24/03/2025
Sejak tahu tentang hadis ini, saya mula memandang urusan mendidik anak kecil dengan kaca mata berbeza.
مَن نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِن كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللَّهُ عنْه كُرْبَةً مِن كُرَبِ يَومِ القِيَامَةِ، وَمَن يَسَّرَ علَى مُعْسِرٍ، يَسَّرَ اللَّهُ عليه في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَن سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللَّهُ في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللَّهُ في عَوْنِ العَبْدِ ما كانَ العَبْدُ في
عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya: “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”
(Riwayat Muslim)
Urusan kita bersama anak, adalah urusan memudahkan anak.
Anak yang masih tak boleh bercakap, kita ajar mereka.
Anak yang nak susu, kita buatkan susu.
Anak yang tak mampu nak masak sendiri, kita masakkan makanan.
Anak yang tak mampu nak ambil sesuatu yang tinggi, kita tolong ambilkan.
Kita sebagai ibu yang ada ilmu dan keupayaan , bantu dan ajar anak supaya urusan anak kita menjadi lancar.
Dalam memudahkan urusan anak,
The ultimate goal ,
Ganjarannya,
Allah akan mudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.
Saya teringat video tazkirah yang saya saksikan sebelum ini,
Keadaan kita semua selepas dibangkitkan nanti seperti belalang.
Sekump**an BELALANG yang terbang bertebaran.
Allah SWT di dalam al-Quran:
فَتَوَلَّ عَنۡهُمۡۘ يَوۡمَ يَدۡعُ ٱلدَّاعِ إِلَىٰ شَيۡءٖ نُّكُرٍ (6) خُشَّعًا أَبۡصَٰرُهُمۡ يَخۡرُجُونَ مِنَ ٱلۡأَجۡدَاثِ كَأَنَّهُمۡ جَرَادٞ مُّنتَشِرٞ (7) مُّهۡطِعِينَ إِلَى ٱلدَّاعِۖ يَقُولُ ٱلۡكَٰفِرُونَ هَٰذَا يَوۡمٌ عَسِرٞ ( 8 )
Terjemahan: (6) “Oleh itu, berpalinglah dari mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan). (Ingatlah) masa (malaikat) penyeru menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah); (7) (Pada saat itu) masing-masing dengan keadaan menundukkan pandangannya kerana ketakutan keluar dari kubur seperti BELALANG yang terbang bertebaran ( 8 ) Masing-masing dengan cepatnya menuju kepada penyeru itu. (Pada saat yang demikian), orang-orang yang kafir berkata: Hari ini ialah hari yang amat s**ar!”
Terus rasa seram mengingatkan suasana di padang Mahsyar.
Macam mana kita nak diri kita dipandang Allah ketika itu ?
Cukup ke amal kita ?
Macam mana dalam keadaan begitu, kita nak cari Nabi Muhammad, untuk minta syafaat ?
Allahuakbar.
Tiadalah impian yang paling besar,
selain dapat dimudahkan urusan di akhirat.
Bayangkan di padang Mahsyar, dikala berbillion orang, kita ini bagaikan semut sahaja .
Ketika itu, dengan rasa cemas, hanya mengimpikan moga dimudahkan urusan hisab dan pengadilan untuk kita.
Jadi, hadis ini boleh jadi motivasi kita dalam mengurus keperluan anak -anak yang mungkin tiada henti.
Sesungguhnya mereka adalah jalan kebaikan-kebaikan yang memudahkan urusan kita di akhirat dan juga membawa kita ke syurga.
:)
Moga kita ibu bapa dapat anugerah Lailatul Qadr.
Andai di malam itu kita memudahkan urusan anak, moga tercatatlah ganjaran perbuatan itu yang lebih baik dari 1000 bulan .