27/04/2026
https://www.facebook.com/share/p/17efpCozmB/
π’ *Siaran Hebahan!* π’
*HIJRAH MENARA GADING PARLIMEN WANGSA MAJU 2026*
Masa depan bermula dengan pilihan yang dibuat hari ini.
Kepada pelajar SPM, lepasan SPM, ibu bapa dan anak muda yang sedang mencari hala tuju selepas sekolah inilah peluang untuk mendapatkan maklumat, bimbingan dan pendedahan awal berkaitan laluan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Program Hijrah Menara Gading Parlimen Wangsa Maju 2026 akan menghimpunkan pelbagai maklumat berkaitan:
β
Peluang melanjutkan pelajaran ke IPT
β
Laluan TVET dan kemahiran teknikal
β
Bantuan pinjaman pendidikan
β
Biasiswa dan bantuan pendidikan
β
Kaunseling kerjaya dan hala tuju masa depan
β
Taklimat institusi pendidikan
β
Ruang pendaftaran dan bimbingan peserta
*Butiran program:*
π
Tarikh: 23 Mei 2026, Sabtu
π Masa: 8.00 pagi β 12.00 tengah hari
π Tempat: Dewan Residensi Wangsa Meranti
π― Sasaran: 300 orang bakal mahasiswa
ποΈ Pendaftaran: Percuma
π½οΈ Sarapan disediakan
Program ini terbuka kepada pelajar SPM, lepasan SPM dan mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke IPT dan TVET.
π Untuk pendaftaran, sila imbas QR Code pada poster.
Masa depan bermula dengan pilihan hari ini.
JOM belajar. JOM bergerak. JOM bina masa depan.
Follow media sosial JOM Wangsa Maju ( - FB/IG/Threads) untuk lebih maklumat.
31/03/2026
PERUTUSAN UCAPAN TAHNIAH
Pengerusi PERTAMA
Persatuan Tuisyen Anak Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Saya, selaku Pengerusi PERTAMA Persatuan Tuisyen Anak Malaysia, ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2025.
Sesungguhnya, perjalanan menghadapi SPM bukanlah suatu laluan yang mudah. Ia menuntut ketekunan, pengorbanan, disiplin yang tinggi serta kekuatan mental dan emosi. Justeru itu, kejayaan anda melangkah hingga ke tahap ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada ibu bapa, guru-guru serta seluruh masyarakat.
Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan peperiksaan bukanlah penentu mutlak nilai diri atau masa depan seseorang. Apa yang lebih penting adalah sikap, usaha berterusan dan keazaman untuk terus memperbaiki diri dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
Kepada yang mencapai keputusan cemerlang, teruskan momentum kecemerlangan tersebut. Kepada yang mungkin kurang berpuas hati, jangan sekali-kali berputus asa. Setiap insan mempunyai jalan kejayaan yang tersendiri.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua calon SPM 2025 diberikan kejayaan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan dalam melangkah ke fasa seterusnya, serta menjadi generasi yang berilmu, berakhlak dan mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
Sekian, terima kasih.
βLearn Today, Lead Tomorrowβ
Yang benar,
Pengerusi PERTAMA
Persatuan Tuisyen Anak Malaysia
31/03/2026
Selamat maju jaya kepada semua pelajar SPM,
khususnya pelajar Tuisyen Anak Malaysia.
Apa jua keputusan hari ini, anda tetap hebat kerana telah berusaha.
Teruskan melangkah, masa depan masih panjang
15/02/2026
π Gong Xi Fa Chai! π§§β¨
From all of us at Tuisyen Anak Malaysia, we wish our students and everyone celebrating a year filled with happiness, health, and prosperity!
10/02/2026
π Berita Baik untuk Anak-anak SPM 2026!
Khusus untuk warga Sepanggar β Pejabat Parlimen P171 Sepanggar dibawah YB Ts Datuk Mustapha Sakmud dengan kerjasama Persatuan Tuisyen Anak Malaysia serta PPD Kota Kinabalu mempelawa semua pelajar yang berminat untuk mengikuti kelas tuisyen PERCUMA seperti ketetapan berikut:
π Isnin β 2.30 petang β 4.30 petang (Matematik)
π Selasa β 2.30 petang β 4.30 petang (Sejarah)
π Khamis β 2.30 petang β 4.30 petang (Sains)
β¨ Pada tahun 2024, 96% pelajar yang mengikuti program ini berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IPTA dan IPTS.
π
Kelas bermula: 23 Februari 2026 (Isnin)
π Daftar sekarang melalui pautan Google Form:
https://forms.gle/vCsnUMhacCUAE9Ek9
Pendidikan untuk semua.
Learn today, lead tomorrow.
10/02/2026
Perbincangan bersama Cikgu Abu Seman Mat Karim, Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, telah berlangsung dengan sangat positif dan konstruktif.
Hasil perbincangan ini memberikan harapan agar program tuisyen khas untuk pelajar SPM dapat direalisasikan dan dilaksanakan dalam masa terdekat. Usaha ini diyakini mampu memberi impak yang bermakna kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar.
Segala inisiatif ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa sokongan, dorongan serta dasar pintu terbuka Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sentiasa komited dalam memperjuangkan kepentingan dan masa depan anak-anak Malaysia.