SMART Al-Amin formerly known as SM Usahawan Al-Amin

SMART Al-Amin  formerly known as SM Usahawan Al-Amin

Share

Melahirkan pelajar yang berkepimpinan dan dapat berfikir secara kreatif. Melahirkan pemikiran usahawan al – amin yang jujur dan berdaya saing.

Membentuk pelajar yang berakhlak mulia dan bermanfaat kepada orang di sekelilingnya

Photos from SMART Al-Amin  formerly known as SM Usahawan Al-Amin's post 09/08/2026

🏆 TAHNIAH SMART AL-AMIN! 🏆

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada SMART AL-AMIN atas pencapaian membanggakan dengan menerima 8 anugerah sempena Majlis Hari Anugerah MUSLEH (HARUM) 2026. ✨

Senarai Anugerah & Penerima:
🥇 Anugerah Kecemerlangan Ilmu Syariah SPPIIM SMI 2025
🥇 Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 – Bahasa Inggeris
🥇 Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 – Matematik
🥇 Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 – Pendidikan al-Quran & Sunnah
🥇 Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 – Pendidikan Syariah Islamiah
🥇 Anugerah Kecemerlangan Akademik SPM 2025 – Fizik
🏅 Anugerah Al-Ghazali – Sahsiah Terpuji (SMI)
Tengku Alesha Humaira binti Tengku Mohd Syazwan
🏅 Anugerah Tokoh Pelajar Unggul (Banat)
Mawadda binti Abu Bakar

Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah, para pelajar, guru, ibu bapa serta seluruh warga SMART AL-AMIN yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk SMART AL-AMIN terus melakar kecemerlangan dan melahirkan generasi Soleh wa Musleh yang mampu memimpin serta memberi manfaat kepada ummah. 🌟

05/08/2026

🌟 NADWAH TINGKATAN 4 MUSLEH 2026🌟

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada empat wakil pelajar SMART AL-AMIN Tingkatan 4 atas penyertaan dalam Nadwah Musleh 2026.

Semoga peluang menyertai program ini menjadi medan untuk menimba ilmu, membina sahsiah, memperkukuh ukhuwah serta melahirkan generasi Soleh wa Musleh yang mampu memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan ummah.

Firman Allah SWT:
"Maka berlumba-lumbalah (dalam membuat) kebaikan."
(Surah Al-Baqarah: 148)

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman, keikhlasan, kekuatan serta keberkatan kepada semua peserta sepanjang program berlangsung.
Teruskan melakar kecemerlangan dan menjadi inspirasi buat warga SMART AL-AMIN!

Photos from SMART Al-Amin  formerly known as SM Usahawan Al-Amin's post 14/07/2026

SELASA | 14 Julai 2026
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026

KERTAS BAHASA INGGERIS 1119/1 & 1119/2

Alhamdulillah, kita telah melangkah ke hari kedua peperiksaan. Teruskan usaha dengan penuh yakin dan tenang. Jangan biarkan apa yang telah berlalu mempengaruhi semangat untuk menghadapi kertas peperiksaan hari ini.

Semoga berjaya, calon-calon SPM26’

Photos from SMART Al-Amin  formerly known as SM Usahawan Al-Amin's post 13/07/2026

ISNIN | 13 Julai 2026
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026

KERTAS BAHASA MELAYU 1103/1 & 1103/2

Hari ini bermulalah perjalanan Peperiksaan Percubaan SPM.

Jangan takut dengan soalan, tetapi yakinlah dengan segala ilmu dan usaha yang telah anda lakukan. Percubaan ini bukan penamat, sebaliknya peluang untuk mengenal pasti kekuatan dan memperbaiki kelemahan sebelum SPM sebenar.

Semoga dipermudahkan setiap urusan, diberikan ketenangan hati, dipermudahkan mengingati ilmu yang dipelajari dan memperoleh keputusan yang membanggakan.

Semoga berjaya, calon-calon SPM26’

10/07/2026

Alhamdulillah, Hari Usahawan SMART AL-AMIN 1.0 telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat keusahawanan! 🎉📈

Program ini memberi peluang kepada para pelajar merasai sendiri pengalaman berniaga, mengurus jualan, berkomunikasi dengan pelanggan serta membina keyakinan dan kreativiti. Pelbagai aktiviti turut memeriahkan suasana seperti gerai makanan dan minuman, sudut kreatif, permainan menarik serta permainan elektronik. 🎮🎯🍔🎨
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga AAASB, SRIAAWP dan AAECC, para guru, ibu bapa, pelajar serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga pengalaman ini menjadi langkah awal dalam melahirkan generasi usahawan Muslim yang berilmu, berakhlak dan berjaya. 🌟
Jumpa lagi di Hari Usahawan SMART AL-AMIN yang akan datang!



Photos from SMART Al-Amin  formerly known as SM Usahawan Al-Amin's post 29/06/2026

🏆 TAHNIAH WARGA SMART AL-AMIN! 💙💛

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para atlet SMART AL-AMIN atas semangat juang, disiplin dan komitmen yang dipamerkan dalam MSSD Keramat 2026 serta Ujian Kenaikan Pangkat KRSM 2026.

Setiap penyertaan dan kejayaan merupakan bukti bahawa usaha yang bersungguh-sungguh pasti membuahkan hasil. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMART AL-AMIN untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Teruskan melangkah, teruskan berusaha, dan terus mengharumkan nama sekolah.

"Kejayaan bukan destinasi, tetapi hasil daripada usaha yang tidak pernah berhenti."

💙 Tahniah kepada semua atlet, jurulatih, guru pengiring dan ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

SMART AL-AMIN
ILMU, KESERAKANAN, RAHMAH, AMANAH, MEMIMPIN






21/06/2026
Photos from SMART Al-Amin  formerly known as SM Usahawan Al-Amin's post 08/06/2026

📢 Pemilihan Calon Ketua Pelajar dan Timbalan Ketua Pelajar SMART AL-AMIN bagi sesi 2026/2027 sedang berlangsung.

Semoga proses ini melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa, berintegriti dan bersedia memimpin dengan amanah demi kecemerlangan warga SMART AL-AMIN.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Desa Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 16:00