SK Jalan Peel - SKaPe

SK Jalan Peel - SKaPe

Share

School activities and announcements Opened to all teachers, parents and students

Photos from SK Jalan Peel - SKaPe's post 22/05/2026

BACAAN YASIN MINGGUAN & BACAAN HADIS 40 IMAM NAWAWI

22.05.2026

18/05/2026

πŸ“’ MAKLUMAN CUTI PERSEKOLAHAN & UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) 2026 πŸ“’

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua ibu bapa, penjaga dan murid SK Jalan Peel berkaitan cuti persekolahan serta jadual Ujian Pertengahan Sesi Akademik (UPSA) 2026.

πŸ—“οΈ CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 23 Mei 2026 (Sabtu) hingga 7 Jun 2026 (Ahad)

🏫 SEKOLAH DIBUKA SEMULA 8 Jun 2026 (Isnin)

✍️ UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK (UPSA) Murid Tahun 4, 5 dan 6 9 Jun hingga 18 Jun 2026

πŸ“š Jadual UPSA:

πŸ”Ή 9 Jun 2026 (Selasa) β€’ Pendidikan Jasmani & Kesihatan β€’ Reka Bentuk & Teknologi

πŸ”Ή 10 Jun 2026 (Rabu) β€’ Bahasa Arab β€’ Pendidikan Islam / Moral

πŸ”Ή 11 Jun 2026 (Khamis) β€’ Pendidikan Muzik β€’ Pendidikan Seni Visual

πŸ”Ή 15 Jun 2026 (Isnin) β€’ Bahasa Melayu β€’ Matematik

πŸ”Ή 16 Jun 2026 (Selasa) β€’ Sains β€’ Sejarah

πŸ”Ή 18 Jun 2026 (Khamis) β€’ Bahasa Inggeris

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga SK Jalan Peel πŸŒ™βœ¨

Semoga murid-murid dapat menggunakan masa cuti dengan sebaiknya untuk berehat dan membuat ulang kaji pelajaran 😊

Photos from SK Jalan Peel - SKaPe's post 15/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada ibu bapa/penjaga, stok baharu Baju Sukan Ungu Lengan Panjang telah tiba dan kini boleh dibeli di Kedai Buku Sekolah.

Contoh baju dipakai oleh murid lelaki dan perempuan ✨✨

πŸ’œ Harga: RM36 sehelai
πŸ“ Tempat pembelian: Kedai Buku Sekolah

Sekian, terima kasih.

14/05/2026

Kebersihan bermula daripada diri sendiri ✨

Jom warga SKaPe sama-sama jaga kebersihan diri, kelas dan kawasan sekolah. Anak yang bersih mencerminkan sikap yang baik dan sihat 🌱

Buang sampah di tempat yang betul, jaga tandas, kelas dan hormati persekitaran sekolah 😊

SKaPe Bersih, Murid Ceria! πŸ’™

13/05/2026

🚸 Perlahan kenderaan di kawasan sekolah.
Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama πŸ’›

Patuhi had laju dan utamakan keselamatan setiap masa.

12/05/2026

πŸ“’ Patuhi SOP Keselamatan di Sekolah demi memastikan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif untuk semua warga SKaPe πŸ’š

Utamakan keselamatan, hormati peraturan dan sentiasa menjaga tingkah laku di sekolah ✨

12/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

AMARAN TEGAS BERKAITAN GURAUAN MELAMPAU YANG MENGUNDANG BAHAYA DI SEKOLAH

Pihak sekolah memandang serius perkara ini memandangkan pelbagai isu berkaitan gurauan melampau dan tingkah laku berbahaya yang berlaku di sekolah-sekolah seluruh Malaysia ketika ini.

Sehubungan itu, mohon kerjasama ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengingatkan anak-anak supaya tidak melakukan gurauan keterlaluan yang boleh mengundang kecederaan, pergaduhan, kemalangan atau perkara yang tidak diingini.

Ingatlah, gurauan yang hanya mengambil masa beberapa minit boleh menyebabkan penyesalan sepanjang hayat.

Marilah kita bersama-sama mendidik anak-anak agar sentiasa menjaga tingkah laku, menghormati rakan dan mengutamakan keselamatan di sekolah.

Kerjasama dan keprihatinan semua amat dihargai. Terima kasih.

UNIT DISIPLIN SK JALAN PEEL
12 MEI 2026

10/05/2026

🌷✨ Selamat Hari Ibu ✨🌷
πŸ“… 10 Mei 2026

Terima kasih kepada semua insan bergelar ibu atas segala kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus πŸ’–

Semoga semua ibu sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan 🌟
Kasih ibu membawa ke syurga 🀍

Photos from SK Jalan Peel - SKaPe's post 08/05/2026

🌸✨ Majlis Perpisahan Guru Praktikum ✨🌸

08.05.2026

Warga SK Jalan Peel merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Vinoo & Cikgu Shatya atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang menjalani praktikum di SKaPe πŸ’š

Semoga segala pengalaman dan kenangan yang tercipta di sini menjadi langkah permulaan yang indah dalam dunia pendidikan 🌟

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa πŸ“šβœ¨

Photos from SK Jalan Peel - SKaPe's post 07/05/2026

BACAAN YASIN MINGGUAN & BACAAN HADIS 40 IMAM NAWAWI

08.05.2026

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Cheras
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30