Customer Dari Langit

Customer Dari Langit

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Customer Dari Langit, Educational consultant, Kuala Lumpur.

Seminar Customer Dari Langit adalah seminar marketing yang di bangunkan khusus untuk membantu para Usahawan dengan mengenakan bayaran yang sangat murah berbanding ilmu yang bakal Usahawan terima.

Video Panduan - Belajar Fbads Sampai Pandai 20/11/2020

Video Panduan - Belajar Fbads Sampai Pandai PENAFIAN: Panduan Video Facebook Ads Mastery ini direka untuk membimbing Klien untuk belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan secara konsisten dan membuat pilihan yang sesuai. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Pelanggan, Kamitidak memberikan jaminan dalam hal ini atau...

06/09/2020

Ini yang ramai "malas" nak buat..

Kalau kita tak faham funnel, susah kita nak hasilkan iklan yang boleh datangkan sales..

Funnel ni ada juga orang panggil "Customer Journey" iaitu perjalanan customer kita.
Kalau tengok gambar di bawah, kita boleh nampak macam mana perjalanan yang customer saya lalui melalui Purchase Funnel menggunakan formula AIDA.

Awareness --> Interest --> Desire --> Action

Dari sini juga kita boleh lihat bahawa dari 30 ribu orang yang nampak (Awareness) iklan saya, hanya 30% yang akan masuk ke dalam landing page (Interest).

Dari 9 ribu orang yang berminat dengan iklan saya, hanya 12% yang betul-betul minat nak dapatkan produk saya (Desire).

Dan dari 1.1k orang yang betul-betul minat untuk dapatkan produk saya, sebanyak 67% yang membeli (Action).

Anda nampak perubahan ketara yang berlaku bila customer sudah masuk fasa Desire? lebih mudah mereka nak membeli kan?
-----
Apa Step-Step Yang Perlu Anda Buat ?
Fasa Awareness --> Interest
1)Sediakan content untuk educate/mengajar.
2)Pastikan content tersebut apabila orang nampak, orang boleh terus buat.
3)Content sebegini akan buat iklan anda murah kerana orang senang "share" content sebegini. Ini membuatkan anda dapat organic reach yang lebih tinggi.
4) Contoh :
- Tips kulit putih secara semulajadi
- Tips pemilihan minyak wangi yang sesuai untuk karakter anda
- Rahsia air/udara bersih untuk membantu kecerdasan otak anak-anak.
- Tips kulit glowing menggunakan bahan semulajadi
- Rahsia kebaikan chocolate untuk otak
5) Di dalam fasa Awareness ni kita jangan menjual lagi. sabar..
___
Fasa Interest & Desire --> Action
1) Dalam fasa ini saya akan mula buat retargeting. (Target semula ptential customer yang dah pernah lihat iklan saya)
2) Bergantung pada harga produk/servis. Jika mahal, saya akan create satu lagi content di peringkat ini. Retarget tapi masih tidak menjual.
3) Ibarat macam sebuah cerita bersiri. Ada sambungan.
contoh :
Content 1 --> Content 2 (Retarget)
Tips muka glowing --> Tips kulit licin (Retarget)
4) Selepas itu baru saya akan buat retargeting untuk menjual
Contoh :
Tips Muka Glowing --> Tips Muka Licin (Retarget) --> Hardsell (Retarget) --> Testimoni (retarget)
---------------
Jangan terus buat iklan menjual tau! 80% gagal ! hahaha
Saya harap penerangan ini boleh bantu anda untuk buat iklan dengan lebih baik.

Ingat satu perkara lagi..

Jangan lupa DOA. Walau macam mana power kita buat funnel ni, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.
Minta pada Allah yang penting kita dah usaha.
All The Best !




Disclaimer : Tidak semestinya terus menjadi jika anda ikut tips ini (walaupun sudah ramai student saya yang berjaya buat sales) . Yang penting anda tahu proses funnel dan juga boleh buat banyak eksperimen.

20/08/2020

20 ILMU MENJALANI KEHIDUPAN DENGAN BAIK

1. Bangun 3/4 jam lebih awal sebelum ke tempat kerja. Mulakan dengan solat tahajud dengan sujud membasahi sejadah memohon ampun dan mulakan hari dengan subuh berjemaah.

2. Duduk sarapan bersama keluarga. Luangkan pagi bersama orang yang tersayang. Ambil sarapan yang baik untuk otak seperti yogurt, telur, buah blueberi dll. Mulakan hari dengan otak yang tip top.

3. Hantar anak ke sekolah. Ini super mahal. Sembang dengan anak semasa dalam kereta. Jadi parent yang sentiasa peduli pada anak-anak.

4. Baca senarai to do. Ia kerangka terbaik agar masa 24jam sehari digunakan secara optimum dan berkesan.

5. Self Talk positif selalu. Bina keyakinan dalaman sebelum mengharapkan keyakinan dari orang lain.

6. Ambil berat pada manusia. Sentiasa bina hubungan interpersonal dengan orang sekeliling. Hadkan waktu smartphone.

7. Usah cari masa untuk keluarga dalam kesibukan kerja. Buat dan peruntukan masa untuk mereka. 3/4 jam sehari untuk mereka. Apa guna kerja bagus andai keluarga terabai.

8. Komunikasi berterusan dengan team. Manfaatkan teknologi seperti WhatsApp, Fb, Instagram dll. Bina rantaian positif dengan bicara dan kalimat yang membina.

9. Fokus masa kerja dengan sebaik mungkin. Masa rehat sebaik mungkin. Tunjuk tauladan yang baik. Gerak kerja keras menjadi pemangkin kepada segala titik tolak perancangan yang telah dilakukan.

10. Solat diawal waktu. Berjemaah itu lebih baik. Usah jadi hamba dunia yang terus alpa dan leka tatkala azan berkumandang. Sentiasa utamakan Tuhan dalam hidup.

11. Ingat nama manusia. Itu sebutan yang paling indah pada telinga mereka. Berbahasa sopan ketika menyebut nama mereka. Manusia s**akan penghargaan. Lagi baik ingat nama anak mereka, pasangan mereka waima kucing mereka sekalipun. Memang terbaik.

12. Dapatkan fakta sebaik mungkin tentang perkara yang hendak dilakukan. Bertanya adalah kunci kebijakan. Usah malu bertanya untuk tahu. Tidak bodoh orang yang s**a bertanya.

13. Keluar pejabat, cari pasaran. Kenali dan rasai degup jantung kemahuan dan keinginan pelanggan dan pasaran. Usah syok sendiri membina mimpi yang hanya di awang-awangan.

15. Berjalan melihat tempat kerja team. Berjalan 30 minit sehari baik untuk otak dan kesihatan. Singgah dan santuni ahli pas**an untuk ketatkan ikatan hati. Bertanya dan ambil berat tentang diri mereka seperti seorang ayah.

16. Hadkan masa mesyuarat. Usah seharian waktu kita habis dengan mesyuarat. Bezakan antara taklimat, mesyuarat dan perhimpunan. Usah berleter berbaldi-baldi sampai orang naik muak. Bicara yang tepat pada waktu yang tepat.

17. Usah takut untuk memberi. Jumpa orang susah bagi duit pada mereka. Staf bagus bagi hadiah dan bonus. Tak pernah miskin orang yang s**a memberi dan membahagiakan orang lain.

18. Masalah kerja usah sesekali bawa pulang ke rumah. Rumah tempat istirahat. Tempat bermanja bersama keluarga. Usah kikis kebahagiaan itu dengan masalah kerja yang tak berhabisan. Hold dulu. Esok kerja baru sambung fikir balik.

19. Maghrib dan Isya' adalah masa di masjid. Pergi ke rumah Allah. Rasakan ketenangan di situ. Muhasabah diri dan alignment hati dengan duduk dalam majlis ilmu. Rendahkan hati dan cuci tompok hitam dosa.

20. Sebelum tidur, buat perancangan untuk esok. Siapkan senarai to do. Tutup lampu. Tidur jam 10 malam. Tidur dengan maafkan semua orang. Jangan lupa baca doa.

26/02/2020

"lepas guna ilmu yang di ajar, baru tahu rupa-rupanya jiran belakang rumah je customer kita"

Ini yang kita kenal sebagai Lokaliti. Kita kembangkan bisnes berperingkat. Conquer kawasan sekeliling kita dulu.

Dalam kekalutan kita nak menjual di seluruh Negara, rupanya di kawasan taman perumahan kita pun ada ramai prospek.

Tapi macam mana nak bagi mereka tahu tentang bisnes kita? itu yang kami kongsi dalam Seminar Customer Dari Langit.

Beberapa hari lepas ada orang nak Waqafkan sebanyak 30 tiket.

Masih ada lagi beberapa kekosongan. Boleh ajak team atau kawan-kawan yang sentiasa nak upgrade diri.

Saya juga akan tunjuk macam mana anda nak dapatkan share yang banyak dalam media sosial.

share banyak = follower ramai

Follower ramai = Sales

Klik link ni untuk Daftar : nak.la/seminarCDL

25/02/2020

E-BOOK RAHSIA STORYTELLING MEMUKAU

Alhamdulillah saya telah berjaya menyiapkan keseluruhan E-Book ini.

Ini adalah E-Book kedua saya

Di dalam E-Book ini ada satu rahsia bagaimana orang-orang hebat Dunia memepengaruhi orang lain melalui penceritaan.

Saya juga ada proven case study jumlah share pada posting meningkat dan kos iklan turun mendadak !

Gila tak turun, orang share iklan kita kot 😂

Ok untuk lebih detail boleh klik : nak.la/RahsiaStoryMemukau

Seminar Customer Dari Langit : 29 FEBRUARI 2020 (SABTU) 24/02/2020

Alhamdulillah ada yang sudi Waqaf

Siapa yang rasa tak cukup fulus tapi nak join Seminar Customer Dari Langit

Ada orang nak Waqaf tiket. Klik sini :

Seminar Customer Dari Langit : 29 FEBRUARI 2020 (SABTU) 2 - Bawa ejen jualan, pas**an jualan, atau business partner anda supaya anda berdua boleh faham formula ini dan buat aktiviti bersama

Seminar Customer Dari Langit : 29 FEBRUARI 2020 (SABTU) 21/02/2020

Tawaran Early Bird Seminar Customer Dari Langit Akan Tamat Pada 22/2/2020 tepat jam 11 malam.

Early Bird - RM50

Selepas ini akan naik kepada RM70

Jangan jadi macam peserta yang lepas sebab ada yang terpaksa bayar lebih mahal dari peserta lain.

Ada juga yang merayu-rayu untuk kami buka semula harga Early Bird. Tapi kami perlu berlaku adil untuk yang daftar awal.

"Semalam ada orang call saya. bila saya tanya dari mana dapat nombor? dia kata dari google. Alhamdulillah dia beli dari saya satu set harga RM128"

itu kata-kata salah seorang peserta yang pernah join Seminar CDL sebelum ini.

Menggunakan teknik yang kami ajar dan tidak menggunakan sebarang kos, beliau berjaya dapat sales.

Seminar kali ini paling special :

3 Jenis Bonus bakal peserta terima (Terhad)

BONUS 1 - BUY 1 FREE 1

BONUS 2 - Digital Band Fitness Tracker

BONUS 3 - Ebook 7 Aturan Menjual

BONUS ini adalah yang pertama kali kami berikan pada peserta.

Daftar sekarang :

Seminar Customer Dari Langit : 29 FEBRUARI 2020 (SABTU) 2 - Bawa ejen jualan, pas**an jualan, atau business partner anda supaya anda berdua boleh faham formula ini dan buat aktiviti bersama

17/02/2020

Seminar Customer Dari Langit Batch -3

Tarikh : 29 Feb 2020
Tempat : Ara Event Hall Ampang Putra
Time : 9 pg - 12.30 tgh hari

#1 Rahsia Teknik Locality

#2 Rahsia StoryTelling Memukau

#3 Rahsia Gabungan Google & Facebook

Daftar : nak.la/seminarCDL

13/02/2020

Apa kata mereka?

Photos from Customer Dari Langit's post 08/02/2020

Dua minggu sebelum event, saya banyak memerap dirumah.

Sampai tak cukup tidur nak fikirkan bagaimana nak bagi mereka faham cara merangka StoryTelling yang efektif.

Saya banyak bertanya pada kawan-kawan "korang tahu tak pasal story telling?"

Kebanyakan mereka akan jawab "Tahu. Tapi aku takde bakat menulis. Aku s**a baca je orang tulis"

Apabila bercakap tentang bakat, aku teringat masa mula-mula aku nak jual produk kecantikan dulu.

Kalau nak cerita pasal Bakat, memang langsung takde Bakat lah! 😂

Tapi aku pelik, macam mana aku boleh buat sampai banyak kali jadi Top Sales?

Rupanya, manusia tak perlukan bakat. Mereka perlukan "CARA" yang betul.

Alhamdulillah Allah ilhamkan idea ajarkan pada mereka menggunakan Story Canvas.

Ya Story Canvas yang aku ajarkan, carilah di mana-mana takkan jumpa!

Sebab dua minggu bertapa kat rumah dok fikir cara nak buat 😂

Tahniah peserta Advance Customer Dari Langit, anda yang pertama mendapat teknik ini.

Moga kalian semua tak rasa seperti "aku perlukan bakat untuk menulis" haha!

Nota kaki : Alhamdulillah Sold Out Karya Penulisan abam yang pertama : Rahsia StoryTelling Memukau.

Syed Gaddafi,
Penulis baru nak up.

08/02/2020

- Google Ads Creation


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur
68000