24/04/2026
Ayuh sama-sama kita memeriahkan kejohanan yang penuh semangat kesukanan, kerjasama dan kegembiraan! 💪🔥
Pelbagai acara menarik menanti – larian, perbarisan rumah sukan, dan aksi hebat para atlet cilik yang pasti mencuri tumpuan! 🏃♂️🏃♀️🎉
Jom hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada anak-anak hebat kita! ❤️
Sokongan anda pembakar semangat mereka!
28/03/2026
🌞 MAKLUMAN PENTING: CUACA PANAS & GARIS PANDUAN SEKOLAH 🌞
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dimaklumkan bahawa keadaan cuaca panas yang melanda ketika ini memerlukan perhatian semua pihak demi menjaga kesihatan dan keselamatan murid.
Sehubungan itu, pihak sekolah menetapkan beberapa garis panduan berikut:
👕 Pemakaian
- Murid dibenarkan memakai pakaian sukan sekolah dan berkasut sekolah.
💧 Penjagaan Kesihatan
- Murid digalakkan membawa bekalan air yang mencukupi.
- Elakkan aktiviti luar yang terlalu lama di bawah panas terik.
- Rehat secukupnya dan maklumkan kepada guru sekiranya tidak sihat.
Kerjasama semua pihak amat dihargai bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa terjamin.
Sekian, terima kasih.
Pihak Pentadbiran SKKCB
17/03/2026
🌈 SELAMAT BERCUTI WARGA SUPERB
Seluruh warga SK Kg Cheras Baharu ingin mengucapkan selamat bercuti dan selamat jalan kepada semua murid, ibu bapa / penjaga serta komuniti sekolah.
Selamat bercuti dan berhati-hati sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman. Semoga semua warga sekolah dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta ✨
05/03/2026
Hentikan Buli! 🚫
Setiap murid berhak berasa selamat, dihormati dan dihargai di sekolah.
Marilah kita bersama-sama menolak budaya buli dan membina persekitaran sekolah yang penuh kasih sayang dan hormat.
Bersama kita bina sekolah yang aman, selamat dan sejahtera.
06/02/2026
🏆 Keputusan Keseluruhan Kejohanan Merentas Desa Rumah Sukan:
🥇 Johan – Rumah Bendahara
🥈 Naib Johan – Rumah Temenggong
🥉 Ketiga – Rumah Laksamana
🏅 Keempat – Rumah Syahbandar
Syabas kepada semua rumah sukan atas kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan yang ditunjukkan. Semoga kejohanan ini terus menjadi platform mencungkil bakat serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga SUPERB 🌿✨
28/01/2026
Selamat datang dan tahniah kepada Puan Tun Zetti Aida bt Abdul Rahim atas perlantikan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu .