Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Share

NAK JADI VOLUNTEER? NAK DERMA DUIT? NAK BAWA MAKANAN? SILA BACA GUIDELINE DIBAWAH TQ! #GUIDELINE DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR



1. KAT MANA??? Jemput datang!



3.

PUKUL BERAPA???

- 5.00 petang setiap Ahad di Jalan Panggung, KL. Pengangkutan awam terdekat; LRT Stesen Pasar Seni, Monorel Stesen Maharajalela...5 minit berjalan ke arah Jalan Sultan. (Landmark terdekat; Restoran Malayan Hainan, ATC College, Belakang Balai Polis Trafik Jalan Bandar, FINDARS, Lost Generation Contemporary Art Space) Google Map: http://goo.gl/maps/fUXJ0



Dapur Jalanan Kuala Lump

Photos from Mohamad Sabu's post 14/04/2026
Photos from Dewan Bandaraya Kuala Lumpur's post 22/02/2026
Photos from Dapur Jalanan Kuala Lumpur's post 17/01/2026

10-11 Januari 2026 lalu, Sindiket Lapangan DJKL telah menyertai bengkel Jelajah Ekologi, Jati Diri, Air & Kebudayaan (JEJAK) Siri 1 di KOA Kerawat, Simpang Pulai, Perak yang merupakan petempatan Orang Asli Suku Temiar & Semai

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA di bawah pendanaan benih geran Youth Environment Living Labs (YELL) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia-PMOA & Youths United For Earth

Program ini adalah sebahagian Projek Pemerkasaan Belia Orang Asli Negeri Perak dengan menekankan penglibatan belia Orang Asli dalam perlindungan alam melalui usaha dokumentasi komuniti dan pemetaan kampung

Sepanjang dua hari, sukarelawan JEJAK telah menumpukan kepada pengumpulan & penyusunan data sama ada secara temu bual tokoh adat, turun ke lapangan dan menjejak sumber air. Kami juga telah diundang untuk merayakan perayaan tahun baru masyarakat Orang Asli. Bor Jispai!

Sekitar 20-25 wakil Orang Asli setempat terlibat & dibantu oleh 25 orang sukarelawan daripada pelbagai gerakan, mahasiswa & individu

Terlebih kenyang asyik makan durian adalah perkara penting yang wajar diketahui umum, selain daripada masakan lazat serta sesi perkongsian resepi tradisional Orang Asli. Sebesar terima kasih atas layanan mesra orang kampung!

Program ini bakal diteruskan dengan beberapa siri akan datang tahun ini, sesiapa yang berminat boleh mengikuti laman KUASA. Kami juga akan mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai kemahiran memasak untuk menyertai Sindiket Lapangan DaJal

Terima kasih KUASA kerana mengundang, semoga tidak serik!

Foto oleh Nasrulhisham

13/01/2026

Kenangan 11 tahun lalu

Photos from Malaysian Red Crescent's post 05/01/2026

Memasuki tahun ke-5 kerjasama dengan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi program vaksin & mobile clinic, buat pertama kalinya kali ini mereka turut membawa sukarelawan untuk bantu memasak dan menyumbang bahan masakan untuk kami!

14/12/2025

Cewek-cewek Dapur Jalanan Kuala Lumpur membeli produk Borneo Komrad. Semakin rajinlah kami datang cuci piring lepas ni.

Kamu akan masuk sorga!


03/11/2025

Terima kasih Dapur Jalanan Kuala Lumpur. Semoga terus subur semangatnya dengan berkongsi makanan untuk perut dan jiwa yang kelaparan.

Kita selalu mendokong organisasi yang melawan dari jalanan. Panjang umur hal-hal yang baik.


Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


52-C, Jalan Kemuja, Off Jalan Bangsar
Kuala Lumpur
59000

Opening Hours

14:00 - 19:00