09/05/2026
Mengapa Photo Story Outing (Authentic/Bukan Staging) Kurang Mendapat Tempat Di Malaysia Dan Mengapa Itu Satu BERITA BAIK.
Struktur komuniti fotografi di mana-mana pun memang lebih mudah berkembang pada genre yang:
* Mudah dianjurkan secara berkumpulan,
* Hasil cepat nampak,
* Kurang risiko sosial,
* Dan lebih โInstaGrammableโ.
Landscape, Milky Way, portrait model, street photography, waterfall, birding, semua ini sesuai untuk format โoutingโ. Orang bayar, datang lokasi, mentor tunjuk setting, semua orang balik dengan gambar. Ia scaleable. Tetapi photo story atau documentary photography beroperasi dengan logik yang hampir bertentangan.
Untuk buat photo story yang baik:
* ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐,
* ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐,
* Hubungan dengan subjek,
* Sensitiviti budaya,
* dan kadang-kadang perlu datang berkali-kali tanpa kamera pun.
Itu s**ar dibuat dalam format 20 orang turun serentak ke sebuah rumah. Bayangkan satu keluarga sedang hidup dalam kesusahan, atau seorang nelayan sedang melalui rutin harian mereka. Tiba-tiba datang 15 photographer dengan kamera besar, flash, dan semua mahu angle masing-masing. Secara manusiawi, ruang intim itu terus berubah. Kehadiran photographer sendiri sudah mempengaruhi realiti yang cuba dirakam.
Itulah beza besar antara:
* โmengambil gambar sesuatuโdan
* โmemahami kehidupan seseorangโ.
Ramai orang sebenarnya lebih selesa belajar teknik berbanding belajar empati. Teknik ada jawapan:
* Shutter speed sekian,
* Aperture, sekian sekian,
* ISO, sekian
* Lens sekian,
* Filter, sekian
* Editing macam ini.
Tetapi photo story tiada formula tetap. Ia lebih dekat dengan:
* Anthropology,
* Ethnographic
* Journalism,
* Sociology,
* Malah psychology.
Dan itu membuatkan ramai rasa tidak yakin. Satu lagi faktor besar di Malaysia ialah budaya fotografi kita lama dibentuk oleh:
* Camera club
* Jenama Kamera/Supplier Camera
* Kedai Kamera
* Untuk promote jenama tertentu, LED Light, flash
* Competition culture
* Salon photography
* Dan media sosial
Dalam ekosistem itu, gambar โsingle strong imageโ lebih dihargai daripada long-term storytelling. Orang tanya: โShot pakai lens apa?โ bukan: โBerapa lama kau kenal keluarga ni?โ
Sedangkan dalam documentary photography, hubungan dengan subjek adakalanya lebih penting daripada rsesi akaman fotografi, walaupun itu tujuannya. Sebab itu photographer seperti Marcus Yam, Lynsey Addario, W. Eugene Smith atau Carol Guzy sanggup habiskan masa berbulan atau tahun untuk satu satu isu.
Mereka bukan sekadar โcover eventโ, tetapi hidup bersama seseorang atau satu keluarga atau komuniti, untuk tempoh jangka waktu tertentu, bukan datang pagi, tengahari pulang ke hotel, esoknya pulang ke rumah masing-masing. Jurufoto dokumentari biasanya akan tinggal agak lama bersama sebuah keluarga atau komuniti sehingga mereka mula lupa kehadiran kamera.
Photo story lebih โberatโ dan lebih s**ar dilakukan secara mass outing. Namun workshop photo story bukan mustahil di Malaysia.
๐๐ฎ๐ฆ๐ ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ญ๐ง๐ฒ๐ ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ ๐ค๐ข๐ง ๐ฉ๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐๐ณ๐:
* ๐๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐๐ง ๐ค๐๐๐ข๐ฅ,
* ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ก๐๐ซ๐ข,
* ๐๐๐๐ข๐ก ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ง๐ญ๐จ๐ซ๐ฌ๐ก๐ข๐ฉ,
* ๐๐๐ข๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง ๐ฌ๐๐ช๐ฎ๐๐ง๐๐ข๐ง๐ ,
* ๐๐ญ๐ก๐ข๐๐ฌ,
* ๐๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ง๐๐๐ค๐๐ญ๐ข ๐ฌ๐ฎ๐๐ฃ๐๐ค,
* ๐๐๐ง๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐ญ๐ข๐จ๐ง,
* ๐๐๐ง ๐ฅ๐จ๐ง๐ -๐ญ๐๐ซ๐ฆ ๐๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ-๐ฎ๐ฉ.
Mungkin bukan โOutingโ, tetapi โField Immersionโ. Sebenarnya, kekurangan komuniti photo story di Malaysia juga boleh jadi peluang. Bila terlalu ramai buat gambar cantik, gambar staging, dengan talent yang berbayar, photographer yang mampu bercerita dengan mendalam melalui visual dan merakam kehidupan sebenar yang bukan dilakonkan akan lebih menonjol.
Dunia sekarang sudah penuh dengan imej. Yang semakin kurang ialah:
* Akses,
* Kepercayaan,
* Konteks,
* Dan kesabaran untuk memahami manusia.
Dan itu semua adalah asas documentary photography yang sebenar.
Note : Gambar Rakaman Ketika Pesta Regatta Lepa 2019 di Semporna, gambar warga emas sedang main kulintangan tu di dalam Lepa (Perahu) sepanjang pelayaran dari Kampung Nelayan di Semporna ke Dataran Lepa.
Note : As usual, seperti biasa, feel free to agree or disagree..