SK KAMPUNG CHERAS BAHARU

SK KAMPUNG CHERAS BAHARU

Share

BBA4019

@TVPSS SUPERB

24/04/2026

Ayuh sama-sama kita memeriahkan kejohanan yang penuh semangat kesukanan, kerjasama dan kegembiraan! 💪🔥

Pelbagai acara menarik menanti – larian, perbarisan rumah sukan, dan aksi hebat para atlet cilik yang pasti mencuri tumpuan! 🏃‍♂️🏃‍♀️🎉

Jom hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada anak-anak hebat kita! ❤️
Sokongan anda pembakar semangat mereka!


Photos from SK KAMPUNG CHERAS BAHARU's post 28/03/2026

🌞 MAKLUMAN PENTING: CUACA PANAS & GARIS PANDUAN SEKOLAH 🌞

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan bahawa keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini memerlukan perhatian semua pihak demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid.

Sehubungan itu, pihak sekolah menetapkan beberapa garis panduan berikut:

👕 Pemakaian
- Murid dibenarkan memakai pakaian sukan sekolah dan berkasut sekolah.

💧 Penjagaan Kesihatan
- Murid digalakkan membawa bekalan air yang mencukupi.
- Elakkan aktiviti luar yang terlalu lama di bawah panas terik.
- Rehat secukupnya dan maklumkan kepada guru sekiranya tidak sihat.

Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa terjamin.

Sekian, terima kasih.

Pihak Pentadbiran SKKCB

17/03/2026

🌈 SELAMAT BERCUTI WARGA SUPERB

Seluruh warga SK Kg Cheras Baharu ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat jalan kepada semua murid, ibu bapa / penjaga serta komuniti sekolah.

Selamat bercuti dan berhati-hati sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Semoga semua warga sekolah dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta ✨




05/03/2026

Hentikan Buli! 🚫

Setiap murid berhak berasa selamat, dihormati dan dihargai di sekolah.
Marilah kita bersama-sama menolak budaya buli dan membina persekitaran sekolah yang penuh kasih sayang dan hormat.

Bersama kita bina sekolah yang aman, selamat dan sejahtera.

06/02/2026

MAJLIS PENUTUP TRANSISI TAHUN 1 SUPERB 🌈

Langkah pertama ke alam persekolahan bermula dengan penuh makna. Setelah sebulan berlangsung, Program Transisi Tahun 1 kini berakhir dengan jayanya, meninggalkan seribu satu kenangan dan pengalaman berharga buat murid-murid.

Semoga murid-murid Tahun 1 terus bersemangat dan seronok belajar di alam persekolahan 🌟

Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama yang padu.


Photos from SK KAMPUNG CHERAS BAHARU's post 06/02/2026

🏆 Keputusan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Rumah Sukan:

🥇 Johan – Rumah Bendahara
🥈 Naib Johan – Rumah Temenggong
🥉 Ketiga – Rumah Laksamana
🏅 Keempat – Rumah Syahbandar

Syabas kepada semua rumah sukan atas kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform mencungkil bakat serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga SUPERB 🌿✨


28/01/2026

Selamat datang dan tahniah kepada Puan Tun Zetti Aida bt Abdul Rahim atas perlantikan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu .


16/12/2025

Jom dengarkan temubual bersama penerima anugerah sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan (MAKNA) SUPERB 2025


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan 34B, Kampung Cheras Baru
Kuala Lumpur
56100