiri Hanya Guna REMOTE & Cuma Perlu Tahu caranya, sangat senang,mudah dan berkesan !!!!
Cara-caranya selepas anda guna aircond waktu malam, JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut .
TEKNIK-TEKNIK BERSIHKAN AIRCOND
– Tetapkan mode daripada “Cool” ke mod “Fan”, tetapkan Kelajuan Kipas ke tahap paling tinggi.
– Biarkan ia berjalan selama 15 minit.
– Kemudian barulah matikan aircond.
MENGAPA TETAPKAN KE MODE ‘FAN’?
Mengapa tetapkan ke mode “Fan” ??. Tujuan kita tetapkan ke Mode “fan” kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat, dengan itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) & udara bertiup. Ia akan mengeringkn kelembapan dalaman unit aircond anda dan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran + kelembapan)
PESANAN...
Jangan lupa untuk menetapkan semula ke mode “Cool” apabila anda menggunakannya lagi pada masa yang akan datang.
01/11/2013
Assalamualaikum. esok akan diadakan latihan bagi pemain bola sepak sekolah tahun 4 dan 5. kehadiran anda amat dialu-alukan. terima kasih.
HARI: Sabtu
TARIKH: 2/11/13
JAM: 8.30am-10.30am
TEMPAT: Padang Sekolah SKWM1
jangan lupa bawa bekalan air untuk diminum. no more sponsor ;)
07/03/2013
Misi PMG seterusnya selepas ini memberi tumpuan kepada perlawanan luar musim untuk bawah 11 tahun yang akan diadakan pada bulan 9.
05/03/2013
Tamat sudah.. Walaupun kita menguasai permainan ianya masih belum memadai, nasib tidak menyebelahi kita pada tahun ini. Tahniah SK St John kita jumpa lagi tahun hadapan.
27/02/2013
Walaupun berakhir dgn keputusan seri, Team PMG telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan persahabatan. Go team PMG Go!!!!!
26/02/2013
Selepas perlawanan persahabatan esok, jurulatih akan mengumumkan nama-nama (18 org)yang akan dibawa ke pertandingan bola sepak zon keramat pada 4 Mac ini.
24/02/2013
Terdapat beberapa soalan untuk diajukan kepada semua para pemain, cuba jawab:
i. Mengapa jurulatih tidak membawa pemain tahun4 turut serta dlm perlawanan persahabatan ketika ini?
ii. Mengapa pemain tahun5 dibawa ketika perlawanan persahabatan tetapi tidak diturunkan sebagai skuad utama?kecuali mithal nurhadi.
Jawab jangan tak jawab ;)
-admin Cikgu Z-
23/02/2013
Kemenangan utk kali ketiga berturut2. Memperoleh bekalan semangat untuk dibawa dihari pertandingan. Tahniah.
-Admin Cikgu Z-
22/02/2013
Sabtu bersamaan 23 februari jam 930am selepas aktiviti sekolah didewan akan diadakan latihan bertempat dipadang sekolah. Kemungkinan besar kita akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama SK Wangsa Jaya. Diharap semua pemain dapat bersedia.
-Komitmen anda pada pasukan amatlah dihargai-
Admin -Cikgu Z-
20/02/2013
Tahniah kepada semua pemain. Walaupun mendapat tentangan sengit, berjaya juga menjinakkan pihak lawan.
Admin -Cikgu Z-
20/02/2013
Jaringan pertama dari Amirul Iqram.
Tahniah diucapkan kepada pasukan PMG kerana berjaya menewaskan SK Sri Rampai dengan jaringan 4-3 pada kemunculan pertama. Kekalkan momentum pasukan
Admin -cikgu Z-