MEDIU Community Service Program

MEDIU Community Service Program

Share

Program Khidmat Masyarakat Al-Madinah International University (MEDIU)

Photos from MEDIU Community Service Program's post 25/02/2026

Al-Madinah International University (MEDIU) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Kerajaan Arab Daudi telah menganjurka Majlis Berbuka Puasa bertempat di Kampus MEDIU di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada 23 Februari baru-baru ini.

Majlis Berbuka Puasa ini telah dihadiri lebih daripada 150 orang mahasiswa dan kakitangan Al-Madinah International University (MEDIU) dan turut disertai Ketua Eksekutif MEDIU, Asst. Prof. Ts. Dr Ammar Bathish

19/01/2026

Kunjungan Hormat Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) Asst. Prof. Ts. Dr. Ammar Bathich ke Pejabat Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Senator Datuk Setia Salehuddin Bin Saidin pada 15 Januari 2025.

Kunjungan ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan dua hala serta bertukar pandangan ke arah mewujudkan kerjasama pada masa akan datang.

Turut mengiringi Ketua Eksekutif Mediu ialah Tuan Haji Syed Hashim bin Ahmad Al Qudsi, Penasihat Undang-Undang Al-Madinah International University (MEDIU)

Photos from MEDIU Community Service Program's post 28/11/2025

Al-Madinah International University (MEDIU), dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia MEDIU (PERMAM), telah berjaya menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands pada 7 dan 8 November baru-baru ini. Inisiatif ini, yang diterajui oleh Jabatan Aktiviti Pelajar dan Biro Kebajikan PERMAM, melibatkan 20 mahasiswa tempatan dan antarabangsa, pensyarah, serta kakitangan yang berinteraksi dengan komuniti Orang Asli melalui aktiviti pendidikan, kebajikan, dan budaya.
Program ini menampilkan sesi sukan interaktif untuk membina hubungan dengan kanak-kanak dan penduduk kampung, diikuti dengan siri ceramah ringkas mengenai Sirah dan Ibadah bagi memperkukuhkan pemahaman rohani dan mempromosikan nilai-nilai Islam. Aktiviti ‘Explorace’ untuk kanak-kanak dan remaja menggabungkan cabaran fizikal dengan pengetahuan asas Islam serta tugasan berasaskan bahasa untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu.
Pertukaran budaya yang bermakna berlaku melalui sesi gotong royong memasak atau 'rewang', di mana peserta wanita dan ibu-ibu Orang Asli menyediakan tujuh hidangan yang mencukupi untuk 150 orang, yang kemudian dinikmati bersama dalam majlis makan tengah hari yang meriah dan penuh makna. Para peserta dan penduduk kampung juga menyertai aktiviti merentas alam semula jadi ke Sungai Kuala Boh bagi mencipta peluang untuk jalinan hubungan dan menghargai persekitaran tempatan yang kaya dengan alam semulajadi .
MEDIU juga turut menyumbang makanan asas dan barangan keperluan lain kepada ketua kampung bagi menyokong keperluan komuniti tersebut. MEDIU mengucapkan penghargaan kepada penduduk kampung atas keramahan dan keterbukaan mereka sepanjang program ini.
Program ini secara langsung menyokong aspirasi 'Tok Batin' dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengetahuan asas Islam sambil memperkukuhkan hubungan antara MEDIU dan komuniti Orang Asli. Penyertaan peserta tempatan dan antarabangsa membantu memperkenalkan pelbagai Bahasa dan keunikan budaya, , seterusnya memperkayakan impak keseluruhan program. MEDIU kekal komited untuk berkhidmat kepada komuniti serta menyokong keperluan mereka melalui usaha dan penglibatan berterusan.

16/04/2025

(وَبَشِّرِ الصابرين الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ)
Ketua Eksekutif, Dato' Dr. Alhazmi Saeed Nowifea, seluruh kakitangan dan mahasiswa Al-Madinah International University (MEDIU) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Al-Marhum Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia Ke-5 yang telah kembali menemui Pencipta pada 15 April 2025.

14/04/2025

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Dr. Alhazmi Saeed Nowifea diatas pelantikan sebagai Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), berkuat kuasa pada 1 April 2025

24/03/2025

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, 🌙

We are pleased to invite all staff, students, and alumni to a special **Tazkirah Ramadan** by **Dr. Farhan Bin Hasmady**, in celebration of the blessed month of Ramadan. The Tazkirah will provide valuable insights and reflections to help deepen our understanding and appreciation of this holy month. 🕌✨

*This Tazkirah will be delivered in Bahasa Melayu 🇲🇾 and iftar will be provided 🍽️ .*

Let us take this opportunity to come together, strengthen our faith, and gain beneficial knowledge during this blessed time. 🤝💫

We look forward to your presence! 🙏

Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 🌙

If you are interested in joining this program, kindly fill out the online form below: 📝
https://forms.gle/CE9EA7pHasyHbqEd9

25/09/2024

وَبَشِّرِ الصابرين الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجعُونَ. أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU) dan seluruh warga MEDIU merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Almarhum Ustaz Safri Bin Muhammad Zein, Alumni Jurusan Tafsir Dan Ulum Al-Quran, Fakulti Pengajian Islam, Al-Madinah International University (MEDIU). Semoga Allah Subhanahu Wataala kurniakan keampunan dan limpahkan rahmat kepada almarhum.

03/09/2024

🎙️ Join Us for a Live Talk! 🎙️
🌟 Topic: Islam and Arabic Language in Malaysia: The Roles of Al-Madinah International University (MEDIU)
📅 Date: 3rd September 2024
🕒 Time: 10.30 am - 12.00 pm

Facebook Live!
We’re excited to invite you to an engaging FB Live session with Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Bin Manuty, Chairman of Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM).

Universiti Al-Madinah Antarabangsa(MEDIU)
جامعة المدينة العالمية
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Al Madinah International University, Desa Petaling, Pusat Perdagangan Salak II, No, 18-G, Jalan 2/125e, Taman Desa Petaling
Kuala Lumpur
57100